24.11.14

Sesetengah Ibu Yang Memang Meletakkan Harapan Yang Lebih Tinggi Dari..emm...Pelangi.


Tiba-tiba aku teringat;

Aku pernah buat satu lagu, pendek je dalam 1 minit ke 2 minit. Dalam tahun 2007 zaman remaja tak tentu arah, duk layan feeling sensorang, mula lah nak buat lagu deep deep kan. Lepas tu pada tahun 2012 bila anak saudara aku pulak meningkat dewasa, dia jumpa lagu aku tu, dia dengar dan dia rasa macam ada kena mengena sikit dengan perjalanan akil baligh dia, dia ambik lagu tu burn dalam cd dan jadikan muzik track dalam kereta.

Lepas tu mak aku pun dengar. Anak buah aku cakap;

"Ni lagu ashu buat, dia yang nyanyi,"
Mak-mak ni dia memang mudah teruja tengok benda pelik yang anak dia buat lalu dia call aku dia cakap;

"Mak dah dengar lagu yang Deknoe buat tu. Deknoe patut hantar ke M.Nasir,"
Puas aku recall lagu apa yang mak aku suruh hantar ke M.Nasir ni. Bunyi macam gempak sangat dan aku mula terngiangkan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Takkan lah aku pernah buat lagu segempak tu. Aku tanya anak buah aku. Oh rupa-rupanya lagu korok tu. Punyalah lama. Lagu tu pun aku tak ingat dah.

- - - -

Benda macam ni bila aku sendiri dah jadi mak, aku tak rasa pelik sangat sebab agak biasa kalau mak bapak ni meletakkan harapan tinggi dan percaya kat kebolehan anak-anak ni. Kalau dia nampak aku masak benda pelik sikit, pastu sedap sikit, dia dah anggap benda tu boleh jual dan mula cerita pasal nak bukak kedai makan.

Macam aku, kalau aku nampak anak-anak aku berdua main doktor-doktor, betapa aku doanya dah besar nanti diorang jadi doktor pakar di hospital terkemuka negara.

Cuma aku pelik bila ada sesetengah orang selamba je perlekeh anak orang pakej dengan perlekeh harapan mak bapak tu sendiri terhadap anak-anak diorang.

Benda perlekeh memperlekeh ni patut zaman Abu Jahal mati dulu dah habis dah.



p/s: Lebih tinggi dari pelangi la sebab tahap ketinggian pelangi ni berada paras yang kau boleh nampak dengan mata kasar. Yang kau boleh nikmati panoramanya sambil duduk di pangkin waktu petang minum kopi.






1 comment :

anida ae said...

setuju sangat.
benda perlekeh memperlekeh ni patut zaman Abu Jahal mati dulu dah habis dah.