4.3.15

Kriteria

Bila dah nak dekat 2 tahun single, soalan yang selalu orang tanya ialah “Bila lagi?” dan “Kriteria cemana?”

Aku tak suka nak jawab sangat soalan tentang kriteria ni sebab aku risau kalau bunyi macam terlalu demanding. Sebenarnya memang aku demanding pun. Sebab, ye lah kita dah semakin dewasa. Dah masuk 3 series dan masing-masing ada standard sendiri. Alangkan orang yang dah bersuami pun kadang-kadang ada pulak terselit keinginan nak suami yang macam tu nak lelaki macam ni. Apatah lagi aku yang dah single. kikiki~

Bila dah pernah bercerai, kalau ada peluang kedua, kita taknak main-main macam zaman muda-muda dulu. Perhubungan (kalau ada) yang diharapkan mestilah mempunyai misi dan visi yang jelas. Takda istilah monkey business, takda istilah ‘teman tapi mesra’ atau bukan tujuan pelepas sunyi. Bila ditanya tentang kriteria, aku tak kuasa lagi nak jawab benda-benda basic seperti bertanggungjawab la..penyayang la..pemurah la..bukan aku cakap aku taknak semua tu. I mean, siapa taknak lelaki bertanggungjawab penyayang pemurah tu semua kan? 

So kriteria yang paling asas ialah - misi dan visi hidup yang jelas. Aku tak suka lelaki yang tak tau apa yang dia nak; yang masih nak main game sampai mengabaikan disaat aku memerlukan; yang masih nak pergi gig dengan kawan-kawan; yang masih terlajak subuh; yang masih ponteng solat Jumaat. Bukan anak bungsu sebab bagi aku kebanyakan anak bungsu takda leadership yang baik. Misi dan visi hidup yang clear ialah kamu pandang jauh ke Akhirat, nak nikah, sebab nak ajak aku masuk syurga sama-sama. Ini asas. Kalau asas kamu kuat, bagi aku, otomatik kamu seorang yang bertanggungjawab, penyayang, pemurah dan sebagainya lah.

Baru masuk kriteria pertama; oleh kerana aku ibu tunggal, ada dua anak, aku memerlukan lelaki yang child friendly. Mungkin ini resmi kebanyakan ibu. Kita ni sayang anak lebih dari nyawa sendiri. Jadi, lelaki itu mestilah seorang yang memang suka budak. Boleh SAYANG anak aku. Bukan boleh terima. Kalau setakat boleh terima, tapi tak sayang, pun aku taknak. So kalau nak jumpa aku, aku akan bawa anak sekali pada satu sesi ke satu sesi dan dari situ aku boleh nilai macam-macam. Kekok ke. Fake ke. Ikhlas ke. Dan kamu tak boleh gagal pada first impression aku dan aku tak peduli apa kamu nak kata. Jangan cakap “eleh tak rasa lagi boleh la cakap” - sebab aku memang dah pernah buat. Oh ya - dan aku pun takkan terima lelaki kalau anak-anak aku tak suka dia.

Dulu masa mula-mula hidup single, biasalah kalau berbual dengan ustaz-ustaz ni, diorang saran aku supaya segera berkahwin (macam senang senang jee). Tak elok single lama-lama sebab janda ni selalu orang suka nak fitnah. Jadi mereka ada lah tanya aku nak lelaki macam mana. Aku tak jawab banyak. Aku jawab satu tu je la; "YANG BOLEH SAYANG ANAK-ANAK SAYA MACAM ANAK SENDIRI”. Surprisingly, ustaz tu cakap,

“Susah. Dalam 100 mungkin seorang je”  

Masa tu aku tak rasa apa sangat sebab aku takda desperate nak kahwin lagi pun. 

