16.11.14

Bungsu


Aku anak bungsu.

Orang akan kaitkan bungsu ni dengan bermacam-macam perkara yang korang pun tau. Tak payah lah aku nak ulang cerita dan isu yang sama.

Orang boleh judge kau atas apa jua kerusi yang kau duduk. Kerusi turutan adik beradik. Kerusi tarikh lahir. Kerusi bulan kelahiran. Tapi bila umur dah cecah 30 tahun ditambah dengan pelbagai fasa hidup yang aku dah lalu, aku rasa semua tu dah kurang relevan untuk diambil kira.

Jadi pada umur ini, bila aku kenang balik tentang "Aku anak bungsu" aku nak kenangkan yang best-best je dan yang aku ingatkan ialah;

1) Masa kecik aku tak ada mainan sangat.

Mak aku cakap, mainan aku senang je. Kertas dan pensil warna. Aku boleh melukis dan menulis dari pagi sampai keletihan. Kadang-kadang kalau kertas habis, aku akan sambung conteng dinding. So masa kecik aku akan sangat gembira kalau dapat set pensel warna dengan pengasah pensel yang macam gerudi tu. Aku pernah masuk pertandingan mewarna masa umur 5 tahun dan menang dapat tempat ke-3 berhadiahkan sebuah komputer yang pada masa itu, kalau aku on, skrin dia biru lamaaaaa..pas tu itam...pastu ada perisian melukis bodoh mengalahkan Paint 1998.

Tapi nama pun budak-budak. Sifat nak main tu dah memang resmi. Aku ingat lagi pertama kali dapat permainan bongkah (macam lego). Aku jadi sangat teruja. Aku juga suka main korek-korek tanah dan kalau boring, aku ambik anak ayam abah aku, letak dalam besen berisi air penuh dengan harapan dia boleh berenang macam anak itik. Bila mati, aku tanam.

Mak aku cakap, aku memang tak banyak mainan macam adik beradik atas aku. Cuma kalau pergi kedai tu memang aku akan selalu mintak Dindang.

2) Aku pernah jadi ulat buku.

Kebetulan, jarak aku dengan adik beradik aku semua jauh-jauh. Abang Ngah aku jenis budak rajin belajar, dia nak adik-adik dia rajin belajar juga jadi dia timbunkan hidup aku dengan pelbagai jenis buku. So aku boleh membaca seawal 3 tahun. Aku petah bercakap dan suka soal macam-macam seperti kebanyakan budak lain. Pergi mana-mana aku akan baca setiap perkataan yang aku jumpa. Antara bahan bacaan terawal aku ialah Novel Fiskyen, Mastikakahkah dan komik Doraemon. hihi.

3) Aku suka ikut abang-abang aku 

Dua adik beradik atas aku adalah abang juga. Abang Jam dan Abang Bob. Diorang berdua ni beza umur setahun je. So aku yang kecik ni selalu jadi pengacau aktiviti diorang bila mana mak aku asyik suruh diorang bawak aku main sekali. Tapi seingat aku walau ada buli sikit sikit, secara keseluruhannya abang-abang aku layan aku baik. Mungkin sebab aku bungsu kan. Perempuan pulak tu. Aku paling tak boleh lupa momen abang Bob aku ajak main pengakap-pengakap. Dia memang ahli pengakap, jadi kami pernah main masak-masak yang serius. Nyalakan unggun api. Masak roti dengan tepung. Cabut dan masak ubi kayu. Masak telur dalam tanah. Bestnya!

Dan kalau abang aku berdua tu main badminton, aku akan jadi tukang kutip shuttlecock. Dengan gembiranya.

4) Aku suka memberontak dengan akak aku

Aku ada akak. Paling sulung dalam semua adik beradik. Dia ni lemah lembut sikit orangnya. Jadi sifat keperempuanan dia memang terserlah. Dia pandai masak kek. Pandai masak masakan pelik tapi sedap, dan mempunyai hobi akak-akak seperti mengait, menyulam dan menggubah bunga. Seingat aku, macam-macam trend bunga yang aku dah pernah tengok sepanjang aku membesar dulu. Bunga benang, bunga tempurung kelapa, bunga straw, bunga botol plastik, bunga bunga matahari anggun mekar di taman sari dan bermacam lagi. Akak aku garang sikit dengan aku. Kalau lepas main Lego, aku tak kemas, dia akan marah tempik-tempik aku. Akak aku cakap, aku tak melawan. Aku kemas, lepas tu lama sikit aku pergi kat gubahan bunga dia, aku patah-patah kan. Perangai.

5) Aku budak perempuan lasak

Ciri-ciri feminin ni wujud dalam diri aku bila aku masuk umur 25 rasanya. Sebab aku dah jadi ibu pada umur tu. Kalau tidak memang tak. Mungkin sebab atas aku semua abang-abang. Dan bergaul pun dengan kawan-kawan lelaki di Berek Polis dulu. Mak aku pakaikan je aku baju gaun kembang kembang, tapi aku tetap panjat pagar sampai terjatuh patah gigi. Aku tetap berlumba basikal turun bukit, terjatuh sampai tersagat daging lutut. Satu-satu aktiviti jantan yang aku takut nak buat ialah ikut abang-abang aku mandi lombong. Sebab aku takut lemas.

6) Aku kemanjaan Abah aku

Cerita ni paling popular di kalangan anak beranak kami. Arwah abah aku dulu ketua Polis Balai. Jarak rumah kami, ke balai memang tak jauh. So kalau aku kena buli dengan adik beradik aku, atau kena marah dengan mak aku, aku akan melalak menangis pergi ke kaki lima rumah dan menjerit

"AbaaaaahhhhhhhhhhhhHHhhHhhhhhhHHhhhhh!!!!!!"

