2.7.15

Kenangan Ramadhan Untuk Masa Depan

Aku kenal sorang lelaki ni melalui teguran Gtalk. Dia muda banyak tahun dari aku jadi aku memang anggap dia macam kenalan biasa. Anggap adik tu tidak lah sebab aku bukan jenis akak-akak sangat. Mungkin sebab aku pun bungsu.

Kami pernah berbual kerap sekejap. Lepas tu kami senyap sekejap. Lepas tu Ramadhan tahun lepas, kami berbual balik. Kali itu, muncul lebih kerap. Kami banyak berbual topik berat berat. Logik dan fakta. Bahasa dan karya.

Dia selalu bergurau cakap “Kalau awak sebaya saya, mesti saya ajak awak kawen”

Tiap kali dia cakap camtu, memang aku ignore. Sekali dua dia cakap camtu aku memang boleh ignore lagi. Tapi lama-lama aku mula persoalkan dalam hati “Kalau umur aku camni, kenapa? Tak boleh ke kawen? Ye lah tua, janda, buruk..” tapi aku cakap dalam hati je. Tapi memang waktu tu aku takda perasaan dengan dia. Kebetulan masa tu, memang aku sedang dalam fasa tak izinkan diri aku jatuh hati dengan sesiapa pun.

Sedar diri. Memang tua, janda.. Dan serik yang masih bersisa.

Lama-lama kami kerap berbual sampai lah aku berseloroh tanya dalam SMS “Eh bila kita nak berbuka puasa sama ni?”

Dia jawab “Tahun depan,” dia jawab ringkas sampai aku anggap dia sedang buat lawak klise tapi aku diamkan je dan tak balas balik pun jawapan dia. Sebab memang tak lawak.

Hari berganti hari bulan berganti bulan, cerita berganti cerita, rasa berganti rasa, Ramadhan tahun ini, lelaki itu memang berbuka puasa dengan aku pun; Sebagai suami aku. Mana pernah aku tahu yang jawapan "Tahun depan" dia tu bermaksud, ini lah. (jadi suami aku)

-----


Aku pendekkan cerita ni sebab aku nak terus cakap bahawa, sekarang aku dah ada kenangan Ramadhan tahun lepas dan tahun ini sebagai ganti kepada semua kenangan Ramadhan yang penuh cacat cela dalam hidup aku sebelum-sebelum ni.






19 comments :

Cik Azz said...

Itulah namanya berjodoh.. :)

InaYusoff said...

:)

aliqaliqa said...

happy for you noe..

Lina Affendi said...

Tumpang gembira dengan kenangan tu. Semoga ramadhan ini akan terus menjadi ramadhan terbaik dalam fasa hidup seterusnya.

ddjfr said...

aku dah lama nak tego. husband noe ni muka familiar. orang kuantan / org pahang ke?

miss eimanhikmah said...

indahnye jodoh

AZLINA HAMDAN said...

kalau dah jodoh..
ikan di laut..asam di darat..
dalam kuali bertemu juga

NeemoNeemo™ said...

Bahagia dan gumbira untuk anda :)

Islet Zairol said...

Tahniah..insya allah..bahagia sampai bila-bila..

Seo Ninja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Suriya Majid said...

moga ramadhan akan datang bertambah2 kebaikan & barakah

nama saya said...

Tahniah..semoga keindahan Ramadhan ini akan berterusan sampai bila2. Tumpang gembira sama.

melanie said...

Alhamdullillah...happy 4 u dear...Allah Maha Mengatur

melanie said...

Alhamdullillah...happy 4 u dear...Allah Maha Mengatur

Kay J. said...

Whoa. that is just so amazing. :-) may allah bless you guys .ameen!

Liyana said...

happy for you sis :)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

sweetnyaaa!! tahinah sebab dah jadi husband and wife ! tumpang gembira =)

Fahreen Fredo said...

aihhh awak ni memang cantek dari kecik ke? <3

amy (^_^) said...

Salam..

Alhamdulillah.. Tahniah sis.. (^_^)