3.6.15

Pesanan Ringkas buat Emel Emel Yang Tidak Terjawab.

Hai,

Kepada kawan-kawan pembaca yang pernah mengirimkan emel kepada aku tapi aku tak sempat nak jawab, tak sempat nak balas, aku minta maaf sangat-sangat. Kadang-kadang ada emel yang sampai waktu aku tengah sibuk, workload tengah banyak. Aku sempat baca, tapi aku tak sempat balas. Sebab selalunya selepas baca, aku nak kena hadam, nak kena fikir apa aku nak balas.

Kadang-kadang disebabkan kesibukan, aku terlepas untuk membalas semua emel dalam satu masa. Ada yang boleh jawab. Ada yang selepas baca, aku doakan semoga awak tabah hadapi dugaan di dunia sementara ni.

Cuma satu je aku nak pesan sebagai wakil jawapan yang aku nak kamu ambil kira untuk setiap masalah yang kamu tempuh; Dalam hidup ni aku percaya satu perkara.

Semua masalah boleh selesai;

Jangan dok tunggu. Dapat masalah, fikir, macam mana nak settlekan. Timbang kira betul-betul. Dan please, jangan ambil mudah bila orang cakap "mengadu dengan tuhan". Banyak cara nak mengadu. Kamu semua orang pandai. Boleh nak mengadu dengan manusia, tapi Tuhan, jangan di lupa. Kamu mengadu dengan manusia, sekali dua dia boleh dengar, tapi kalau masalah tak settle sampai berbulan dan makan tahun, balik-balik musibah yang sama, masalah peribadi tak settle sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, benda macam tu orang memang tak larat nak peduli. Tapi kalau cerita dengan Allah, macam-macam dia boleh buat untuk kamu.

Aku selalu beranggapan orang yang apa-apahal refer kat Tuhan, selalunya 'boleh bawa' beban yang di bahu.  Bertegas dengan diri sendiri. Jangan biar orang pijak kepala lama-lama. Sabar itu bagus. Tapi ada perkara yang kamu boleh Sabar. Ada perkara yang kamu kena perjuangkan. Dalam perjuangan pun ada bahagian yang kamu dikehendaki bersabar. Sabar sampai jadi bodoh menganiaya diri sendiri tu, kamu boleh fikir sendiri apa kesannya.

Jangan lari dari masalah. Menangis itu tak apa. Tapi jangan lari dari masalah. Settlekan cepat-cepat. Apa jenis jalan penyelesaian pun, laksanakan. Jangan takut ambil risiko. Jangan lupa solat isitkharah. Jangan malas doa.  Jangan lari pegi vacation tapi masalah tak settle lagi. Jangan lari tidur berjam-jam tapi masalah masih membelenggu. Jangan cari kelegaan sementara. Jangan berhenti kerja. Jangan putuskan nikmat rezeki yang tuhan kasi hanya kerana masalah ciput kamu padahal perjalanan hidup korang paaaaaaannnnnjaaaanggg lagi.

Akhir kata, semoga bertabah.







6 comments :

mamabeauty said...

betul tu..

jika dulu mengadu dengan manusia tetapi sampai bila diroang boleh dengar..

mengadu dengan Allah tak kira masa.. dia Maha Kaya, Allah tempat meminta..

zella y said...

terima kasih noe atas peringatan...

dongmei pan said...


Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

mrs.smile said...

assalamualaikum noe...
terima kasih noe atas nasihat yang diberikan :)

rodona sormin said...

infonya sangat menarik...
mantap..

Seo Ninja said...

your article is this very helpful thanks for sharing....................:)

Obat Pembesar Penis
Vimax
Vimax Asli
Vimax Original
Vimax Canada
Viagra
Alat Pembesar Penis
Pembesar Penis
Obat Kuat
Perangsang Wanita