26.11.14

Lambang

Aku perhati orang kita (tak kira bangsa) lepas naik gaji sikit akan sibuk nak upgred kereta. Asal dapat duit sikit nak beli kenderaan baru. Aku tak ada masalah dengan orang yang suka upgred kereta gempak-gempak ni. Sebab rata-rata sebab minat. Ramai sebab benda tu dah jadi impian. Aku rasa hanya 10% sebab keperluan. Itu pun bila kau dah beli kereta gempak, 10% keperluan tu boleh dipecahkan 3% keperluan dari segi kapasiti, 3% keperluan untuk nak tayang, 3% keperluan untuk nak kesana kemari, 1% keperluan nafsu.

1% keperluan nafsu nak riak tu kau boleh detect pada golongan yang upgrade beli kenderaan sempit macam Ford Fiesta padahal anak dah 4 orang. Nak masuk 5.

Faham faham. Fine. Takpe. Aku tak ada bantahan langsung sejak bab nak membeli belah ni langsung tak melibatkan duit aku.

Macam aku, setakat ni mampu pakai sedan murah je. Kereta nasional. Pernah hampir nak beli kereta baru atas sebab kapasiti. Itu pun kereta yang aku target adalah Proton Exora. Tapi ada masalah teknikal dari segi perancangan kewangan, so aku batalkan hasrat tu dulu. Buat masa ni hasrat nak upgrade kereta memang jauh lagi sebab kereta yang ada masih elok (Alhamdulillah) dan mampu bawak aku dari destinasi ke destinasi.

Cuma;

cuma aku AGAK KURANG SETUJU bila orang memukul rata dengan meletakkan kenderaan yang di pandu sebagai lambang kestabilan ekonomi; Atau lambang kekayaan. Bila mentaliti macam ni dah ada dalam kepala otak kau, kau akan rasa malu nak pakai kenderaan kompak murah macam Perodua Kancil misalnya. Dan yang paling tak best bila kau anggap orang lain yang pakai Kancil (misalnya) sebagai; MISKIN.

Banyak kali juga aku nampak orang yang tinggal di PPRT bawak Land Rover.

Dan mungkin orang yang bawak Perodua Kancil tu dah ada sebiji kondominium dan teres dua tingkat.

Atau orang yang bawak BMW tu kereta mak dia ke. Atau kereta company MLM untuk strategi marketing ke.

Kawan aku, bujang, Timbalan Pengurus pandu Saga BLM. Yang kerani pandu Caldina pula.

Aku tak cakap orang-orang kat atas ni semua miskin ke kaya ke cuma kita patut lepaskan minda kita dari judge ekonomi orang secara melulu hanyak kerana kau nampak secebis kelebihan yang dia ada, dan kau takda. Atau secebis kekurangan yang dia ada, dan kau takda.

Kenderaan ni kau boleh bawak ke mana-mana dan secara otomatiknya orang tak tau pun siapa diri kau di luar kenderaan yang dipandu. Orang tak tau pun jawatan dan pendapatan bulanan kau. Yang orang tau, kau pakai Honda Accord, kau kaya dan bergaya.

Aku jarang nak kagum dengan orang yang pakai kereta yang konon gempak ni. (gempak la kalau nak dibanding Proton). Sebab bukan sekali dua aku jumpa orang yang macam aku cerita kat atas nun. Dan aku percaya perangai yang rasa kenderaan tu lambang kekayaan tu berputik bila kau mula compare diri sendiri dengan diri orang lain. Lainlah kalau memang resmi kau kaya, rumah dah ada segala, aku dah kenal kau kerja apa hari-hari minum kopi starbux makan mewah pocket bulanan berlebih sampai tak tau nak buat apa, itu cerita lain. Ini cerita kita rakyat marhain ni ha.

;dan most of the times bagi aku kenderaan ni sebenarnya boleh dikatakan sebagai, hanya lambang perhutangan. 








32 comments :

Atikah Honeybee said...

kan..sbb tu smp sekarang tak tukar kete wpun gaji dah naik sbb kete yg ada masih elok.
kalau setakat nak berlagak dgn sedara mara time balik kg or raya, rasa mmg tak perlu pun sbb end up org yang pkai kete import or kereta gempak ni dtg pinjam duit ngan org pkai kete biasa aka kete nasional..motif?? hahahahha...

Atiqah Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Atiqah Ahmad said...

lambang perhutangan.

yes. i agree.

hutang PTPTN bising taknak bayar. tapi beli kereta lagi mahal dari orang yang takde hutang PTPTN.

dan ada yang da tukar kereta ke kereta import sebab pandu kereta nasional tak best.

tapi hutang PTPTN still jugak tak berbayar.

ily♥ said...

