8.5.15

Aku mula disoal tentang 'Bahagia' dan aku pelik kenapa.

Aku ada akaun ask.fm. Kat situ orang ramai bertanya. Seronok juga melayan soalan orang sebab kadang-kadang aku boleh kongsi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman orang sekeliling, pembacaan dan sebagainya lah.

Dekat situ aku pernah dipersoalkan dua kali tentang samada "adakah aku bahagia sekarang ni?". Kawan aku pun pernah tanya adakah sekarang ni aku bahagia? Walau selepas berkahwin dan orang ramai ucapkan semoga bahagia dan sebagainya, tapi aku tetap pelik bila aku dapat soalan "Kau bahagia ke sekarang?" Aku tak pasti soalan tu timbul selepas aku berkahwin adakah kerana orang annoy dengan perkahwinan aku atau memang jenis skeptikel nak tahu;

Sebab soalan tu sebenarnya, tak boleh nak jawab depan-depan khalayak manusia. 

Kita hidup dalam zaman bila kau cakap “Ya aku bahagia” - akan ada orang cakap kau sebenarnya tak bahagia. Kau sebenarnya dalam deep pain dan perkataan “Ya aku bahagia” tu cuma topeng yang kau gunakan untuk penyamaran di depan khalayak.

- pada satu masa kau ceritakan tentang kesedihan kau pulak, orang akan cakap; sebenarnya kau tak sesedih mana. Kesedihan yang disembunyikan itulah sebenarnya kesedihan yang true. Kalau nasib lebih tak baik, orang akan 'padan muka kan kau' dan cakap kau memang layak ditimpa sedih dan malang.

Malah sekarang ni nak tafsirkan 'bahagia' secara visual pun dah tak laku. Ramai sangat orang upload gambar seronok-seronok kat media sosial tetapi pada hakikatnya hidup pun tunggang langgang.

Ya kita semua duduk dalam zaman itu sekarang. Terima lah. Kau tak boleh lari. Mungkin kau rasa kau golongan minoriti yang tak fikir panjang-panjang. Yang tak fikir negatif sangat dan tak judge orang sangat. Tapi ketahuilah, minoriti itu timun. Majoriti itu durian. selama mana timun tahan dihempap durian, itu aku sendiri tak reti nak jawab.

Tak, aku tak marah dengan soalan tu. Cuma soalan tu terlalu menarik untuk aku ulas panjang sikit.

-----

Aku faham persoalan tentang 'bahagia' ni datang selepas aku berkahwin baru baru ni.

Bagi aku Bahagia ni macam persoalan "Kau solat, solat kau diterima Allah tak? Kusyuk tak?". Nak kata soalan tu tricky - bukan. Cuma ianya susah nak dijawab secara literal. Kau mesti rasa wuduk kau dah okay, tajwid okay, tertib semua cantik, mesti kau nak husnuzon dengan Allah bahawa solat kau diterima. Tapi takkan kau nak cakap kat orang; "Ya solat aku kusyu dan diterima"- Tak ke poyo bunyinya? So benda camtu kau diam-diam je lah kan.

Faham tak?

So bahagia atau tidak, tidak relevan untuk aku jawab secara literal. Ianya sesuatu yang abstrak dimana aku dan Tuhan je yang boleh faham. Keseronokan kau boleh beli. Bayar RM2-3k pergi melancong sana sini, kau happy. Tapi balik semula ke soal batin paling dasar, hubungan kau dengan Allah, keinginan kau yang tak putus putus terhadap hal duniawi, kenangan dosa-dosa lama..dan mengenangkan hakikat kehidupan kau yang tak ada tiket gerenti langsung yang kau akan masuk syurga nanti; persoalan "kau bahagia ke?" Alim ulama pun susah nak jawab SECARA VERBAL dan LITERAL kot. Kadang-kadang orang jumpa bahagia semasa sujud menangis. Bukan semesti kena kahwin baru jumpa bahagia.

