25.2.15

Kisah Makan Malam Tiga Beranak

Semalam, waktu makan malam, dalam suasana harmoni kami tiga beranak saling menceduk-ceduk lauk, tiba-tiba Sabrina cakap,

“Sabrina sad lah..”

“Sad kenapa pulak ni..?” aku tanya. 

“Amak garang. Marah Sabrina usik barang amak. Sabrina nak duduk dengan opah lah,” Opah tu mak mertua aku lah.

Tengok. Tengah-tengah makan dia boleh
jadi macam ni. Drama sangat tau.
Aku diam sekejap. Cuba recall part bila aku garang bila dia usik barang aku. Aku ni jarang garang-garang sebenarnya. Banyak masa aku layankan kerenah anak aku. Jenis kalau marah aku tahan dengan diam. Aku bukan jenis membebel. Cuma ya, aku meletup bila satu perkara tu dilakukan juga walau berkali dah pesan; dan aku baru teringat dua malam lepas, aku ada marah Sabrina. 

Kesalahan dia tak besar. Dia duduk baca buku sambil kaki tendang-tendang almari solek aku. Aku dah cakap ‘jangan buat camtu..jangan buat camtu” tapi dia tendang juga sampai lah cermin aku jatuh terbalik dan semua barang-barang atas almari aku jatuh sekali. 

Aku marah pun tak teruk. Aku tinggi suara. No bad words. Dan aku suruh dia masuk baca buku dalam bilik sendiri. Dia masuk bilik dia, baring, dan nangis. Lambat sikit, selepas aku kemas baru aku datang kat dia. Aku suruh dia minta maaf. Dia taknak. Tapi dia sambung nangis. Lama sikit aku peluk dia, aku nasihat sedikit sebanyak.

Aku rasa sebab tu malam tadi Sabrina terkesan. Walau dah dua hari insiden tu berlalu. Aku sedih sebenarnya. Aku nak didik anak jadi macam-macam yang aku bayangkan baik sahaja. Harapan aku sama macam kebanyakan ibu yang lain. Nak anak aku jadi manusia berguna kepada Tuhan, Ibu bapa, keluarga dan orang sekeliling dia. 

Tapi dalam masa yang sama aku kena sedar, membesar dan mendidik anak yang hidup dalam suasana penceraian ni memang tak mudah dan aku rasa ramai orang tahu. Mungkin ada method yang berbeza, aku pun belum kaji lagi. Contoh macam Sabrina dia ada option. Kalau terasa dengan aku nak balik rumah opah. Terasa dengan opah, nak balik kat aku balik. Benda-benda camni aku kena hadap dan tanggung. (Tapi karakter Natrah ni berbeza sikit. Kalau marah pun dia meleset dengan aku balik. Tak macam Sabrina yang memang dari kecik sensetif dan kuat merajuk) Yang aku mampu, membesar, mendidik, sampai masa kalau (KALAU) abah diorang nak bawa pergi mahkamah suruh pilih nak duduk dengan siapa, masa tu aku kena pasak betul-betul kaki aku kat bumi. Jangan tumbang, terus tabah dengan apa pun keputusan yang ada.

Budak-budak, dia tak faham ibu yang penat jerih bangun awal pagi siapkan hal persekolahan, makan minum dia, sakit demam dia, ditambah aku wanita bekerjaya, selagi anak-anak tak tidur, aku memang tak boleh duduk langsung. Selepas dia tidur, kita masih tak boleh terus tidur. Tapi sekali kita marah sikit, dia terasa, nak lari dari kita.

Aku cakap kat dia;

“Jangan la cakap camtu. Kan Amak dah minta maaf?”
“Amak garang. Sabrina tak sayang Amak!”
“Jangan la cakap macam tu, nanti amak sad..!” Natrah yang diam sejak tadi, menyampuk.

Aku cakap

“Cuba nanti Sabrina balik rumah opah, Sabrina jatuhkan cermin opah, jatuhkan kipas opah, tengok Opah marah tak,”

Aku bukan menghasut. Tapi aku nak suruh dia bereksperimen sendiri dengan emosi orang lain. Atau; sekadar suruh dia berimaginasi.

