15.12.14

2 Minggu Sebelum 2015

Selepas melepaskan diri dari satu demi satu peristiwa hidup, kita akan jadi lebih mudah untuk faham sekiranya peristiwa yang lebih kurang sama berlaku di kalangan orang lain sekeliling kita. Yang sedihnya, kita nak kena tunggu perkara yang sama berlaku kat orang tu, baru dia boleh faham kita.

2013 dan 2014 adalah tahun yang tunggang terbalik. Aku mengharap 2015 tahun yang menggembirakan. Kalau ada sedih sedih sikit tak apa lah, asalkan tak tunggang terbalik.

Banyak benda yang aku nantikan tahun 2015 ni. Antara yang aku tunggu dan gembira adalah anak-anak akan sepenuh masa tinggal dengan aku. Dah takda gilir-gilir macam sebelum ni. Setahun lebih aku sabar. Orang cakap "Allah beri rehat", tapi jujur aku rasa cukup lah dengan 'rehat' ni. Aku rasa tak relevan. Lagipun Sabrina dah mula tadika tahun depan. Kesian dia nak gilir-gilir, kejap campak sana, kejap campak sini.

Bukan sekali dua orang ajukan soalan; "Macam mana kau boleh berjauhan dengan anak kau ek?"

Sebenarnya tak boleh. Puas aku sibukkan diri untuk lupa gelak tawa anak-anak yang aku kandungkan setiap kali turn dengan abah mereka. Aku lagi sanggup berpenat jaga anak daripada penat rindukan mereka. Tak ada apa yang seronok berjauhan dengan anak-anak bila kau tahu dan yakin, bahawa kau adalah tempat terbaik untuk mereka tinggal bersama. Memang lah sesekali kita cakap "Penatnya jaga anak," tapi takda niat mengeluh. Cakap kosong je. Macam kau cakap penat berjogging. Kau yang nak jogging. Dan memang jogging tu penat. Bukan mengeluh. Hanya ekspresi kepada sesuatu perasaan. Tapi mungkin kena kurangkan cakap kosong lah. Tak pun jadi bisu terus. Bayangkan dah la aku duduk rumah sorang-sorang. Yang sepatutnya riuh dengan gelak ketawa anak-anak, Tertunggu-tunggu hari Rabu. Orang suruh aku keluar jalan-jalan. Aku keluar, dok membazir duit, balik rumah, aku rasa kosong rindukan anak semula. Pendek kata macam-macam aku buat untuk divert perasaan aku. Yang aku dapat cuma kelegaan sementara. Tak, aku bukan nak meraih simpati. Tapi aku nak jawab soalan yang orang tanya kan tu.

Cuma hikmah yang aku dapat sepanjang tempoh itu adalah belajar bersabar, dan banyakkan merayu dan bersyukur dengan Allah. Benda ni buat aku gigih untuk faham bahawa semua kat dunia ni Dia punya. Dia nak bagi, Dia bagi, Dia nak ambik, Dia ambik. Aku rasa itu lah hikmahnya. Kita manusia biasa kan? Bila time dicurah nikmat, selalu je lupa kan Dia. Dia tarik sikit nikmat, Dia nak dengar kita mengadu dan merayu.

2015. Doakan lah yang terbaik.


we do love selfie.







28 comments :

.dida mumin♥ said...

God bless :)

kisah kita said...

salam....
been there... menjalani kehidupan tanpa anak2 depan mata mmg sangat pedih... tak de kata yang mampu dirungkaikan... sampaikan satu tahap, diam adalah penyelesaian terbaik..

saya doakan awak kuat dihari2 mendatang.. insyaallah

cinta

ily♥ said...

Assalamualaikum..
Semoga kaknoe sentiasa di bawah lindungan rahmat, barakah & redha Allah..

