21.1.15

Mana Lebih Baik?

Baru baru ni khabar gembira datang dari salah seorang kawan aku. Katanya nak kahwin dah. Setelah berbulu telinga member-member dengar kisah sedih pilu dia dengan pakwe demi pakwe. Bercinta lama tapi bertunang dengan orang lain, putus, akhirnya jumpa dengan jejaka yang kenal tak lama pun, terus serius nak buat dia sebagai isteri. Kawan aku tu aku namakan Balkis.

Sedang kami sekawan ni berkumpul berbual sambil menghadap sarapan, salah seorang kawan aku tanya kat Balkis ni;

“Mana lebih baik? Rahim atau Baharom?,” Rahim dan Baharom bukan lah nama sebenar. Balkis pun bukan nama sebenar. Rahim pakwe lama. Baharom bakal suami.

Balkis tak jawab terus. Dia kunyah lama. Telan sikit-sikit. Dikais-kaisnya nasi kerabu. Masih belum jawab. Aku senyap macam tak peduli je apa Balkis nak jawab. Tapi sesungguhnya aku menunggu juga.

Sebenarnya jawapan kepada soalan “Mana lebih baik?” ni sedikit sebanyak menggambarkan peribadi orang yang menjawab soalan tu. 

Secara logiknya, memang kau akan lebih gembira apabila kau berjumpa dengan orang yang lebih baik dari bekas kekasih kau. Tapi kau kena ingat semua manusia ni ada baik dan buruk tersendiri. Agak tidak adil apabila masa yang kau habiskan bersama pasangan lama yang bertahun-tahun hidup susah senang dengan kau, tiba-tiba putus, kau jumpa orang baru yang tak kenal setahun, kau terus claim yang baru lebih baik dari yang lama. Kau kena ingat bahawa perasaan berbunga di awal percintaan tu semua penipuan yang dilakukan oleh hormon di dalam badan kau sendiri. 

Aku pernah rasa terganggu, patah balik pada 3-4 tahun lepas bila aku terbaca instagram bekas isteri kawan aku - dia upload gambar dengan kekasih baru. Aku tak ingat apa komen orang yang membuatkan bekas isteri kawan aku tu jawab “Of course lah yang baru ni lebih baik,” - tapi akhirnya sekarang aku dengar diorang dah tak bersama pun. Aku rasa terganggu sebab statement dia tu macam mengutuk kawan aku cara halus. 

Agak sedih juga aku bila ada orang tergamak mendabik dada macam tu. Satu, kau malukan bekas suami kau. Dua, kau riak. Tiga, padan la muka kau putus juga. Empat, kau tak tau masa depan kau macam mana. Lima, kau fikir lah sendiri.

Senang cerita, dalam hal jodoh pertemuan, memang takda siapa yang lebih baik dari sesiapa pun. Rahim tak lebih baik, Baharom pun tak lebih baik. Aku berpendapat, ada kebaikan Rahim yang Baharom takda, dan ada keburukan Baharom yang Rahim tak ada. 

Cuma, mungkin Baharom ni lebih baik untuk Balkis kalau nak dibandingkan Rahim dengan Balkis. Mungkin Rahim bengis dengan Balkis. Tapi bila Rahim jumpa orang lain, tiba-tiba dia jadi romantis. Gitu.

Fakta ni buat aku rasa semua tips perkahwinan bahagia, tips pasangan bahagia, sebenarnya tak berapa relevan untuk disandarkan 100%. Kunci paling penting ialah kau cari orang yang baik untuk kau - Orang yang berbaloi untuk kau. Orang yang tak kisah dengan keburukkan kau. Dan kau boleh berterusan sabar dengan keburukan dia. Lepas tu segala jenis tips pun kau rasa macam perkara biasa je sebab kau dah memang praktik hanya ikut common sense kau.

Aku rasa semua orang dah pernah fikir apa yang aku cerita ni. Tapi tak boleh nak nafi bahawa orang yang berfikiran macam bekas isteri kawan aku tu masih wujud di muka bumi ni. So aku ulang semula ayat aku; Sebenarnya jawapan kepada soalan “Mana lebih baik?” ni sedikit sebanyak menggambarkan peribadi orang yang menjawab soalan tu. 

dan Balkis pun menjawab;

“Ala biasa la manusia ada baik buruk. Cuma aku rasa Baharom lebih serasi dengan aku..”

Syukur kawan-kawan aku semua celik hati.






