11.12.14

8 Sebab Kenapa Aku Tak Minat Karaoke

Aku lambat kenal karaoke ni. Nak kata sebab aku orang kampung, tak jugak sebab dulu masa aku kecik-kecik aku pergi kenduri kawen, ramai je pakcik makcik ghairah berkaraoke. Entah. Rasa macam segan sikit bila mikrofon tu dalam genggaman.

Jadi aku mula kenal karaoke masa aku join advertising agency dulu. Itupun sekali. Umur 23. Bila masuk kerja kat sini (korang tau kat mana) aku perasan aktiviti karaoke tu macam satu kemestian bila ada even seminar atau dinner. Selepas mencekik makan, mesti ada orang yang sungguh eksaited nak pergi ke depan pentas untuk mendendangkan lagu sepam dua. Pun aku terfikir,

"Berani nya korang ni. Aku malu gila kot nak ke depan semata nak karaoke"

Bila hidup bermasyarakat ni, kita akan selalu terdorong untuk buat apa yang orang sekeliling kita buat. Terutama kawan-kawan. Nak dipendekkan cerita, tanpa justifikasi penuh helah, aku mengaku je lah aku pun pernah karaoke.

Tapi serius la aku tak rasa karaoke ni benda yang best sebab

1) Asyik-asyik lagu sama

Kalau kau biasa pergi karaoke, kau akan dapati kebanyakan lagu yang kawan-kawan kau nyanyi, adalah lagu yang sama. Takpa lagi. Tapi yang tak bestnya aku tak tau pun akan kewujudan lagu tu before aku ke pusat karaoke. Tahap kalau aku dengar lagu-lagu tu kat radio aku akan tukar channel lain. Kalau dah tukar 5 channel lain pun lagu sama, aku bakar radio tu. Biasalah kan, walaupun kawan bertahun, selera muzik masing-masing memang jauh berbeza. Wan, Ella, Ziana Zain, Rock Kapak, dan lagu-lagu jiwang tak patut.

2) Lagu yang aku tau, aku tak tau nyanyi

Baru aku sedar yang selama ni tiap kali aku dengar lagu fevret aku, aku sing along pun merapu-rapu je. Bila bagi muzik, lirik, mikrofon, aku tak tau nyanyi. Tapi dah pilih, terpaksa la aku nyanyi walaupun tahap karaoke jamban je. Padahal dalam hati tu dah malu tebal macam kulit badak dah. Selalunya aku nyanyi sampai satu chorus kena tarik pitching tinggi suara terkepit, aku cut.

3) Aku malu

Panggil lah aku poyo. Semenjak pakai tudung aku malu nak karaoke depan khalayak especially lelaki. Rasa macam tak patut. Aku rasa bukan sebab tudung. Sebab setiap kali aku pegi karaoke, yang ramai memang akak tudung. Mungkin sebab aku dah tua. Ya faktor usia kot. Kecuali hari tu gathering dengan theGirlfriends sebab kami saling rindu. Lambat aku nak warm up. Last-last aku belanja juga sedas dua. Itu pun lagu yang semua orang boleh nyanyi sama-sama supaya aku tak segan nyanyi sorang-sorang.

Macam Backstreet Boy, As Long As You Love Me. The Beatles She Loves Me.

Takkan lah korang tak tau lagu tu kan?

4) Balik balik dia

Semua group pun aku perati berlaku fenomena ini. Lepas dia, dia, lepas tu dia lagi. Suara kawan kau tu memang sedap pun. Boleh la masuk AF dan tersingkir kat uji bakat. Tapi tu la balik-balik dia balik dia. Dapat yang suara sumbang tu, meronta jugak jiwa aku mendengarnya. Nasib baik pusat karaoke ni ada makanan. Jiwa meronta, aku sumbat makanan.

5) Aku tak suka nyanyi sensorang

Dah kata karaoke untuk berhibur je kan. So aku tak suka nyanyi sensorang. Tapi tiap kali aku pilih lagu, kawan aku tak tau lagu tu.

5) Makanan Tak Sedap. 

Silap aku jugak mengharap makanan yang sedap kat pusat karaoke. Tapi sepinggan nasik goreng RM14 kot? Pastu steady je letak menu "Whole Chicken" bila order, sampai ayam bahagian peha je. RM20 pulak tu. Naib baik makanan yang mahal tu dah cover harga bilik karoke sekali.

