13.10.14

Saham


Harap anak-anak aku tak bosan bila turn duduk dengan aku sbb sorry baby, no ipad/gadjet in mom's place.

Aku lupa nak share kata-kata Ustazah Fatimah Syarha aritu. Bukan apa, masa mula-mula aku dengar kata2 dia tu aku rasa mind blowing sebab tak pernah terfikir. Kamu mungkin dah tahu. Aku baru tersedar. So aku nak share sekali.

Okay dia kata begini.

"Cuba bayangkan kalau kita jadi orang yang mengajar anak-anak kecil kita BismillahirrahmanNirrahim kemudian kita jadi orang terawal (hopefully pertama) yang ajar surah Al-Fatihah kepada anak-anak kita; bayangkan pahala yang mungkin Allah kurniakan kepada kita setiap kali anak-anak kita baca sampai mereka dewasa dan tua seterusnya mati?"

aku rasa hujah ustazah tu ada relevannya dan menarik sebab aku perhati mak bapak zaman sekarang setakat "alip ba ta" (iqra) pun hantar anak belajar kat orang lain. And some parents aku pernah jumpa pernah cakap "Tadika anak i bagus, dia ajar doa-doa and ajar Alfatihah semua.."

Bukan nak cakap ianya salah, tapi aku rasa kalau kita jadi orang yang terawal perkenan dan ajar anak-anak dengan kalamullah kan lebih bagus? Dan untuk menjadi pengajar, kita pun boleh push diri kita supaya belajar sekali terlebih dahulu (bagi yang lemah tajwid macam aku). Tapi kalau setakat bismillah dan Al-fatihah, tak menjadi masalah kan?

Dan kalau betul kata-kata Ustazah tu, aku pun gembira sebab mak aku adalah orang pertama aku belajar mengaji dulu. Syurga lah tempat ibu-ibu kita kan?

Kalau aku salah, tolong betulkan.

Kalau aku betul, korang, Jom?



mode garang on waktu aku mengajar anak-anak. kof kof.




19 comments :

~ Cik Azz ~ said...

Bab ajar mengaji memang kena garang..

sophea keisha said...

insyaallah! baruuu lepas membebel entry pasai saham yang ini jugakk hihi..

moga Allah permudahkan kita jadi solehah,untuk didik anak kita jadi soleh n solehah kann noe,amin aminnn!

mummy_icha said...

yes, betul tu. kalau kita jd yg terawal menjadikan anak kita pandai serba serbi yg baik, kita sendiri rasa puas hati. i had that experience. it's unexplicable wt mere words bila anak pandai baca alfatihah dengan sebutan yg betul! :) tapi bila kita kerja, masa utk luangkan dgn anak2 dah jd terhad. Bila jmpa je, masing2 dah penat. Weekends r full wt kerja2 mengemas/mencuci/maintain evthg yg kita abandone the whole weekdays. Jadi sekolah yg bagus blh didik anak2 kita jd cemerlang dunia akhirat pun penting. Insyaallah usaha kita ke arah itu pun ada sahamnya.Insyaallah.

animed said...

Assalamualaikum,
Betul juga kan. Entri kali ni pembakar semangat untuk saya konsisten mendidik anak. Tiap2 mlm iqra', baca buku Nabi Muhammad dgn peter n jane. 15 minit ja pun nak buat semua tu. Tapi tera nak start tu..aduhai. Penat mmg penat sbb saya ibu bekerja. Tapi puas hati dan gembira.

Ayuni Ayatillah said...

Betul tu noe, saya pun berfikiran macam awak. Cabarannya ialah masa, esp ibu bekerja macam kita kan..tapi Insya Allah kalau ada niat ada jalannya..

Siti Aisya Ibrahim said...

betul, sebenarnya bagus parents sendiri yang ajar anak tuh mengaji, instead of anta dekat org... sebab kalau ank kite sendiri, kita tahulah cara dia camne, nk ajar tuh...kan... :D

Allene said...

setuju tu sis... skrg pun sy tengah ajar anak sikit2. wpun dorang mmg susah nak ikut

KhaiZa said...

yup!!!... setuju.. dan kita pun sebenarnya rasa sangat berbangga bila anak kita dapat baca dan hafal apa yang kita ajarkan.. Alhamdulillah..

NeemoNeemo™ said...

Untung nya my parents sbb ajar kitorang drp bismillah sampai khatam Quran. *terharu*

Suriya Majid said...

bende-bende macam nielah kita selalu lupa. moga kita jadi guru pertama anak-anak kita. muqadam nadrah cantik, beli kat mana noe?

Ladynoe™ Mohamed said...

Suriya Majid:

Noe beli masa di Konvensyen Bidadari aritu. Ada satu booth islamic education. Sorry tau Noe lupa apa nama booth tu, tapi base dia di Bangi.

Mar Mansor said...

alhamdulillah..malam tadi pertama kalinya saya ajar anak sebut alif ba ta sampai habis.. dan dia sebut "bismillah.."..terharu rasa hati ini

~fadz~ said...

tiga orang anak saya memang mengaji dengan kami (mak ayah).. .alhamdulillah yg sulung dh khatam tahun lepas masa darjah 4. yang nombor dua tinggal 2 juzuk lagi dan yang ketiga , dah juzuk 7. kalau masa baru nak kenal huruf, kami buat 2 aktiviti sekali, mula-mula baca iqra', lepas tu ajar baca pulak, kami cuma guna buku 'bacalah sayang'. setiap malam selepas maghrib. sekarang bila semua dah boleh baca quran , saya selang seli dengan bacaan hadis. apa yang saya dapati, anak-anak mudah dengar kata kita, kita pulak akan cuba untuk perbaiki bacaan kita dari masa ke masa . saya memang join kelas tahsin untuk baiki bacaan sejak ajar anak mengaji sendiri ni. secara tak langsung membuatkan kita mencari ilmu untuk bagi pada anak-anak. insyaAllah...untuk ibu-ibu muda ni, kena tanam dalam minda, kita boleh buat. kalau kita boleh bagi makanan terbaik, pakaian terbaik untuk anak-anak kita, apa salahnya kita bagi pengisian rohani yang terbaik jugak buat anak-anak kita.

atie lazis said...

Yup, setuju..sedang cuba menambah saham akhirat ni juga. Bercita-cita nak hantar meraka jadi hafiz & hafizah. Insyallah.

Btw, comelnye budak berdua tu pakai tudung.. :)

jas imran said...

suka hiasan dinding kat bilik tu... :)

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

NOE! mana beli buku yang belah kanan tu? yang si kecik natrah punya tu? nak beli untuk Fateh huhuhu

Ladynoe™ Mohamed said...

Nurul Nadiah:

Hai Nurul Nadiah...saya beli buku tu kat booth masa kat Konvensyen Bidadari tu. tak igt apa nama booth dia.. :(

mama'snia said...

Betulah..saya tahu tentang tu....dan membaca entri ni mcm kena tembak dengan cikgu...baru tesedar dr lamunan..syukur sangat baca ni

Natasya mohamed wazir said...

Lady noe thank you for a great reminder..