“Tak. Opah tak pernah marah. Nak duduk dengan Opah je. Sabrina tak sayang amak” Sabrina cakap.

“Jangan la buat amak sedih. Nanti amak mati nanti macam mana?” Aku tanya lagi

“Tanak amak mati..” Sabrina merengek.

“Kenapa tanak amak mati pulak? Sabrina kata tak sayang amak?”

Dan dia jawab “Kalau amak mati, siapa nak sayang Sabrina..?”

Okay. Sekurang-kurangnya, aku tahu anak aku masih perlukan kasih sayang aku.


Aku pujuk dia. Dia sambung makan sambil bersenyum-seyum semula. Kisah makan malam semalam, berakhir. 










23 comments :

kisah kita said...

ya allah... sedihnya hati mendengar...
anak saya juga sedang melalui fasa " ibu xsayang abang... ibu marah abang... abang nak dok ngan abah (ex husband)"

moga Allah kuat kan hati ibu2 untuk terus mendidik anak2 ini ngan sabar dan kasih sayang...

Shamie Iman said...

Sebab Sabrina ada OPTION. sama mcm anak aku, nangis je lari carik nenek. Anak kita sebaya. Pernah cakap kat suami, dia kata biarlah.

Kalau kt umah Aku, dia mmg kena disiplin. Bila kat umah nenek, tempat dia boleh buat suka hati tanpa kena marah dan jentik. Sebab kasih nenek pd cucu lain. Manja terlebih.

Takpelah Noe, semua ibu nak yang terbaik dan terbagus untuk anak. Tapi tu lah, tak semua kita dapat. We win some, we lose some.

Biar anak kita dapat kasih sayang dari kita sbg ibu dan kasih nenek. Dah besar nanti, dia mesti boleh pikir.

ayu ismail said...

hai noe..

satu je nak ckp...
cerita mkn mlm nih mmg "DEEP"....

mamabeauty said...

Ibu2 yang tak cukup rehat memang cepat emosi.. lagila kalo sorang2 kans..

ermmm... sometimes diriku yang berdua pun termarah jua.. bukan tak sayang kans but for them marah tu tak sayang..

stay strong yach

AkuBukanLelaki said...

eh,mata masuk habuk lak.

soulsearcher said...

Kdg2 kita terlalu nak kan kesempurnaan dlm mendidik anak2 buat kita jd tertekan dan blawan dgn perasaan kita sendiri.walhal kita x sedar yg anak kita pun affected skali. Aku slalu rasa cam tu. Jgn rasa sbb dia dibesarkan dlm keluarga yg berpecah belah dia jd camtu.mana2 keluarga sama jah. Aku harap ko x putus asa...aku pun tgh usaha jugak ni.

iYda Juhar said...

Alamak baca ni tadi terus berair mata kite. Aaka saye baru 2tahun plus. Sungguh mencabar. Maklum la baru first time jadi ibu.

by the way, Natrah and Sabrina sweet dan kuat.

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

sabrina dan natrah sangat cerdik
anak perempuan insyaallah cepat matang.
dont worry noe, they love you.
janganlah sampai depa kena pilih nak tinggal dengan sapa.

sedih baca entry kali ni
btw i miss your writing
xdak kesinambungan desaturasi merah jambu ka?
hehe

stay strong
Allah with you

-icha03- said...

dah kenape airmata saye yg berjurai keluar?? hahahaha

:(

ddJaafar said...

apahal potong bawang time ni?

diorang masih kecik. yang diorang tau nak tempat yang selamat.. walaupun sebenarnya yang berkocakkan tu lah yang banyak berkorban.

kita mak mak hanya mampu kata, "sabarlah hati."