Abah aku akan keluar dari pejabat dia dan siapa punya angkara, memang kena. Hiks.

Abah aku suka hangkut aku ke mana pun dia pergi. Kadang-kadang aku rindu zaman waktu aku masih dalam dukungan dia. Abah aku besar. So umur aku 5-6 tahun pun dia larat dukung aku lagi. Dia akan bawa aku pergi tengok tarian naga, opera Cina, berkelah, memancing dan macam-macam lagi.

7) Aku jarang meminta

Faedahnya jadi anak bungsu ialah, aku boleh perati ragam adik beradik aku yang lain. Jadi bila aku tengok abah aku kerja teruk, susah susah cari duit sebab nak bayar yuran itu ini untuk abang aku, aku jadikan perkara tu sebagai garisan kepada sikap kurang meminta-minta kat mak abah aku. So kalau aku nak apa-apa, selagi boleh aku akan kumpul duit sendiri. Perangai ni berlarutan sampai tahap memakan diri.

Kadang susah macam nak terkepit otak pun aku diam tak mintak orang apa-apa. Orang cakap perangai aku ni sebab ego. Entah, aku rasa lebih kepada malu dan takut menyusahkan orang. Sebab aku tak segan mengaku aku broke.

Hai, aku broke!

----


Hakikatnya bila aku dah besar macam mana pun, dah berkahwin, beranak, bercerai, aku tetap anak bungsu yang mak aku suap makan kecik-kecik dulu. Aku tetap adik yang Angah aku ajar A,B,C dulu. Aku tetap adik bungsu yang rosakkan bunga-bunga Along aku dulu. Aku tetap adik bungsu yang Abang Jam dan Abang Bob aku usung pergi kedai dulu.

Aku tetap anak bungsu; yang pada mereka, apa-apa keputusan hidup aku, kena rujuk kat diorang dulu. Walau ada perasaan nak memberontak tapi aku fikir balik, selama ni tunggang terbalik hidup aku, adik beradik aku tak pernah tinggalkan aku. Kadang aku rasa hakenan macam nak buli aku je tapi kalau ada perkara onar diorang selalu back-up aku.

"Aku dah besar, aku boleh buat keputusan semua sendiri" ----- He he he sangat.








10 comments :

THE Unknown said...

hai broke..
aku mountain..
brokeback mountain..
eheheheh..

---

saya ingat lagi bila kena sebat dengan ayah dulu, mesti malam malam dia dtang sapu ubat lepas kami semua tido..
orang askar, baran dia kaw kaw..
bagi ikan dia makan tisu pon takley..
eheheehh

Cik Azz said...

Akakpun anak bongsu juga tapi bongsu perempuan.. Walaupun dah tua, status anak bongsu perempuan tu akan kekal selamanya.. hikk..

Akakpun masa kecik tak mainan.. Sian sangat.. Mainanpun main lukis gambar patung pastu gunting.. Pastu main nyanyi2.. Mikropon dia botol kicap kosong.. hehe..

Point last tu kita sama.. Akakpun jenis yang tak suka meminta-minta.. Sebabnya, sedari kecik dah tengok mak abah balik dari ladang sawit dengan baju yang berpeluh-peluh yang kalau diperah peluh tu, boleh dapat satu gayung..

Irfa said...

akak anak sulung
tu je nak komen ;)

mummy_icha said...

Hai.

Saya pun anak bongsu perempuan. Sbb perempuan ada 4, lelaki ada 2, so bongsu perempuan. Susah jdi bongsu p'puan ni sbb terpikul amanah berat tuk jaga mak bapak bila yang lain dah kawin+keje jauh. Cuti lps SPM/tiap semester kena jaga mak bapak.Raya kena buat persiapan raya, ie kemas rumah+masak lauk2 raya + basuh cawan pinggan mangkuk org beraya + selalu x dpt ikut beraya (sobs...!) - sedih juga tapi bila dah tua2 ni, rasa ada hikmah semua tu sebab bila sendiri dah kahwin + keje jauh + komitmen keluarga sendiri, dah susah nak jaga orang tua mcm dulu2. Bila ayah dah xde, sekurang2nya byk juga kenangan dgn dia, cuma masa tu tahu macam nak rebel aje. ohh sori terkomen x relevan kat sini.

cuma nak kata, walau siapa pun kita, keluarga adalah tunggak pertama kehidupan. Dan selamanya yang pertama. sekian :)

Nurul Farhana Husain said...

Saya anak bongsu & sorang je perempuan dalam adik beradik. Tiga lagi atas semua abangS. Hee. Manja jangan cakap lah, tapi kasor ;p

Alip Apai said...

Aku juga anak bongsu. Aku setuju dengan point terakhir kau.

Aku selalu jadikan kakak dan abang aku sebagai rujukan aku dalam hubungan kekeluargaan. Any mistake diorang aku lihat dan jangan diulang.

Alip Apai said...

Aku juga anak bongsu. Aku setuju dengan point terakhir kau.

Aku selalu jadikan kakak dan abang aku sebagai rujukan aku dalam hubungan kekeluargaan. Any mistake diorang aku lihat dan jangan diulang.

mamabeauty said...

anak tengah lagila sering dilupakan hew hew hew..

Islet Zairol said...

Anak bongsu memang manja..susah nak say 'no'..kakak-kakak pun manjakan ..

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)