May Allah granted the best for you in the coming days ahead till jannah..
InsyaAllah..

sapphire said...

kita yang mengandungkan dia. apa-apa pun kita yg paling tahu apa yg terbest untuk mereka. jadual makan..kenapa menangis ...menangis cara canni kenapa pulak...bila masa kena tidur..bukan nak kata encik suami tak tahu apa2. cuma naluri ibu tu kan lebih kuat...

semoga tahun 2015 rumah kak noe kembali meriah dengan anak-anak.. :)

asoarchery said...

noe..nangis baca yg they will stay with u..uhuk2..alhamdulillah.subhanallahi wabihamdihi.. take care noe n anak2..

ddJaafar said...

be strong noe.
semoga2 2015 dapat berikan ko satu kehidupan yang lebih best dan ceria.. dan lebih membahagiakan.

mamabeauty said...

in shaa Allah 2015 akan bersinar kembali..

semoga dipermudahkan segala urusannya..

Liyana said...

sedih baca. semoga lebih kuat sis :)

Tipah said...

oh noe :')

orked violet @ SYA said...

Alhamdulillah, syukur lepas ni anak2 dengan kak noe. Saye doa Kak Noe bahagia dunia akhirat. Amin

*Selame ni silent reader je. Kt instagram pon jadik tukang like pictures je. huhu*

Irfa said...

emm betul sgt
mengeluh kosong je
tp bila ank takde didepan mata
rasa sunyiiiiiiiiiii yg teramat

-icha03- said...

alhamdulillah...
i am heppi for u ...
nanti ajak saye lepak yee..
anak saye dua dua bujang
anak awak dua dua anak dara
ngam la tu..
hahahaha

plus... kite x jauh pon ...
masih umah lama kah ?
wuwuuwwu

Hally said...

noe,
tahun 2015 kembali bersama? one hepi family? kenapa tidak kan?

mrs.smile said...

tahun yang tunggang terbalik juga untuk saya..moga awak terus kuat!
saya juga berharap saya akan terus kuat, walaupun kadangkala saya tumbang dipertengahan jalan..ayuh kita bangkit! smile

-ilyannur- said...

semoga tahun 2015 baik2 saja noe.

Noraini Abdullah said...

ALHAMDULLIAH... kesabaran adalah jalan yang paling indah. Teruskan benda yang baik dan perkara yang boleh buat kak noe bahagia. Insha-Allah sentiasa ada doa yang baik untuk akak sekeluarga. Doakan kebahagian saya juga. Ameen... go ammak sabrina dan natrah!!

lucky is my name said...

Ujian tanda Allah sayang.. Alhamdulillah ya rabb...

dalin ali said...

hai noe,
silent reader ni. jarang baca sebab sibuk tapi mesti ke sini untuk baca kalau free.
doakan yg terbaik utk noe, dan kita semua.
rahsia hidup ni hanya Allah yang tahu kan.
DIA sahaja.
kita nangis, mengadu pada DIA.
dan DIA mendengar. :)

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Kyla Pearlisha said...

Salam haiii. BW here. semoga tabah ye. smga jugak 2015 ni mber harapan baru utk awk :)

hadi salim said...

Semoga dikuatkan, dan di 2015 ini anda diberikan pekerjaan yang lebih baik yang tidak mengharuskan anda jauh dari anak anak anda.

Najib Ariyan said...

tahun 2014 memang tahun sedih bagi ramai orang... ujian Allah kepada boleh kata setiap orang sangat mencabar kesabaran dan minda... mudah2an 2015 menjanjikan kebahagiaan buat kita semua

Prince of Noob said...

semoga hari yang mendatang lebih baik dari hari2 semalam

jemput singgah sini :) - http://buasirotak.blogspot.com/

Sarah Afiqah Khairulannuar said...

Ujian yg hebat untuk orang yang hebat.

:)

Islet Zairol said...

Right..me also 2013 & 2014 tahun jatuh menjunam smpi rasa nk masuk ICU...tapi bangkit semula walaupun payah...

Hoping the best untuk semua perempuan yang seangkatan.. :)

kakak hanis said...

Moga Allah mudahkan segalanya.. amin..

Rose Azadir said...

Salam kenal, semoga segala urusan dipermudahkan....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. ...tq :)

Ahmad Sadli said...

all the best