Atau mungkin tak semua orang macam aku yang beranggapan erti bahagia ni sebenarnya membawa maksud yang sangat halus menjurus kepada hal ketuhanan?



p/s: akhirnya aku sedar sebenarnya aku ni terlalu menitik beratkan bahasa dan erti sesuatu perkataan secara mendalam. hahaha sorry! :D






17 comments :

CAHAYA MATA said...

setuju..setuju...!!
bahagia kita cuma kita dengan Tuhan je tahu.. :)

Irfa said...

emm penah ditanya soklan ni oleh sahabat yg rapat satu masa dulu, tak pasti dia nak korek rahsia @ apa..
bahagia dr hati, kalau hati tak bahagia, takde sapa dapat tolong

mrs.smile said...

bahagia? susah nak dijelaskan bagi saya :)
nice entry!

Hilda Raffali said...

Your wealth and children are but a trial, and Allah has with Him a great reward (64:15)

Hilda Raffali said...

Your wealth and children are but a trial, and Allah has with Him a great reward (64:15)

Rapunzel Cikilolo said...

bahagia tu lebih senang nak describe; mcm-mcm judgement orang buat.

tp sebenarnya, hati je yang rasa.

'just saying'

kbai.

Amyz Azlie said...

Biar Allah saja yang tahu..

Kahkah. Poyo gak bunyinya.. Kahkah.

NeemoNeemo™ said...

Ada orang bukan setakat tanya Noe bahagia ke tak, siap tanya anak tak happy ke dapat ayah baru?

Tahniah kerana bahagia. *tak rasa nak tanya*

Ladynoe™ Mohamed said...

hahaha neem. :D

soulsearcher said...

Bahagia tu overrated sgt...
Tapi x salah ckp bahagia kalau itu membahagiakan org lain..

Bpk Baktiar said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [6226] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 730 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D



ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/



DAN PESUGIHAN TUYUL

Sobrie Dani said...

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma dari INSTEDT & usahasama UiTM.

Syarat kemasukan minimum 3 kredit.
Kemudahan pembiayaan/pinjaman dari MARA, PTPTN, KWSP & Tabung Kewangan.

Program yang ditawarkan :

1. Diploma Kejururawatan
2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
4. Diploma Grafik Media Digital
5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
7. Diploma Pengajian Islam
8. Diploma Pengurusan Pelancongan
9. Diploma Pengurusan Perhotelan
10. Diploma Teknologi Maklumat
11. Diploma Pengurusan Perniagaan
12. Diploma Perakunan
13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

Bagaimana untuk mendaftar?

1. Sila ke link dibawah ini untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis 'SOBRIE' pada kolum 'staff id' bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-736 5976 (Sobrie Dani) atau 07-8222008 (INSTEDT)

Mohon dihebahkan.

Terima kasih.

melanie said...

Takkan nak menipu cakap bahagia dan tak bahagia kan..
Ia satu perasaan yg lain tafsirannya pd setiap org..
Yg pasti,syukur dgn apa yg DIA dh aturkan...semua kena pd tempatnya..pahitpun ya..manispun ya.

IBU PUSPITA said...


Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Fara said...

u think too much darling.. lol.. takpe.. persetankan yg negatif.. jawab je alhamdulillah.. kan kan kan.. org jadi curious sbb diorg rasa dekat ngan noe kot.. sebab dah baca blog noe sejak sekian lama.. tu yg curious nak tau tu.. bahagia kah anda kali ni.. tapi i pasti.. u bahagia sekarang.. walaupon definately akan ada ups and downs.. you're one tough cookie! and i pray for u to finally have the happiness.. di dunia dan juga akhirat.. insyaAllah.. take care and keep on blogging ok!

Shahida Taib said...

Bahagia itu sangat subjektif untuk ditafsirkan. Dari satu sudut kita rasa bahagia contohnya bahagia ada anak2 di sisi tapi dari sudut yg lain pula rasa struggle giler nak selesaikan sesuatu kerja. Tanda kita bahagia ialah ucapan syukur pada Allah walau apa jua ujian yg diberi.

cik panda said...

Kadang-kadang orang jumpa bahagia semasa sujud menangis. Bukan semesti kena kahwin baru jumpa bahagia.

BENARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!