5.11.14

Bahagian

Orang cakap, kalau rasa sedih, susah, ingatlah ada orang yang lebih sedih dan susah. Memang. Kadang-kadang kita kena tumpang kesedihan orang untuk menaikkan semangat diri. Bukan sebab nak rasa tinggi, bukan nak rasa, diri sendiri lebih best, tapi cuma nak pujuk hati sendiri. Nak galak diri bersyukur. Sambil-sambil itu, tumpangkanlah bahu.

Kalau orang gembira, kau tumpang lah gembira. Kalau sedih, kau tenangkan lah dia. Elakkan beri nasihat yang terlalu contradict dengan hala tuju dia (selagi ya, tak melanggar syara dan norma hidup manusia) Tapi kalau tak mampu buat dia lebih gembira, elak-elak la menambah duka.

Kita hidup dalam suasana berbeza. Membesar dengan cara yang lain-lain. Bila kita mula dewasa, kita mula dihidangkan dengan macam-macam perkara. Ada benda yang aku boleh tampung. Kau tak boleh. Ada yang aku rasa berat nak tanggung, kau rasa semuanya kacang je.

Sabar, iman, rezeki, nasib, semua ada bahagian masing-masing. Kau lebih kat situ, aku lebih kat sini.

Kau tak boleh datang kat kenalan kau yang bercerai dan tanya

"Tak kesian kat anak ke? Kenapa tak boleh berkorban untuk anak-anak? Ibu kan kena bekorban untuk anak-anak? Aku pun ada masalah tapi aku pilih untuk kekal bersama demi anak-anak. Itulah tanda pengorbanan aku demi anak-anak. Kenapa tak boleh sabar?"
"Kenapa buat macam tu? Tak boleh ke buat macam ni? Kau kena macam ni macam itu macam ini. Rumahtangga ni tak boleh itu begini begitu"

Kau boleh bekorban macam tu. Dan ada pengorbanan dia yang mungkin kau pun tak mampu. Tak adil kot kalau kita nak rasa diri kita lebih bagus kalau cara pengorbanan kita berbeza. Untuk setiap peristiwa, mendabik dada sampai pihak lain rasa rendah diri, janganlah kau buat walau apa pun niat kau.

Perkahwinan kau kekal, bukan sebab kau kuat bersabar.
Perkahwinan kau kekal bukan sebab kau alim dan sangat baik.
Perkahwinan kau kekal bukan sebab kau sangat kuat mengharungi cabaran.
Perkahwinan kau kekal bukan sebab kau obedient dan patuh kepada semua tips nenek moyang kau.

Perkahwinan kau kekal sebab Allah yang panjangkan jodoh kau.

Ingat tu.



P/s: Ini bukan tentang aku semata. Tapi tentang rakan-rakan pembaca yang datang mengadu. Aku diam bukan sebab aku tak layan. Tapi aku macam sangat kasihan sampai aku tak reti nak jawab apa. Bertabah lah.





18 comments :

Irfa said...

betul tu
hari ni sayang
esok benci
kita pun tak tahu
keep praying all the best
suka baca blog noe wpun jarang2 apdet

Cik Azz said...

Betul..
Ujian untuk setiap orang tu tak sama.. Even jika sama sekalipun, pasti cara penyelesaiannya berbeza..

Bertabahlah...
Bersabarlah...
Redha..
Pasrah..
Muhasabah...

Jika kita tak mampu nak memyumbang i.e bagi nasihat dan sebagainya, memadailah kita mendoakan kebahagiaan mereka dari jauh..

Allene said...

apa yang terjadi semua dah tertulis di luth mahfuz... just ignore...

shidah said...

ye.. bertabahlah.... :)

sweet tooth said...

sangat setuju...masyarakat kita terlalu judgemental... cepat sangat menghukum, walaupun x tahu pucuk pangkal... seolah tak percaya, apa saja yg berlaku ada hikmahnya...

Nadym said...

Betul tu, sesetengah orang suka sangat bagi 'nasihat' walaupun tidak diminta. Kadang-kadang mereka lupa, kita hanya mahu difahami, bukan dihakimi.

..nOWa.. said...

Betul sangat. Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Tapi ingat, Allah berikan segala yang terbaik untuk kita. Jadi, berbaik sangka lah. Insyaallah.

Salhah Suhot said...

Tq lady noe. Rasa cam kesedihan terangkat pergi bila baca post ini.

Ninja Baker said...

ada perceraian yang lebih membawa kebaikan kepada anak-anak.. it is not always negative ..