Lambang perhutangan..
hihi...setuju..
Ingat ayah pernah pesan masa masih lagi seorang graduan segar dulu, dapat kerja, the first thing fikir pasal rumah. Kereta tolak tepi dulu.

Bila fikir-fikir, true. Kereta is liability. Sekadar lambang hutang unless u bought it cash guna duit yang terkepuk tak tau nak guna unutk apa lagi dah.

To me, kereta guna sampai rosak, atau sampai timbulnya keperluan mendesak utk beli kereta baru like anak 10 tak muat nak sumbat dlm myvi, terpaksa cari inisiatif beli kereta besar sikit. hihi..

Huda Luna said...

pegi taska hantar anak pakai moto. bukan tak ada kereta. kereta pun nasional jugak. tapi simpan pakai weekend.

parents lain ada kereta mahal-mahal. honda, bmw, merc.

pandang kami atas bawah atas bawah. bila terserempak masa hantar anak. mungkin kata diorang, kami miskin. kot? kami senyum pun tak balas.

kami naik moto untuk ke KL sebab nak jimat.

boleh balik cepat dari sangkut jem. boleh cepat jumpa anak.

apa guna kereta mahal hutang riban-riban tapi masa jem still stuck dan tak boleh gerak?

MizzTina said...

hahaha..kdg² yg pakai kete besar ni automatik jd bongkak atas jalan raya..


selalu nmpk kat umah ni, kete alphard n land rover, tp duk umah sewa 2pintu style kg tu.. tp anggap +ve, "dia ada banglo kot".. hurmmm

Cik Azz said...

Setuju sangat...

Kereta mahal, maintenance juga mahal.. Kalau semua ni guna duit sendiri, takpe, teruskan.. Jangan libatkan duit orang lain.. hehh..

Mak selalu pesan, kalau tak mampu, buat cara tak mampu.. Bukan saja dalam soal membeli kereta, tapi dalam soal semua pembelian..

Rata-rata masih ramai lagi yang amalkan sikap 'biar papa asalkan bergaya'.. Hutang bertepek-tepek, takpe..

Aty_Fared said...

yessss... setuju... tak melambang kan kerje gaji duit bekepuk dalam bank or so whatever...
bos asben.. pakai wira buruk tapi gaji rm 26k.. umah baglo... isteri pakai kancil.. die kate..dah habes bayar..tu yang penting..dan tak suka tambah hutang sebab takut tak sempat habes bayar [takut mati]
sorang kenalan.. pakai kereta mewah.. sedangkan kerje kerani jer.. belanja umah tersangkut2... selalu mengadu duit gaji habes sebelum habes bulan.. bagi die.. yang penting nampak gaya lagi kaya.. kat umah tak yah cerite.. fineeee.....

Cik Aann said...

dah dpt target income n hartanah baru saya akan tukar kereta tupon kalau rasa nak tukar..makeup2 kete xtahu lagi .sbb xde perasaan.. kikikik

Abah nak order BASIC H satu!

Mimy Hamid said...

setujuuuuuuuuuuuuuuuuuu...sy kete cikai je proton iswara...oldies sgt..manual lak tu ..stereng ketat...hehehe yg penting hutang yilek..........yg keji..kete ko monthly kena bayar kan kan kan....so bank punya heheh

Rapunzel Cikilolo said...

depend on kehendak dan keupayaan individu.

Haslina Din said...

setuju sangat.. tak kisah la kete gempak ke tak gempak ke satu masa dan ketika nanti akan tetap jadik besi buruk jugak.. :)

mamabeauty said...

saya sampai sekarang keta sorong pun tak ada hehehe..

jika ikut kemampuan memey bulih ada keta sendiri tapi kita kongsi jelah dengan suami dulu dan nak abes bayar pun dah.. Alhamdulillah..

bila memikirkan nak tambah hutan tu yang tak jadi upgrade

Nurul Farhana Husain said...

Saya beli kereta sebab family. Sekarang kereta tu dah jadi kereta wakaf untuk family. Hari-hari kasi lanyak T_T

Dah dekat 30,000 km, belum sampai setahun pun lagi.

goblogbyfarah said...

suka kereta klasik lama2 macam mini cooper mr bean or volkswagen katak tu.

Mime MF said...

statement lambang perhutangan tu rasa setuju sangat.

beli kereta. hutang menanti.
kdg2 rasa kesal sbb beli kereta dulu..rasa mcm beli rumah dulu kan baik..

na jimi said...

agreed.

id much rather dok umoh selese and pakai kete bese je, instead of the other way round.

but then again, tak sume oghang pikir cenggitu.

tapelah, as long as kite pandai prioritize ape yg penting utk diri sendiri.

hihi

Nin said...