Tapi sebelum ni, ada sorang kawan aku, yang kematian suami disaat anak dia kecil lagi. Rezeki jodoh dia Allah percepatkan, dia berkahwin kali kedua dengan lelaki bujang yang saaangat sayangkan anak dia. Anak dia tu panggil lelaki tu Papa; dan saling menyayangi. Bila ditanya, kawan aku jawab mudah;

“Doa”

dia kata; “Aku tak nafikan, bila kau dah jadi ibu, style kau jatuh cinta tak macam masa bujang dulu. Kau tak boleh fikir perut kau sorang je. Kau nak anak kau ikut bahagia sekali. So pasang paksi, kalau berjodoh lagi, jangan turutkan nafsu duniawi kau sorang je. Doa banyak-banyak,”

Dengan doa bersungguh, dalam 100 orang tu, Allah akan permudahkan kita jumpa yang 1 tu. Walau ada yang cakap, ye lah, kawan aku tu kematian suami. Aku ni susah sikit sebab bapa anak anak aku still around. Tapi bagi aku, itu alasan orang yang awal-awal dah gagal menepati kriteria lah. Simple.

Tak ada kriteria lelaki gaji besar. Lelaki pangkat besar. Lelaki kerja oil and gas. Lelaki hensem. Lelaki kaya. Lelaki sado. Lelaki pakai kereta mewah. Lelaki dah ada rumah. Semua tak ada. Tak ada kriteria kedua. Hanya ada kriteria asas sebagai manusia, lelaki dan suami dan satu kriteria penting untuk nikmati hidup dengan aku dan anak-anak. 



Serius kan? *angkat kening laju-laju*


22 comments :

O'gosh Iskandar said...

As salam Noe...before this selalu baca tapi jarang komen sebab xtau apa nak komen...sebab Noe lagi matang dalam berkata2 dan berfikir...xde niat nak nasihat pun..cuma harap Noe sentiasa sabar dan tawakkal..kalau ada jodoh yang Allah dan tetapkan Insyaallah ada...Jangan peduli dengan soalan "Bila..." tu..sebab kalau kawen pun tetap akan ada soalan Bila tu kan...So Noe jaga diri...Jaga Anak2....itu yang lebih penting...Insyaallah...I will keep my du'a for you...

Allene typicalmommy said...

hi kak... berat gak soal jodoh ni kan.. bnykkan berdoa ye... sbb jodoh dah pun tertulis...

missayu said...

yesss....sayang anak kita macam anak sendiri...........

zhu said...

honestly, sounds like a fair request. I'd do the same if i were in your shoes. as for the ustazs, fuck them. as usual, they are thinking with their dicks.

My name is Wanita, and this is my story... said...

saya doakan juga yang terbaik buat noe dan anak2.

setuju, bila dah jadi mak ni, kita lebih sayangkan anak2 lebih dari nyawa sendiri.

setuju :)

Sharifuzah Osman said...

TQ so much for the entry. Baru je ditanya soalan oleh kawan2 tentang kriteria future husband idaman...hahaha..I have no words to say, I give them a very big smile instead.

ita citot said...

DOA
Betul tu. Banyak2 doa. Dan serahkan semua pada DIA. Betul2 serah. Saya dah rasa. Dan berjodoh lagi. Allah bukak kan hati.
So.. yup. Doa =)
Dan saya doakan yg terbaik utk Noe dan anak2 dunia dan akhirat. Aamiin... =)

Lina Affendi said...

Betul tu bila sudah jadi ibu, nyawa anak lebih penting dari ibu.

Lelaki yang meletakkan Syurga sebagai halatuju insyaAllah akan berjaya menjadi nakhoda yang baik dalam urusan duniawi.

1 dari 100 atau 10,000. Doa tetap yang utama.

zella y said...

best...

bkn utk org yg pernah kawen tp utk peringatan org yg belom kahwen juga... ;)

Hally said...

kenal sgt2 kawan hang tu.. kawan aku jgk tu.. n aku masih ingat hang pn hadir majlis perkahwinan dia dengan berbaju turqoise.. aku tgk dari jauh jer.. hehehe.. mudah2 han noe.. doa byk2.. doa ibu allah sentiasa makbulkan..

penulis picisan said...