Natasya mohamed wazir said...

betul..betul
saya setuju..
ingtalah semua nikmat yang Allah bagi
Allah bagi pinjam

suami yg baik
anak-anak yg sihat
keluarga penyayang
kerjaya yang bagus
semuanya pinjaman

jangan dibanding-bandingkan hidup kita..laluannya tak sama..semua berbeza...
Allah memberi uji kepada hamba-hambaNya yang Dia sayang


Allah boleh tarik bila-bila masa segala nikmat yang ada. Beringatlah

FaiiYatt said...

Betul.
Ajal, rezeki, jodoh, rahsia Allah. Tak payah nak persoalkan sangat aturan Allah. Tak jadi kat kita, boleh la kita nak "kenapa, kenapa" Dah jada, dah ketepek kat batang hidung sendiri, baru tahu.

Noe, Aku doakan kau happy selalu ngan anak2 kau ye.

Tipah said...

Hai Noe. Agaknya dah lama kau tunggu nak ckp benda ni kan..Sabar la Noe. Memang x boleh nak elak, orang mesti nak tahu kenapa kenapa dan kenapa (aku pun nak tahu sebenarnya tapi aku wat lek je la)

Ayuni Ayatillah said...

Deep.

Bercerai bukanlah jalan paling "favourable", tapi dalam sesetengah keadaan, bercerai sebenarnya adalah jalan paling baik.

Dulu masa belum kawen saya tak paham kenapa orang bercerai, tapi bila dah makin dewasa dan melalui hidup berumahtangga, saya semakin faham sometimes it happens.

Semoga Noe happy sentiasa dengan anak2. Amin.

ily♥ said...

Kalau dpt suami yang baik yang rajin solat berjemaah kat surau, isteri solehah yang tutup aurat dengan sempurna, anak-anak bijak pandai, kerja yang stabil..Semuanya nikmat dari Allah.

Allah beri nikmat, boleh jadi kita makin dekat dengan Dia asbab dengan jiwa hamba kita sedar nikmat yang Allah beri, kita bersyukur dengan nikmat dengan Allah beri, kita sentiasa berusaha jaga nikmat yang Allah beri sebab takut nikmat tu hilang dari kita. Sebab kita tau semuanya Allah yang punya. Kita tak punya apa-apa.

Allah beri nikmat, boleh jadi kita semakin jauh dari Allah. Kita rasa nikmat yang ALlah beri tu sebenarnya hasil kerja keras kita, hasil usaha kita semata. Kita bahagia, kita rasa sebab kita cukup baik, sebab kita sempurna, solat cukup waktu, rajin imarah surau/masjid. Sebab itu kita bahagia (kita rasa). Kita lupa, nikmat dan ujian semua dari Allah. Walau kita pakai berhijab tutup aurat sempurna, tapi kita tak sedar hati kita tak terhijab. Dalam tak sedar kita istidraj, lupa akan Yang Punya Kuasa.

(bukan ayat saya. Sekadar pinjam ayat ustaz)

Semoga kita terhindar dari golongan yang diberi nikmat, tapi makin jauh dari Pemberi Nikmat. Nauzubillah..

Semoga Kak Noe sentiasa di dalam lindungan rahmat, barokah & redha Allah. InsyaAllah.

mummy.chicha said...

Betul tu Noe... yang baik2 semestinya dari Allah...Yang buruk-buruk tu dari kita, dengan izin Allah. Tak ada benda dalam dunia ni yg jadi sendiri, semuanya atas keizinanNya...

Aku pulak cukup kurang senang dengan orang2 yg dah berjaya, lepas tu statement mcm bagus2 je. Dulu susah, usaha teruk, kerja membanting tulang, sekarang lihatlah dunia...lihatlah kejayaanku... Jenis2 camtu. Seolah2 memperolok usaha org lain yg masih belum berjaya. Padahal kejayaan tu atas izin Allah.Kalau tunggang terbalik usaha pun tapi Allah belum beri, takkan berjaya. Tak payah lah taksub dgn diri sendiri. Er.. sorry aku tertumpang meluah perasaan kat sini. *peace* :)

AP said...


I lost a brother few years back. Is still torture me when people go an ask my mom when she will get pregnant again. Some were so ignorant of her feelings and told her that she should pity me and my other sibling for losing a brother.

How people can be so insensitive sometimes.

I hope you stay strong and brave :)

nurul harnani said...

ALLAHUAKBAR. sedih dan mendalam sampai rasa air mata bergenang. MANUSIA? tak pernah tahu apa itu perasaan? tak reti ke nak jaga perasaan diri sendiri dan biarkan orang lain dgn kehidupan mereka.

Jangan sebuk tepi kain org kalu diri sendiri tak betul.


:(

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

i miss your writing noe..
baru dan blogwalking...

yerp..
ayat last tu
apa yang terjadi dalam hidup kita, Allah dah tulis dari awal lagi :)

be strong
dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah