15.6.15

Serba Sedikit Realiti Tentang Designer - Bhgn 1

Orang ramai anggap kerja Grafik Designer ni kerja tahap tahap Pudu je. Kau boleh datang jumpa designer yang ada nama (walau nama tahap kelas D jew), tempah logo dan expect designer tu caj kau dengan upah RM30-RM100. Nak design flyer dengan harga RM50.

Dulu zaman-zaman rajin buat freelance harga seketul logo aku caj RM500 paling murah. Orang tak ada masalah bayar sebab mungkin pada masa tu orang tak kisah nak bayar dan yang datang kat aku pun kebanyakannya orang Cina yang tahu standard kerja designer ni macam mana. Kalau Melayu datang kat aku nak tempah logo, aku kasi harga RM300 pun diorang mengeluh teruk.

Sekarang aku tak tahu range harga macam mana. Untuk pengetahuan korang la, Designer tak jual barang yang boleh diturunkan harga. Designer jual servis. Servis, semakin lama semakin mahal. Awak nak meniaga sebab nak tambah ekonomi hidup, kenapa nak turunkan ekonomi hidup orang lain (designer) pula. Macam tu la perumpamaannya. Tapi sekarang aku perhati kerja designer ni orang tak jadi kan kerjaya. Orang buat sebab minat. Engineer pun dah pandai design sekarang ni. Mungkin korang pun boleh.

Aku dah lama tinggalkan dunia freelancing ni. Alasan aku ialah aku dah malas nak fikir apa kehendak orang yang nak sesuatu benda dengan harga yang paling ayam. Fikir tu memenatkan. Bertambah penat bila bukan satu dua benda je kau nak kena fikir dalam hidup ni. Tu belum aku nak cakap organisasi kerajaan yang tak bayar-bayar hasil kerja aku. Dan aku malas dah nak buat kerja probono dengan harapan orang tu promote aku tapi orang yang dia duk promote tu datang kat aku dengan harapan dapat design free of charge juga rupa-rupanya. Nak buat apa? Aku hanya freelancer masa tu. Hal-hal kreatif hanyalah sumber pendapatan makan gaji aku. Selain dari tu, aku belai seperempat kepala otak aku dengan kepuasan di dalam mini studio yang aku bina di rumah aku sendiri. (Bilikkecik)



Bagi aku kerja designer ni tak sesenang mana. Mungkin susah pada tahap aku. Pada tahap IQ korang aku tak tahu la. Duduk atas kerusi aku ni bermakna aku kena cari idea baru hari-hari. Kena present idea, tema, konsep, kena rijek pastu nak perah otak baru lagi, lepas tu kena kalau untung fasa kedua idea aku 'dibeli', kalau tak untung, rijek lagi dan ulang semula proses yang sama sampai lebam.

Idea ni tak selalu bernas. Macam iman jugak la kejap turun kejap naik.

Sebab tu designer kat luar sana, diorang more to crafting. Crafting ni maksud dia macam kau design patern or style kau sendiri, dan kau jual. Target audience kau lebih meluas - diorang nak, nak la. Diorang taknak, lantaklah. Tapi dengan cara tu -- kau puas. Untung-untung kau boleh buka SOHO sendiri atau mungkin lepas tu kau expand ke design outlet yang lebih besar.

Menulisnya aku di sini adalah sebab aku tengah stress dah 3 minggu job kat pejabat, menyerbu masuk, dengan deadline sempit macam, yang satu belum siap, masuk satu lagi, yang dah siap kena rijek, dan sekarang aku tengah stuck takda idea. Ini juga alasan kenapa aku dah lama tak update blog dan balas-balas emel.

Sekian, tamat lah cerita.

Bye.




8 comments :

mAr@ZiEy said...

Tu belum lg kes, ko bagi 3 draft..bos pilih 2 draft, lg 1 draft tolak tepi, then msuk next stage, bos bg idea lg which is idea tu ada dlm draft yg di tolak tepi tu, begitulah keadaan di dlm next-next stage. Bila da final..eh eh..ade pulak nak tokok tambah bagai, walaupun da bagi idea tu awal-awal tp sbb kan diri ini bukan bos, idea di rijek.

#LifeOfGraphicDesigner

Kaseh Akma said...

assalamualaikums, lady nor.
saya juga merupakan salah seorang designer di private company. ini hanya luahan saya sepanjang saya bergelar designer. byk org cakap gaji designer mesti byk. tapi hakikatnya tidak.
kekadang company memilih kuatiti daripada kualiti. bayangkan task bagi petang sekitar jam 4-5 ptg, nak siap esok pagi sekitar jam 10 pagi (jem dan blur). mcm mana nak cari idea dan perah idea. aduii...bila pk balik mmg x logik. kkdg menyumpah dalam hati, ko ingat idea boleh dpt la tu jugak ke? kkdg nak je suh dieorg rasa kat tempat aku.
aku rasa mcm nak bersara dalam dunia grafik. tapi aku sayangkan karier aku ni. mungkin satu hari aku akan bersara jugak dalam grafik ni, sebb aku dah letih nak pk idea,konsep, typo dll serta nak layan cliet yg mcm2(dieorg igt designer ni ahli silap mata ke? boleh buat magic dalam masa sejam? aduii!!!!)

gema said...

pastuh since dah ade online platform macam fiverr, elance, pph etc, orang dah start senang cari designer power yang caj dengan murah.

Aida Najwa Abdul Ghani said...

Salam kak, saya pun graphic designer... RM30 untuk flyers pun diaorg kata mahal.... sedih sangat!!!!!

thevioletgun said...

Memang betol pon,baragkali minda masih tidak terbuka yang graphic designer juga cari makan dgn bekerja .

thevioletgun said...
This comment has been removed by the author.
Aziey said...

Kesian graphic designer .
Bertabahlah anda semua .. =)

Seo Ninja said...

your article is this very helpful thanks for sharing................:)

Vimax
Vimax Canada
Vimax Asli
Vimax Original
Obat Kuat Viagra
Viagra
Alat Pembesar Penis
Pembesar Penis
Obat Kuat
Obat Pembesar Penis
Obat Penyubur Sperma
Obat Perangsang Wanita
Sex Toys Pria
Sex Toys Wanita