17.4.15

Menjelang 30 (Tentang Diri Sendiri)

Dalam sepanjang hidup aku, antara umur yang aku paling tunggu apa nak jadi ialah 25, 27 dan 30. Kenapa tah aku rasa umur-umur tu macam golden age dalam kiraan hidup aku. Takda sebab khusus kenapa aku anggap macam tu. Hanya ukuran supaya aku boleh kenang balik apa yang berlaku dalam hidup aku sebelum umur-umur tersebut, baik buruk, satu persatu dugaan, dan akhirnya tuhan sampai kan aku pada umur ini dengan pencapaian peribadi tertentu dan aku mesti belajar dan bersyukur untuknya. Itu sahaja.

Secara ringkasnya 25 tahun, aku jadi ibu dengan lahirnya Sabrina. Dan pada umur aku 27 aku dapat Natrah. In between yang berlaku di antara ruang-ruang umur tersebut, rasanya aku tak payah nak kenang lagi. Dah tutup buku --- buku dah bakar.

Sekarang umur aku dah menjangkau 30. Orang cakap 30 tu adalah umur yang paling stabil bagi seorang perempuan. Kewangan stabil. Hormon stabil. Imej stabil. Orang kata lah. Ada yang cakap umur 30 tu umur dimana seorang perempuan dah boleh dah nak dipanggil wanita dan tak segan dah nak beli dan baca Mingguan Wanita sambil tunggu train sampai. Katanya kita (perempuan) akan lebih cantik pada umur 30. Tapi bila aku tengok cermin sambil letak gambar lama aku masa umur 19 tahun kat sebelah, dapatlah aku simpulkan yang kecantikan yang dimaksudkan bukan lah secara literal.

Umur aku 19 aku masih pakai jeans ketat. Gaya yang ranggi, kulit licin jerawat pun segan nak tumbuh. Rambut panjang kemas rapi perasan diriku ini. Muda beb muda. Macam mana aku nak percaya aku yang dah tua kulit ada pigmentasi segala, dengan perut labuh sebab beranak pinak ni lebih cantik dari diri aku yang sebelumnya?

Cuma apa yang buat aku rasa umur aku yang 30 ni lebih elok dari umur aku 19 dulu ialah sekarang aku kurang peduli dengan benda-benda yang tak memberi keberhasilan dalam pengakhiran hidup aku. Macam, risau kulit gelap kusam. Macam risau shape body tak cun. Macam risau rambut kasar. Macam risau diri dah tak stylo. Macam risau nanti apa orang kata kalau gaya aku tak presentable. Senang cerita, benda-benda remeh yang membunuh self-esteem aku semasa aku 19 dulu, dah lenyap; atau semakin beransur lenyap. (Kes berat badan bertambah tu, tak masuk list. Masih takut gemuk sebab takut banyak penyakit)

Bila kau ada keyakinan diri, otomatik kecantikan tu datang sendiri. Kononnye lah. Kalau ikut mazhab sesetengah majalah kecantikan, kau cantik umur 30 sebab kau rajin makan collagen, kau pakai beg jenama mahal-mahal, ikut trend, jadi hispter, kurus kering, make-up tebal dan makan jus 1001 herba - di mana aku perhati, budak 14 tahun pun dah start buat benda-benda tu.—— Bermakna cerita tentang 'umur 30' ni memang ukuran peribadi semata-mata.

Kesimpulannya, kalau ikut teori tentang umur 30 tu, aku sedang buat-buat stabil. Dan buat-buat cantik la ni. Itu kalau ikut mazhab teori. Kalau ikut mazhab praktikal dan realistik, umur hanya nombor dan lantak lah kau situ.

Kalau umur 30 kau tak kahwin lagi, kau rileks.
Kalau umur 30 kau tak ada rumah lagi, kau rileks.
Kalau umur kau 30 tapi masih tak solat lagi, itu cerita lain.

Rileks tu maksud aku: jangan compare nasib dan pencapaian hidup kau dengan orang, dan teruskan usaha anda.

