15.7.15

Paling

Aku tak pasti samada perkara ini normal atau tidak. Tapi aku selalu perhati, perkara yang paling kau takutkan dalam hidup kau, adalah sebenarnya perkara yang kau dah buat kat hidup orang lain - atau - kau bakal lakukan ke atas hidup orang lain. 

Agaknya sebab tu lah kita disaran untuk selalu fikir positif dan anggap yang baik baik sahaja terhadap apa yang kita ada. Tak perlu takut takut sangat. 

Sebagai contoh, aku selalu rasa diri aku membosankan dan orang sekeliling aku akan cepat bosan dengan aku. Tapi lama-lama aku perhati dan atas beberapa pengalaman hidup aku sendiri sebenarnya dalam banyak situasi aku lah yang cepat bosan dan akan blah macam tu je. Aku jenis tak kan teragak-agak untuk meninggalkan benda yang aku rasa (dan kaji dan fikir) lebih banyak memberi kesan buruk dari baik dalam hidup aku. Tak kisah lah apa-apa. Kerja, projek dan apa-apa lah.

Aku terfikir nak tulis ni sebab awal pagi tadi aku dapat notification emel dari seorang yang memang tak asing dalam hidup aku;

Aku pernah bercinta dengan seorang lelaki (kini ex) yang jenis kuat cemburu tahap aku tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki pun, tak boleh simpan nombor phone lelaki lain dalam telefon bimbit aku, dan sepanjang dating dengan dia dulu aku tak boleh tersilap pandang lelaki lain walaupun aku nak order makanan kat gerai, kalau tukang ambik order dia lelaki, aku kena order sambil tunduk kan pandangan aku. Ya, tak boleh pandang brader tu.

Ya itu antara beberapa sebab kenapa aku tinggalkan dia.

Tapi kau tahu, lelaki yang paling cemburu buta tahap teruk nak mampus itulah yang dari dulu asyik duk kacau asyik duk stalk asyik duk cari peluang nak berhubung dengan aku dari aku berkahwin kali pertama, sampai lah aku dah kahwin kali kedua ni. 

Kau tak suka orang kacau awek/isteri kau tapi kau buat macam tu kat awek/isteri orang. Semoga isteri kau (sekiranya ada) bertabah.

Kan aku dah cakap tadi;

perkara yang paling kau takutkan dalam hidup kau, adalah sebenarnya perkara yang kau dah buat kat hidup orang lain - atau - kau bakal lakukan ke atas hidup orang lain. 






4 comments :

Budak Itu said...

hai.

Paling benar istilah ni.

zulhilmitempoyak said...

pentingnya. trust.

kueh bakar said...

sekiranya ada..hahaha

Fahreen Fredo said...

Nora bagi 5 bintang!!

Cerita ex ko tu macam ada persamaan dengan aku, yang jugak dulu pernah bercinta dengan lelaki kuat jeles gitu. Tahap nak pandang laki lain pun dah mengamuk sakan. Belum aku ajak borak lagi, mau kena stalait. Haha dululahh.


Hehehehe.