11.3.15

Pujuk

Kelmarin aku dengar lagi ceramah Dr.Maza kat youtube. Atas beberapa faktor, masa tu fikiran aku tengah serabut dengan banyak benda. Aku tak pasti kalau korang pernah rasa kepala otak macam ada terlalu banyak benda nak fikir dan semua benda nak buat tapi akhirnya kau hanya letih berfikir tanpa buat apa-apa. Macam tu la aku rasa kelmarin; dan tiap kali aku rasa macam tu, aku akan ‘melarikan diri’ ke youtube; dengar apa-apa yang patut.

Dalam setiap kata-kata beliau, aku cair dengan satu point;

Kalau kita ditimpa malang. Ditimpa rasa kecewa. Sedih. Kehilangan. Rumah masuk pencuri. Harta kena rampas; dan masa aku dengar ceramah tu aku tengah mengemop rumah, aku berhenti kejap bila dia cakap “kalau sedih anak kena ambil orang” - aku terus berhenti mengemop kejap, pasang telinga betul-betul. Dia sambung lagi;

Pujuk lah hati dengan mengucapkan  نَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
(Innalillahi wainnalillahi rojiun - Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)

Dia bagi contoh;

Kalau kita pergi tidur kat tempat orang, hotel murah ke, katil tak selesa. Atau balik kampung, bantal tak sedap, panas - anak-anak semua mengeluh, kita akan pujuk anak kita “Sabar ek..2-3 hari je kita kat sini..nanti esok lusa kita balik rumah kita balik..

- macam tu lah ibaratnya kita kat dunia. Sedih, serabut, sakit, hilang, perit, teraniaya, fitnah payah yang menimpa, pujuklah hati kita dengan نَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎ sebab dunia ni tempat kita duduk sementara je..esok lusa..kita balik ke tempat asal kita kat Akhirat nun..tinggal kan semua sekali..



Aku sambung mengemop lantai semula. Pujuk hati diam-diam.





19 comments :

Irfa said...

tetiba akak pulak rasa terpujuk lps baca post ni

Nursaila Norman said...

rezeki saya terbaca post akak..jarang dah login blog. login2 je nmpk entry akak kat dashboard. lega sikit hati ni.

nama saya said...

orang perempuan memang kena pujuk hati sendiri selalunya...

izz zac said...

Tq for sharing

Amyz Azlie said...

Semoga di sana menanti yang baik2 saja untuk kita semua.

Amin.

Islet Zairol said...

Betullah tu..walaupun rasa susah nak pujuk tu..tapi kenyataan kena hadap juga..suka atau tidak..ingat je allah sentiasa ada..allah tak zalim kan...

shidah said...

pujuk hati diam-diam...

zella y said...

tgh pujuk ati...
tq for this entry...

mrs.smile said...

sentiasa pujuk hati..thanks for sharing

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

saya membesar dlm broken family, so kejap dekat emak, kejap dekat ayah.. terbayang begini lah perasaan emak sy agaknya.. apapun sy sangat syg emak sy, dia wanita yg sangat kuat.. sy yakin noe pun begitu.. :)

dalin ali said...

Noe selalu tunggu entri baru kau. Ni tengah pujuk hati juga ni, sebab tak dapat meneruskan satu minat merangkap cinta hati.
Semuanya kepunyaan Allah dan kepadaNya kita kembali.
Tq Noe

mamabeauty said...

selalu ku baca lailahailla anta yg doa nabi yunus tu bila rasa serabut..

now kutambah ini pula..

thanks for sharing .. take care

Fahreen Fredo said...

Ok. Nak kena ingat selalu ni.

zeera lily said...

kite selalu pujuk diri sendiri.. sobss

zeera lily said...

kite selalu pujuk diri sendiri.. sobss

Gimi said...

ayah pun selalu pesan macam tu dekat gimi. macam kalau berlaku musibah apa, ujian dari Allah untuk dapat sesuatu yang lebih baik di sana. di dunia berpenat, akhirat tempat berehat

anida ae said...

terima kasih atas pesanan yang sgt berguna.
..esok lusa kita balik ke tempat asal kita.

im ma love said...

Betul.... pujuk hati dan bersabar