So aku rephrase balik:—

Secara ringkasnya 25 tahun, aku jadi ibu dengan lahirnya Sabrina. Dan pada umur aku 27 aku dapat Natrah. In between yang berlaku di antara ruang-ruang umur tersebut, rasanya aku tak payah nak kenang lagi.

Dan pada umur 30 Akhirnya aku menamatkan zaman bujanda (Ibu tunggal+bujang+janda) aku. Yup. Dah kahwin dah. Ingat aritu taknak dah kawen lagi atas sebab tertentu. Tapi rupa-rupanya Allah hidangkan sebab demi sebab yang lain untuk akhirnya aku menerima ketentuan Dia.

Gitu. Nah belanja sikit gamba pernikahan barang sekeping dua.








Doa yang baik-baik sahaja ya. Bye!


P/s: Next time kalau aku free, aku cerita sikit pasal hal pernikahan aku. 


62 comments :

ami ra said...

tahniah kak noe..

sweet tooth said...

Tahniah, semoga mahligai yg dibina dihiasi dgn keimanan dan ketaqwaan, dikurniakan Rahmat dan kebahagiaan... semoga Allah kekalkan jodoh hingga ke syurga... Amin...

Shahrizat said...

Alhamdulillah. Tahniah.

zella y said...

congrats!!

Hayati Suhari said...

Tahniah Noe! Syukur alhamdulillah. Semoga perkahwinan ini membawa lebih kegembiraan, rezeki dan kasih sayang hingga ke syurga. Amin..

Ms.Su said...

tahniah.semoga kekal bahagia hingga ke syurga Allah.

Maryam said...

Happy for you Kak Noe :)

haidar abdullah said...

Tahniah Nioe.. Semuga kekal hingga ke Jannah.. Amin

BaTiK_PiNk said...

Alhamdulillah, tahniah ye Noe!! Semoga baik2 sahaja perjalanan hidup Noe....amon ya rabbalalamin...

Arni Yusnita Ahmad said...

tahniah! so happy for u

:: Dhiya :: said...

Tahniah. Dhiya doa yang terbaik utk kak noe :)

azra amira said...

Alhamdulillah.. Tahniah dik noe.. hari2 bukak blog, arini terbaca berita gumbira.. happy sampai langit.. tahniah!!! :)

aida aidanisme said...

tahniah noe!

May Maisarah said...

Alhamdulillah. tahniah kak. semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin... :)

seri said...

Alhamdulillah....tahniah...semoga bahagia dan gembira.

Aslyna A said...

alhamdulillah..tahniah..semoga jodoh kali ni kekal sampai jannah.amin.

Cik Azz said...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....

Moga bahagia dan kekal hingga ke syurga.. Tahniah Noe + pasangan + keluarga..

mish syura said...

Alhamdulillah.. Semoga bahagia ke akhir hayat.. Amin.

Nawal Aizad said...

Cerita sekarangggggg!nak tahuuuu! Haha

Bpk Baktiar said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [2735] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 730 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/



ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL: CHINA

Azwin Nalisa said...

tahniah ladynoe. peneman hidup kala duka dan suka akhirnya datang juga.

AkuBukanLelaki said...

Noe,ko bg semangat kat aku yg berumur 29+bujang+takde harta+tak cantik+tak seksi+tak reti masak+garang=upset!

Salhah Suhot said...

Alhamdulillah..tahniah...semoga bahagia sampai syurga. Amiin!

ibu irma dari singapura said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri.

anisa hang tuah said...
This comment has been removed by the author.
hafizah razak said...

Assalamualaikum
Saya salah seorang silent reader anda
Ingin mengucapkan selamat pengantin baru
tahniah ye.. anda mmg kuat!
semoga perkahwinan kali ini lebih baik buat anda dan anak2

wanna said...

kak noe, tahniah, so happy for you. :)

hudahmad1607 said...

Assalamualaikum..tahniah

Shiela Rahim said...

tahniah sista! :D

-budakmusyuk- said...

Tahniah Noe.. Akhirnya... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

mummy_icha said...

Wah!...(speechless) & congrats! :) You're one lucky person. Really really really really really lucky person I ever knw :) semoga bahagia ke akhir hayat. ameen..

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

Yeay ada pun update kat blog.congrats again noe.moga rajin update n ada lagi desaturasi merah jambu😁

nama saya said...