P/S: Cuma ingat, depan pasangan baru kau, kalau dia tanya SIAPA LEBIH HENSEM/CANTIK, kau jawab la "MESTILAH AWAK....." dengar bersungguh walau hakikatnya Allah Taala je tahu. Aku pesan je ni. 








18 comments :

aliqaliqa said...

pesanan tu terbaik!

ajim (kerusiburok) said...

pesanan last tuhh,, cegini! ahaha btol la kenal lama2 baru tahu buruk baik. andai bercinta lepas kahwin, kena tolerate la bila dapat tahu buruknya dia #madahcinta

hikari said...

aku jawap je terus terang. memang pakwe aku (sekarang) tak hensem pun. tapi manis tu ada. bukan kategori tall dark n hensem sebab aku tinggi sikit dari dia. haha.

tapi aku yakin hati dia baik. insya Allah.

mamabeauty said...

hehe amik hati kans walaupun muka dia hazab..

tapi betul lah berkawan, bercinta berapa lama pun tak memungkinkan kita akan bersama kelak means dapat kawin n bersama sampai mati..

senantiasa berjaga2..

Cik Azz said...

Nak cari yang baik tu memang la susah.. Carilah yang serasi, yang saling memahami serta menerima segala keburukan..

Jadinya, masa berkawan, tunjukkan je kekurangan kita.. Contohnya, jika makan berdecap decip dan pasangan tak suka, mungkin kita boleh berubah sikit demi sikit.. Dan begitu jugak dengan hal lain..

berry said...

Salam kak noe. Entry akak kali ni betul2 menusuk dalam hati sy. Macam2 tawu2 je hati ni tgh berkecamuk dgn perbandingan antara ex bf dgn suami. Hurm. Sy tawu berdosa untuk buat perbandingan antara 2 manusia yg 'pernah' wujud dgn yg 'sedang' wujud dalam hidup sy tapi bila suami tak seromantik ex bf sy akan rase sgt sentap dan terus teringat betapa romantiknye ex bf sy. Cerita sy sikit2 macam balkis ni. Bila baca entry kalini sy rase macam 'okey nobody perfect, begitu juga dgn sy'.

NatnI_AdihsoY said...

hi noe....hahahahahah...TERLALU SETUJU. your entries adalah selalunya wakil suara untuk saya yang x reti langsung menyusun ayat. Saya dah melalui zaman 'tak celik hati' tu..antara ex hubby and bf. Suka mendabik dada..terlalu excited dengan perbezaan antara now and then..Sudahnyer..memang tidak bersama pun! Jadi pengajaran x sudah untuk saya. Agreed with 'Balkis'..yang membezakan hanya keserasian :)

mrs.smile said...

mana lebih baik? pause minda 10 second..pernah bertanya soalan yang sama pada diri sendiri :)

Jumiyatul said...

kah!kah!kah! Pesanan tu yang tak menahan #mudahterhibur

dalin ali said...

Masing-masing ada kebaikan betul tu. Tapi kali ini kita tertawan dengan yang itu, yang dekat dengan kita itu.
Cari mereka yang mengasihi kita, kata orang tua-tua ;).
Keep on writing Noe

just azura! said...

hi noe. kawan akak banyak dah ikut jodoh dari mak ayah, atau tak sampai setahun kenal dah kahwen sebab yang dulu bercinta bertahun-tahun dah putus. jodoh itu di tangan Allah. dan yang mana lebih baik itupun berdasarkan seseorang manusia tu jugak sebab tak semua manusia tu perangainya sama.

Nurul Fahri said...

Suka entry ni. Biasa la kdg Allah pertemukan seseorang tu untuk kita belajar 'sesuatu'. Mane ada org yg perfect. Kalau cinta bagai nk mati pn, kalau dh xde jodoh nk bt cmne kn.

sangbuddy said...

killer betul pesanan last!

sweet_saya said...

agreed

Suriya Majid said...

nobody perfect, mana lagi baik? kalau memang betul celaru, jangan tanya dengan manusia lain...tanya terus dengan Allah

ahmad said...

Singgah sini

https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

https://www.lenovomurah.tk/

Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

chumy chuchu said...

Terkesan.

Tipah said...

aku setuju part yang tips2 kahwin, bahagia bagai tu..at some point aku rasa tak nak berusaha lagi kalau SO xleh nak accept apa ada nya aku. just my 2 cents.