Assalammualaikum Noe,

Aku tak tau pasaipa comment aku berjela jela tak di publish...anyway, aku selalu gak ushar blog ko ni..and macam ko, aku pon single mother dh dekat setahun lebih tapi aku traumatize lagi la kot..belom bersedia nk berduo balik..

Pasal fitnah ni, aku sll dpt menda ni masa aku awal awal cerai ituhari..3-4 org ustaz cakap benda yg sama, aku fitnah akhir zaman la sebab status aku..aku sedih sangat and selalu menangis masa tu..down sgt sgt..tapi Allah kan The Greatest and The Most Awesome, He guided me and showed me that those ustaz tu sebenonye, nk soh aku jdik bini no2-3 dieorg jek..pfft!

So apa yg kita bleh buat, kita jgn n elakkan jadi bahan fitnah la kot; tu yg terbaik..guard our chastity, practice modesty, tuntut ilmu agama byk2 dan bagi sesak weih jiwa tu[overwhelm laa matsalih kata]and put into practice..n lower ur gaze la kot kan[ni pesan ke aku sendiri ni]..

Macam kakak seIslam kite, Yasmin Mogahed cakap 2-3 minggu lepas:

1. Don't expect marriage to complete you. Complete yourself; never come to marriage empty. A creation never meant to complete you, only The Creator is able to complete you
2. There are number of path to Allah and marriage is one of it. If u r not married; you can be a good daughter or superb mom or just do tons of good deeds..Those are also the path to Allah
3. Maryam a.s is a single mom yet Allah raised her to the highest status of being 'The Best Woman that ever walk in this World'
4. The pair of pious and righteous soul has been together in the skies; in the form of ruh; near Allah's presence. The soul will navigate to one another in searching for the other pious soul in this Dunya...jadi marilah kita bersangka baik ke Allah dan berdoa...

I wish u all the best Noe, u are a good mom insha allah ,n the best daughter insha allah..and I pray Allah will guide u to ur other righteous soul..n very sooonn…amiin...insha allah.

Jzk

mrs.smile said...

perlu memilih juga..selari dengan pertambahan usia kita dan demi anak-anak, pedulikan apa kata orang yang penting kita tahu apa yang kita mahu dan terbaik untuk kita dan anak2..

mrs doakan yg terbaik untuk noe dan anak2

Islet Zairol said...

Kena memilih walaupun janda, balu atau anak dara..kalau lelaki boleh memilih..why not kita ni perempuan..kahwin bukan sehari dua..insya allah ..selama-lamanya..tapi guys ni sebelum kahwin dan selepas kahwin kadang-kadang berbeza... :)

azlanlin said...

Rata-rata manusia berfikir mahukan ke arah syurga... namun, masih ramai terjerat tentang syurga itu. Syurga yang sering didambakan adalah kehidupan selepas kematian hakiki. Namun, seringkali ditanya tentang apakah syurga itu sendiri kepada manusia-manusia yang mendambakan syurga itu.. acapkali er..er..er.... penuh bidadari, sungai susu. dsbnya..

Pabila ditanya, bagimana nak tahu seseorang itu adalah penghuni syurga itu sendiri...? er..er..er..

Be reality....
"Kembalilah wahai jiwa-jiwa yang tenang"..

Persoalannya :
1. Apakah manusia punyai jiwa yang tenang..?
2. Di manakah boleh ketenangan itu?
3. Bagaimana untuk ketemui ketenangan itu?

Bagi saya :
1. Ketenangan itu sukar diukur untuk seseorang, namun bagi saya, ketenangan itu adalah jiwa manusia itu sendiri.
2. Ketenangan itu boleh diperolehi oleh setiap insan bernama manusia di dalam dirinya sendiri. Ketenangan ini wujud apabila alam fikiran dan alam perasaannya aman sentosa, seiring seia sekata dan sepakat sejalan.
Maka, jika manusia itu mencari ketenangan di luar dirinya, PASTI ketenangan itu adalah bersifat sementara..