Tahniah Noe...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

Lina Affendi said...

Semoga bahagia hingga ke Jannah

mamabeauty said...

tahniah dear..
semoga berbahagia till Jannah

zeratikah zainal said...

alhamdulillah..xtau kenapa, but im so so happy for you smpai terasa perlu nk buat komen pertama di sini, hari ini. ;)
semoga berkekalan ke syurga. Allah berilah yang baik-baik sahaja serta keberkatan, kesabaran, rezeki yg luas kepada kamu sekeluarga.

okeh, sila buat entry pasal nikah. ehem ehem. ;p

Islet Zairol said...

Noe, saya memang tak miss baca blog you..and tahniah gilerrr...dah kahwin balik.Hope this is the final and all the best to you...

mama maman aka yana said...

tahniah dik.. me sukasetiap satu entry adik.. teruskan yer

Nor Shahida Taib said...

Tahniah.. agak lama jugak tak follow blog u.. Happy to hear that you got someone special beside u n children.. Barakallahu

Shy Syaz said...

Congratz noe. Semoga diberkati dan bahagia sampai ke syurga.

erranis said...

tahniah Noe..happy for you..dah lama tak buka blog u tetiba dapat tahu dah kahwin semula...Alhamdulilah...
Moga berbahagia hingga ke jannah..

maimunah salleh said...

thniah kak noe...sy silent reader akak..lamer dh tk bukak blog akak, alhmdulillah akak bertemu jodoh kembali...semoga berbahagia hingga ke akhirat nnti.amin :)

Farie N. said...

salam noe. dah lama sy tak bukak blogger feedlist, bila nampak latest blog post noe, sy pun bukak.
selama ni sy follow sejak dr zaman know belum beranak. sampai sekarang. what i want to say is, im happy for you. genuinely happy for u :)

dalin ali said...

Oh Noe. Patutlah teragak aje nak masuk blog ni. Tahniah. Semoga bahagia ke akhirat. Cantik sangat.

Tipah said...

tahniah noe. alhamdulillah. lambat pulak baca update kali ni. baru tahu,

Nor Rimah said...

Barakallah... alhamdulillah.. tahniah nor.. moga mahligai yg dibina akan kekal bahagia hingga ke syurga

Mrs Yatie said...

alhamdulillah. happy for u noe. Selamat Pengantin Baru noe. :)

Hanys Jehari said...

Ya Allah noe.. tahniah. Diam diam je.. alhamdulillah... semoga kekal hingga syurga. Panjang sgt intro nya.. hehe.

Hanys Jehari said...

Ya Allah noe.. tahniah. Diam diam je.. alhamdulillah... semoga kekal hingga syurga. Panjang sgt intro nya.. hehe.

Hilda Raffali said...

Alhamdulillah. Tahniah dan selamat berbahagia di samping keluarga.

Siti Munirah Abdul Ghani said...

Tahniah noe...

eizza said...

tahniah neo
semoga kekal ke jannah..

Rapunzel Cikilolo said...

congratulation kak!

AGLIOPHOBIA said...

hai noe,
air muka sabrina mcm tak happy. dia happy tak dpt ayah baru?

Ladynoe™ Mohamed said...

Happy.. tapi Sabrina ni bukan morning person. mmg jenis enjin lambat start. gamba sefamily ni je monyok. gamba lain dia okay..

Faisal Zakaria said...

I have missed reading your updates for a few years.
And a surprise definitely when i saw this post.

May you and your family are blessed with happiness, always.

melanie said...

Tahniah!1 of your silent reader...alhamdullillah...Aturan Allah semuanya yg terbaik...

Makwe Kintan said...

congrat noe. aku doakan yg baik2 je utk ko. gembira aku tgk ko.

anna luke said...

Tahniah dari Singapura, :))) tumpang gembira.... May Allah bless u n family

anna luke said...

Tahniah dari Singapura, :))) tumpang gembira.... May Allah bless u n family

anna luke said...

Tahniah dari Singapura, :))) tumpang gembira.... May Allah bless u n family

mint_pudina said...

Tahniah! Alhamdulillah! Happy for you!