Suriya Majid said...

anak-anak memang begini, pada dia yang tak marah tulah yang sayang dia. padahal yang marah dialah yang sayang dia sepenuh hati. tak apa, makin besar dia akan paham.

mrs.smile said...

sedih..tapi neo kena kuat tau!
hug u dari jauh

Irfa said...

masa kecik dulu, kecik ati dgn mak tak pernah terluah dgn kata2

tp anak2 sekarang, berani bagitau perasaan mrk

sgt berbeza kan?

apapun, kita dah buat yg terbaik sbg ibu

Jojet said...

semoga diberi segala kebaikan utk keluarga kecil ini..

Fahreen Fredo said...

X mampu nak komen apa. Aku sayang ko Noe. Kuat dan Tabah ya. Insyaallah Puteri mu sentiasa di sini. Aminn

minn_mizi said...

Sedih sangat baca entry ni. Semoga terus kuat dan tabah...

My name is Wanita, and this is my story... said...

kuatnya awak..

saya doakan awak terus kuat ye..

:'(

Momoe said...

Hi Noe,
Maybe boleh try approach lain. Macam saya saya tak gune perkataan "Jangan Itu, Jangan Ini'.

Saya selalu cakap, kalau buat begitu, akan jadi begitu. Selalunya budak budak akan buat sampailah terjadi apa yang kita cakap, maybe die nak tunjuk betul ke kita cakapkan itu. For the 1st time, bnyk bersabar tarikh nafas dan senyum. Anggaplah mereka masih ada kaki untuk menendang dan menyepak, drpd org org OKU.

Banyak bersabar ye, nak nak kite nie kerja, letih, bende nie kejub je, nanti dieorg besar tak merasa dah.

Ashypink said...

aku paham noe..my husband kerja jauh..aku handle 2 anak sorang2 and kerja juga..pernah marah anak umo 4tahun+ sbb dia taknak dgr cakap..ckp elok2 makin kuat tangis/jeritnya..aku naik suara sampai level tengking baru dia terdiam..aku tak pujuk pun lepas tu..sbb geram punya pasal..*rasa bersalah amat smpi sekarang*..lepas tu mlm masa nk tido he cried and cried sambil ckp nak abah nak abah nak abah..ulang byk kali..Ya Allah luluhnya hati ni..aku pujuk mintak maaf baru dia ok..a few days after that dia demam..Ya Allah menyesal kuasa dua huhuu..budak kecik ni mmg cepat terkesan..sbb dia tak tau nk luah mcm mana..masa tu dia cuma harap kita sbb xde orang nk depend dia...kita mmg kena byk bersabar huhuu..inshaaAllah bila Sabrina ckp mcm tu maksudnya dia nak attract attention kita semula...bukan dia nk jauh dr kita..

BaTiK_PiNk said...

Sebak pula baca entry kali ni.
Teringat kat arwah Mak. Dulu kecik-kecik (even dah besar panjang pun), Yani jenis memberontak. Selalu cari gaduh dengan arwah mak dan fikir arwah mak tak sayang Yani. Rebel sungguh masa tu. Sekarang bila arwah mak dah takde, rindu sangat-sangat. Terampun ke dosa Yani selama ini? Allahuakhbar....

kudozu said...

hoi bergenang air mata

*baru baca*

Nor Rimah said...

amak... sedihnya baca nukilan amak kali ni... kita single ada 3org anak angkat... yg no. 2 tu selalu jerit kat abangnya... nak ikut kepala dia jer,... masa mula2 tu marah jugak kat dia sbb kita nk dia respect abg dia tapi budak 2 tahun apa la tahunya... sekang kita cakap baik2 kat dia.. suh minta maaf dengan abg dia.. salam & cium tangan.. last2 dengan kita sekali dia salam cium tangan cium pp...

R.R.Z said...

terkesan kat hati aku entry ni. aku cuma nak terbaik budak anak aku... kdg2 rasa mcm gagal. cuba utk tidak marah, apa yg salah laju tangan aku utk tepis. kdg2 org tegur "biarlah, bebudak" tp..masa ini lah nak ajar anak..hurmm.

harap kita semua dapat bersabar & jadi ibu/emak/umi/mummy terbaik buat anak2.