7.7.15

Kisah Ringkas Fatimah dan Erin

SMS masuk;

“Salam..dik..Sorry akak tak dapat nak ambik Erin hari ni..akak ada hal sikit”
Fatimah menghela nafas panjang.
SMS di balas ringkas, “Okay.”

Nampak nya hari ni kena ‘cabut’ awal lagi. Waktu persekolahan Erin tamat jam 4.00 petang. Nak taknak, supaya sempat, Fatimah kena keluar pejabat jam 3.30 petang. Fatimah bingkas bangun. Berdiri betul-betul di muka pintu pejabat Encik Amli.

“Bos, saya nak balik awal hari ni. Dalam jam 3.30 sat lagi keluar ofis. Penjaga anak saya tak dapat pick up dia dari Tadika. Saya kena ambil dia”

“Okay okay” Mujur Encik Amli baik hati. Settle satu hal. Petang itu Fatimah siapkan kerja pejabat macam lipas kudung. Nak balik awal punya pasal, deadline jam 5.00 petang dianjak sendiri ke jam 3. Senang balik rumah takda hutang-hutang kerja dengan orang, baginya.

Jam 3.30 petang, tepat, dia pun bingkas meninggalkan pejabat. Jemput Erin dari sekolahnya. Tepat jam 4 petang, Fatimah sampai di perkarangan sekolah, dari jauh dia nampak riang wajah Erin berlari mendapatkannya.

30 Tahun selepas itu.

Telefon berbunyi;

“Erin, boleh tolong ambil mak di hospital ni? Pagi tadi Mak naik teksi Pak Derus kau tu. Petang ni dia tak boleh nak ambik pulak, ada kecemasan katanya,” 

“Ala mak, Erin ada kerja urgent ni, deadline hari ni jugak..Kalau mak nak, tunggu jam 1 kejap lagi. Selepas ambil anak Erin dari sekolah, Erin ambil mak pulak, ya?”

Fatimah jeling tengok jam di dinding hospital. Baru jam 11 pagi. Erin suruh tunggu lagi 2 jam lebih. 

“Takpa lah Erin. Mak cari teksi lain..”
“Okay, sorry ya mak..”
“Okay,” Fatimah balas ringkas.

———

Kita dah jadi yang mana satu? Fatimah ke Erin?






10 comments :

InaYusoff said...

fatimah..
nak jadi macam erin tak sanggop.

tak sanggop nak biarkan mak tunggu lama..
nak suh mak naik teksi pergi hospital pon tak sanggop..

Norizzuddin Kasim said...

Senang cakap, nak jadi Fatimah.

Hakikatnya, desakan kerja bukan perkara yang boleh dibuat main disesetengah syarikat. Akhirnya jadi macam Erin.

Tak payah cakap pasal nak pikap mak la. Kalau tengah miting dengan bos, mak kita call, boleh kita angkat dan jawab terus?

Noura Jumiran said...

Realitinya ramai yang jadi Fatimah dan Erin dalam masa yang sama. :(

sweet_saya said...

deep...

Prince of Noob said...

sedihnya T_T

afzalsukasuki said...

hmm tak pasti kenapa erin jadi macamtu walaupun fatimah tak macamtu. susahnya nka didik anak

Aziey said...

Family akan sentiasa jadi my priority ..
Hilang benda lain takpe, but not family..

Take care Noe,
Bye. =)

intandayani said...

1 kisah ringkas yg amat padat..

Miszunderstood said...

Mak ayah aku Erin, Aku pun sama. Aku orang last yg parents aku pick up masa sekolah hari Sabtu. Yang penting pucuk pangkal, parents/kita yang ambil. Bukan orang lain.

Fahreen Fredo said...

Hmm... Semoga aku tak jadik Erin.

Tq noe bagi peringatan :)