6) Suara aku tak sedap

Orang cakap, pergi karaoke ni tak payah tunggu suara sedap. Nak happy-happy je. Kalau suara sedap kita dah jadi artis dah. Ya. Habis tu yang suara sedap tu kenapa menyanyi feeling retis sangat tau. Siap tarik. Gaya tangan macam berpidato. Eh tu macam aku je.

Ya again, aku tak boleh nak menyanyi sangat. Aku bukan artis. Setiap kali aku nyanyi suara tak sempai aku rasa macam hekeleh terhadap diri sendiri. Dan ada kawan aku pun memang rock gila main langgar je tempo pitch semua.

Betul lah memang karaoke ni untuk hiburkan hati je.

7) Video Klip Macam Naharom

Aku ni Designer. Walaupun sense of art aku tak menyeluruh, tapi bila tengok video klip karaoke ni aku rasa macam tak keruan. Dari dulu lagi. Aku rasa ada baiknya lagu karoke ni rakam video kucing tidur ke, katak berenang ke, kejadian rama-rama keluar dari kempompong ke, pastu letak lirik kat bawah tu. Dari video muka lelaki jiwang berjambul entah sesat dari mana, pastu perempuan bergaun kuning yang gersang nak bercinta dari awal lagu saaaampai lah habis.

Hmm

8) Sakit Mata

Selalu yang pergi karaoke hari Jumaat tu akak-akak gomen la. Ye lah lunch break lama. Tapi pernah jugak aku nampak, lelaki pun ada sama.

Come on bro..Come on..Sebagai orang yang tak sempurna dari segi agama, aku cadangkan, kepada abiang-abiang yang malas pi solat jemaat ni, korang duduk menyorok je dah la.

Oh ya, esok Jumaat kan?

Selamat berkaroke.








13 comments :

Nur Inani said...

sama lah. kita pun tak suka jugak better duduk rumah layan perasaan hahah:)

ily♥ said...

Tak suka jugak. Pernah kena paksa ikut ms kat ofc lama, sy layan makan je sementara yg lain asah suara.

Tapi penah jugak pegi dgn kwn2 sekali lepas final exam, final year study dulu. Tapi yang karaoke jamban, bilik kecik2 tu, sumbat masuk ramai2, nyanyi ramai2. Hihi..

mama maman aka yana said...

100 agree... hihi

nizamuddin ahmad said...

(y)

Aini Amir said...

aku tak suka karok. sbb 1-tua 2-suara tak sedap 3-tak tau nak nanyi lagu apa 4-memekak

ddJaafar said...

kahkahkah.

part video klip macam naharom tu aku sokong sgt. lagu kadang2 sedih tapi apahal awek macam nak ajak main je muka. lipstik takyah citer la.

aku pun kalau karoke, kawan2 biasa senyap sunyi dgr suara aku. bukan sebab sedap, tapi tak paham lagu apa yg aku nyanyi. penah aku nyanyi Hey Jude, diorg siap gi toilet.

tp skrg aku dh takleh nyanyi merata tmpat dah.laki aku dh haramkan aku nyanyi depan org.nak nyanyi dlm umah aje.

AP said...

HAHAHAHAHAHA.

Ini sangat betul. Saya suka sing-a-long, tak suka karaoke. Bila kena paksa dengan kawan, saya nyanyi lagi yang berkumpulan, supaya orang lain boleh menyanyi sama.

DRshairah said...

kekeke. setuju part klip video cam naharom..

btw, masa single/time blaja dulu slalu karaoke, kengkonon nk release stress blajar. tapi, pernah skali, pergi karaoke after final exam, berdua dgn member (perempuan aa), melalak menyanyi smpai sakit tekak. pergi klinik, skali larinks bengkak daa.. lama plak sakit nya.. lepas tu dh tak pergi karaoke dah.. tobat~~

Nana Liena said...

saya pun sama la,tak sedap dan pemalu,lagi videoklip menyakitkan mata

Islet Zairol said...

sama..tak minat karaoke..orang kata boleh hilang kan stress..which parts??sementara je..tapi okey le juga...

shidah said...

haah.. tak suka gak... mcm noe ckp la, rasa hekeleh terhadap diri sendiri...hehe..

ocie pemutih said...

coba sekali lagi deh kakak...mmungkin lebih menyenangkan dari pada yang sebelumhya... kunjungi
www.creampemutihkulitocie.blogspot.com yah
#creampemutihkulit #creampemutih #krimpemutihkulit #krimpumutih #whiteningcream

Fara said...

tak sangka kita sama dalam episod hidop yg ini.. huhuhu..