3. Pada hemat saya, hal bagaimana mencari ketenangan ini adalah menerusi 2 cara yakni..
3.1 - Kenal diri, maka kenallah Tuhan
(bermula dr makam bawah, ke makam tinggi)
3.2 - Kenal Tuhan, maka kenallah diri
(bermula makam tinggi ke makam rendah)

Selain drp itu, ketenangan yang berpunca drp luaran badan diri, hanyalah bersifat ketenangan sementara sahaja.

Sebaliknya, apabila manusia itu mengenal dirinya, PASTI akan menemui ketenangan abadi waima dalam kemelut kehidupan yang semakin berserabut. Semua orang mengetahui bahawa kehidupan kini adalah umpama SEBUAH KEHIDUPAN RIMBA yakni yang berkuasa akan terus meratah daging-daging yang tidak berkuasa.

Maka....semoga ketemui KETENANGAN ABADI dalam menulusuri kehidupan ini yang penuh warna-warni. Nikmatilah kehidupan ini dengan MENGENAL TUHAN, PASTI BAHAGIA...

Amin Ya Rabb..

Cik Azz said...

Moga bertemu dan berjodoh dengan apa yang selalu Noe doakan.. Aminn..

Suriya Majid said...

Insyallah you will find the one dear

nisa nass said...

Assalam.noe..
Sy penah b'gmbar dgn noe masa cod desaturasi pink tu :)
Ekceli sy terasa nk komen coz penah berada dlm stuasi yg sama tp only hv 1 doter.sy becerai hidup almost 3y then Allah temukan jodoh dgn husbnd skrg yg bcerai mati ada 2 ank lelaki yg dh besar,dh abis skolah.beza umur yg agk byk but bkn 1 mslh for me.beliau jaga sy & anak sgt2 lah baik.hubungan dgn fmily sy pun amatlah di jaga.terasa sy seorang isteri yg sgt bertuah.dlu rasa cam suami loving,b'tggjwb ni ada dlm novel je :) rupa2nya mmg ada.Ya Allah bertuahnya sy.benarlah janji ALLAH bersama2 kesulitan itu pasti ada kemudahan.doa sy smga beliau dipanjangkan umur utk km mnikmati hari tua brsama & dipanjgkan jodoh hingga ke jannah.amiin.
Jodoh yg terbaik utk nor 1 hari nnti pasti akan tiba..:)

mamabeauty said...

agreed with DOA tu coz if kita tak minta yang baik mana mungkin yang baik2 untuk kita.

nurul aziyana said...

setuju dengan tips DOA tu
sebab tu namanya senjata. senjata yang kite masih ada bilamana semua bende yg kita ada dh hilang
tapi doa ttp masih teman sejati..

As Wanie said...

weih.. aku peminat blog ko dari tahun 2007. aku dh stop bc blog ko tahun 2010. hari ni baru baca setelah sekian lama tinggal blog ko. alahai noe.. ko lah dulu inspirasi aku utk aku menjadi pengantin. tapi why noe? why? jodoh dan pertemuan tu kuasa Allah. tapi sepanjang aku tinggalkan blog ko noe, aku asek pikirkan yg ko bahagia dgn anak 2. tapi tak sangka lak kesudahan mcamni. harap kau tabah noe!

azza said...

Hi...

I totally aggree with you, no more messing around...a guy with clear vission and has his own mission would be the sexiest attraction ever. you wouldnt want someone who likes to couch patato terkangkang all day, your kids wouldnt have a life goal when they get grow up.

Getting married right away is good, but would you want to settle for less? So take your time & pray all you might to find that one special guy for you and your kids.

Syasya said...

ofkos kena memilih sebab teman hidup bukan untuk sehari 2, nama lagi teman hiudp, selagi hidup la kena hadap muka teman tu..wish all da best to u, agak terkejut bila baca bab u dah divorce, saya doakan yang terbaik buat u dan keluarga u.