14.11.14

Bahagian (ii)

Aku rasa hal perceraian Yasmin Mogahed agak menggemparkan tapi bezanya orang tak kecoh sangat sebab hormat kedudukan dia sebagai instruktor, penceramah yang selalu bagi kita motivasi keagamaan.

Aku memang tak ada apa-apa komen tentang hal cerai berai ni. Ianya berlaku setiap hari dan statistik pasangan muslim Malaysia yang bercerai pun sehari mencecah 77 orang. Dan aku pernah berada dalam statistik tu. Cuma apabila kau dikenali, macam Yasmin Mogahed, berita macam ni akan memberi impak yang gempak sikit lah.

Cuma bila benda macam ni jadi, buat aku mengimbau kepada statement demi statement yang aku pernah dengar sebelum ini apabila kita bangkitkan isu perceraian. Lame, I know. Kebanyakan orang akan kaitkan perceraian ni dengan orang yang jahat. Yang lemah pegangan agama misalnya. Orang akan mengata perempuan 'itu ini' kalau dia bercerai. Now Yasmin Mogahed bercerai, kau nak cakap perceraian ni sebab perempuan tu jahat juga ke?

Memang lah orang boleh cakap "Ala Yasmin pun manusia biasa". Memang lah. Sebab tu bila orang yang tak tahu hujung pangkal kisah hidup aku, tiba-tiba kutuk aku kat forum macam kau pernah hidup serumah 9 tahun dengan aku dan ex aku, aku diamkan saja. Sebab aku tau. Aku, kamu, sama. Manusia biasa. Nak kutuk-kutuk lah. Aku sihat wal'afiat kat sini. Mungkin aku pun pernah kutuk orang. Pastu aku pulak kena kutuk. Esok lusa orang pulak kutuk kau. Padan muka kita semua.

Dua, orang kaitkan perceraian ni dengan simbol kegagalan. Gagal rumahtangga. Gagal itu gagal ini. Ustazah yang bagi ceramah yang memotivasikan orang, pun bercerai. Tak boleh nak motivasikan diri sendiri ke? Ustazah pun lemah iman? Yes kami gagal rumahtangga dalam terma tertentu dan kami BERJAYA keluar tanpa mengira apa faktor yang membejat. Imej. Kedudukan. Kewangan. Apa pun.

Beb, the thing is benda tak boleh tampung, dia (kami) berani let go. Kita manusia biasa kan? Rasulullah (SAW) pun pernah mentalakkan salah seorang isterinya (ruju balik). Aku bukan cakap iman Nabi macam orang kebiasaan. Cuma aku nak jelaskan yang sesuatu hal, kalau tak boleh tampung, kita kena berani let go.

Aku faham orang yang bertahan dengan pasangan yang teruk atas dasar sayang. Sebab cinta masih ada. Infact kalau orang mengadu-ngadu, aku akan tanya, "sayang lagi tak?" Kalau jawab sayang, aku suruh pertahankan walau apa pun. Aku pun sedih dengar orang cerai melulu. Sebab perasaan sayang dan cinta ni kan anugerah Allah. Memang layak dipertahankan. Lagi bonus kalau masing-masing masih sayang.

Tapi kalau jenis jumpa orang asyik mengumpat suami sampai hal dalam spenda pun nak cerita bila tanya sayang lagi tak, "sebab anak je saya stay" - tu berjaya ke? Rumahtangga berjaya ke?

Dan lelaki yang dah tak selera atau sayang dengan isteri tapi tak boleh nak cerai sebab selama ni bergantung kat isteri yang bayar kereta yang dia henjut kesana kemari, dan separuh dari bil-bil kehidupan dia? Berjaya ke tu?

Tak kot.

Apa pun, mesti ada sebab musabab kenapa Allah jadikan hati kau untuk bertahan atau pun sebaliknya.


P/S: Walau macam-macam hal berlaku selepas aku bercerai, tapi aku bersyukur sebab semua beban perasaan aku dah lepas. For sure aku memang tak sekuat orang yang boleh stay tanpa rasa cinta. I just can't. Rasa macam 'barah' mereput makan tulang. So aku pilih untuk 'kimoterapi' . Itu je. Dan aku percaya ex aku pun rasa benda yang sama.

Tunggang terbalik 6-10 bulan sebelum ni tapi Allah tak kejam kot kan? Rambut botak boleh tumbuh balik kan?






10 comments :

Tipah said...

exactly. aku pun terfikir tang faktor agama tu. buat aku terdiam.

kerusiburok said...

tabah la akak. saya nak komen banyak2 pon tak reti sebab x pernah melalui. pasti ada hikmah! :)

Mikael Sahaja said...

:)

zhu said...

it's only prudent to leave after one has tried their best. there is no shame in divorce. everybody deserve a happy relationship, that's why divorce is made halal.

you did the right thing.

Amyz Azlie said...

Kalau hidup ni asyik berpegang pada apa yang orang kata sayang, tak hidup kita ni.

Pegang pada alquran dan iman.

Allah duga sebab Allah sayang.

DelimaJelita said...

kita sekapal... aku pernah pertahankan tp aku gagal... kini aku pilih kimoterapi jgk. :-). Thanx noe.. aku tak kenal ko tp tulisan mu buat aku bangkit dari duduk.

DelimaJelita said...
This comment has been removed by the author.
mamabeauty said...

Allah tak uji seseorang diluar kemampuan kita dear..

feel you.. insyaAllah

Emma Amir said...

Exactly.

Dalam bab perkahwinan ni kita langsung tak boleh compare dengan orang lain.

Lain laut, lain geloranya.

Alhamdulillah, my marriage so far tak ada masalah yang serius dsb. Tapi tak ada sebab bagi orang yang tak ada masalah rumah tangga yang serius ni untuk judge golongan yang tak panjang jodohnya.

Kita bukan berkahwin dengan orang tu, kan? Mana kita nak tau baik buruknya. Selagi bukan bergelar isteri, tak duduk serumah, mana nak kenal sebenar-benar kenal orang tu. Sama macam zaman bercinta dulu, nampak semua ok. Dah kahwin? Oh, dia ni macam itu ini rupanya.

Sayang datang dari Allah kan. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik.

Kita kena belajar bersyukur dengan apa yang ada. Kalau kita lebih dari orang lain, lagi kena bersyukur. Bersyukur sebab Allah bagi kita kekuatan untuk perjuangkan semua benda. Kalau Allah tarik, kan tempat kita sama dengan orang yang kita caci maki?

God has chosen this path for you for a reason, and He is the best planner.

Stay strong, ya?

Nadhrah said...

Salam Kak

I think it's a sign of adulthood and maturity to make relationship work with compromise etc but at the same time it's also maturity to walk away when it doesn't. Sometimes we have to walk on our own and stand up for ourselves regardless of what people around us have to say. No one can truly understand you or your circumstances.

I'm sure your story gives strength to those you may be encountering a similar situation and don't have the courage or strength to walk away. The beauty of what you wrote describes you as someone who has gained strength and left everything in the hands of ALLAH (SWT). May all women who are struggling find inner peace and ease from their pain. And may Allah find you a partner whom you will be happy with in this lifetime and in the hereafter.Amin.I wish you all the best for your future

Wassalam
Nadhrah