11.11.14

Takut

Bila duduk seorang, aku tak terlepas dari habit suka termenung. Termenung bukan kosong. Termenung fikir macam-macam. Rasa macam banyak sangat benda yang aku dah lalu, padahal sebenarnya banyak lagi di depan menunggu. 

Kamu pernah terfikir tak, bila pertama kali kamu rasa sayang dengan seseorang. Entah ada apa tiba-tiba kamu seronok berbual mesra. Kamu cenderung untuk merasa apa yang dia rasa. Kamu kongsi emosi dan hiba yang sama. Dia sedih, kamu sedih. Dia gembira, kamu pun gembira. 

Dalam kelekaan perasaan, perhubungan yang berlanjutan itu, akhirnya, kamu menjadi penyumbang kesedihan dia yang seterusnya. 

Kamu yang dulu peduli dan simpati dengan kesedihan dia, kini menjadi lembaran baru bagi episod kesedihan dia. Entah kemana kamu campak perasaan sayang macam "I'll never break your heart" yang Backstreet Boy nyanyi tu. 

Pernah terfikir tak apa yang aku fikir ni?

Ini lah musabab yang relevan kenapa ramai orang takut nak bercinta lagi. 

Selamat malam.







7 comments :

Lina Affendi said...

Kadang kita tersungkur kita takut bangun semula. Begitu hidup. Kadang kita tak cukup kuat sebab takut lalui benda yang sama sedangkan kita tidak tahu apa terbentang di hadapan. Kisah kita tidak sama tetapi seperti saya, Allah ambil anak kedua saya sekelip mata. Dan sehingga kini saya takut untuk mengandung kerana takutkan macam2.

zella y said...

kdg2 saya fikir benda-benda yang tak patut saya fikir sampai saya over thinking..sedangkang Allah dah janji whats meant to be will meant to be...

Iris Jasmine said...

sy selalu fikir mcm nii. rasa mcm sy ni cuma menyemak je dlm hidup seseorang. dah suka, tp bila fikir mcm tu, terpaksa batalkan niat nak dekatkan diri dgn dia. so i choose to distance myself. then move on..

nurul harnani said...

its true and kadang2 it will hurt our feeling too. allah tahu mana yg baik, allah tahu siapa yg ada dlm hati kita dan yg bakal jadi raja dlm hati kita.

doa dan doa.

AMIN :)

the anisa sarwani said...

lebih kepada trauma...

shidah said...

haah.. :(

na jimi said...

Good point.

Rasenye that's why it's probably better untuk kita let go and move on.

No point in keeping others unhappy, kan?