21.7.15

Rindu (VI)

Antara sedar tak sedar, bila dah jadi seorang ibu, antara banyak-banyak benda paling aku suka sekali adalah setiap kali anak anak aku 'dapat' benda baru. Misal dari kecik dulu, bila pandai berjalan, pandai bercakap, pandai guna sesetengah perkataan dan sebagainya.

Sekarang ni, anak sulung aku (Sabrina) suka guna perkataan “Ha” pada hujung ayat yang dia cakap. Yang comelnya adalah “Ha” dia tu ada buffer alam 0.5 saat. Macam;

“Amak buat apa tu - - ha?”
“Bila papa nak balik - - ha?”
“Malam ni amak masak apa - - ha?”

Dan anak kecik 3 tahun aku, Natrah mula cakap dengan petahnya lenggok bangsa Cina yang ada penghujung “Ma”. Macam;

“Awak jangan buat sepah ma..Nanti Amak marah ma,”
“Tak boleh makan ayam selalu ma..Nanti jadi fox ma..”

Dan hati aku geli setiap kali aku dengar anak-anak aku guna “ha” dan “ma” tu.

- - - - -

Aku dah 3 hari tak jumpa anak aku sebab turn sambut raya dengan Abah mereka. Dan sejak semalam aku mula cakap sorang-sorang;

“Malam ni kat TV ada cerita apa - - ha?”
"Perut sudah lapar ma,”
“Rumah banyak sepah ma, siapa nak kemas ni - - ha?”

Untuk sekadar meraikan kerinduan walau tak pernah terubat pun.




5 comments :

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

selamat hari raya =)
anak tu lah kita punya harta kan kak.

huda razak said...

Dua tahun saya tak melawat blog ni.Banyak betul tertinggal.Rindu nak baca blog akak :)

ochs widdle said...

rindu.mohon update..huhuuu

Cik Azz said...

Apabila rindu menyapa, memang tak boleh nak kata apa.. :)

Tiffany Lim said...

Agen Bola
Agen SBOBET
Agen Judi
Bonus
Prediksi Bola Jitu
Pendaftaran