Assalam. My first time here. Satu je nak tanya.... Jomblo tu apa ye? Nama tempat ke? =)

hikari said...

aku pakai kelisa manual 1.0
lambang aku mampoo milik sebab aku dah abis bayar dan dah selamat jadi aset aku.

yang pakai bmw ke range rover ke.. kalau masih ada utang bank.. sekali kau kena brenti keje memang cakar dinding la nak bayau kete bulan2..

hehehe..

Lina Affendi said...

lambang perhutangan. setuju sangat.
saya juga kalau la boleh juga tidak suka berhutang. sebab tu cakap dengan encik suami tukar kereta bila satu kereta telah terlangsai hutangnya.ikut nafsu memang la bestnya tengok orang pakai keta import. tapi ukur baju badan sendiri la. saya prefer orang pandang saya sengkek tapi saya hidup tak pening pikir hutang.

Nabila Syifa said...

yess! sangat2 betullah tu..lg tinggi tahap 'kebergayaan' dan 'kemenunjuk-nunjukkan' seseorang tu kat luar..kikiki(bahasa apa ni) lg tinggi tahap 'keberhutangannya'.mcm u ckp la..lainlah kalau mmg status kewangan dia tu stabil duit berlebih tak tau nak spend kat mana kan?kan?

Nazry Iskandar said...

True. Ukur baju di badan sendiri.

thegniusriot said...

Saya rasa msti ramai yg sentap klu baca entry kak Noe ni.Mmg setuju 100% dengan entri ni.Saya perhatikan rata-rata terutama org Melayu (sorry to say)mmg sanggup berbelanja@berhutang lebih semata2 utk 'show off' kat org.Alih2 tgh bulan,sesak lepas tu minta duit dgn org (klu reti byr balik x apa jugak,tapi ramai la yg buat donno ja )hrmmmm,tu lah.Bila ikut nafsu,badan binasa.Tak salah kalau nak bergaya tapi mcm yg blogger lain ckp,ukur baju di badan sendiri.Bagi saya,instead of beli@tukar kereta baik beli rumah@tanah.Sbb kurang2 makin hari,nilai makin naik.Berbanding kereta,makin hari nilai makin menurun.Tapi apapun hujung pangkal,tepuk dada tanya diri sendiri.Hrmmmm

AiTotYati Mat said...

ada kwn drive suzuki 4x4

tapi bila hujung bulan suka hutang pinjam duit I.

I naik wira je kot.

kdg2 sesetengah org mmg suka biar papa asal bergaya.

pada I plak, biar tak nmpk hebat bergaya janji takde hutang der...

Mar Mansor said...

suka baca entri ini..
guard kat kilang saya suka beza2kan staff..mentang2 saya pakai viva je..
staff yg sama taraf dengan saya diap dia angkat tangan (nak muntah) sebab orang tu pakai vios..

mummy_icha said...

haaaaa betul3...

kalaulah semua org mentaliti mcm ini. mcm i, u and us :-)

tp hakikatnya mind setting kereta mewah=kaya, kereta local/buruk=miskin masih kuat lagi. so kdg2 mmg akan terikut2 & rasa rendah diri. i nak tukar kereta drp local car to imported cars bertahun2 memikir, daripada masih berhutang sampailah dah 2 tahun habis hutang ni. kalau ikutkan hati mmg nak tukar sekarang jugak! tp bila tgk kereta yg masih elok (Alhamdulillah) dan kemalasan nak berhutang lagi, terus tak jadi. walaupun keretaku ialah manual, pegi keje sekali jalan 50km & bila nak masuk KL je cukup bercinta sebab jem teruk :-(

haha..

Suriya Majid said...

Part lambang perhutangan tu memang 100% agree..sebab boleh kira brapa orang yang boleh beli cash

Cik Iman said...

kereta tu umpama identiti diorang, macam perempuan suka bergaya, ada identiti diorang

tapi tak dinafikan diorang menambah hutang dengan cara nie

tapi kepuasan tuuuuuu pergh memang tak terkata

Rose Naqiu said...

well said noe,

itulah zaman sekarang.
aku pakai kereta nak rebeh.

budak2 muda lalu pakai shawl singkat memandu civic 2.0 sambil angkat kening.

faham. faham.

kereta aku buruk, number plat ilang satu.
tapi syukur kerna komitmen aku hanya 20% dari gaji.

Syima Syaz said...

Setuju...

Pernah kerja bahagian term loan di bank. Geleng kepala tengok cara mereka hutang tak padan dengan gaji...

Syima Syaz said...

Setuju...

Pernah kerja bahagian term loan di bank. Geleng kepala tengok cara mereka hutang tak padan dengan gaji...

Irnaa 89 said...

X smua mcm tu...tapi, info yg berguna..