9.7.15

"Wahai Suami, Hargailah Isteri"

Dalam group What'sApp sekarang ni ramai orang forward tentang pengorbanan seorang isteri. Korban sana. Korban sini. Ayat-ayat macam menagih supaya dihargai suami. Kalau sekali baca kau tahu yang tulis ayat panjang-panjang tentang cerita pengorbanan isteri tu semua, adalah seorang perempuan juga.

Aku suka juga baca benda-benda gitu. Macam-macam versi yang keluar. Lepas satu-satu yang viral. Kadang-kadang aku rasa karangan tu reflek diri sendiri juga. Tapi ternyata karangan hal tentang pengorbanan lelaki atau suami jarang sangat nak jumpa.

Sebab? aku rasa kaum rasa kaum lelaki malas nak karang benda-benda yang menagih simpati macam tu.

Tak ada apa halangan pun. Orang suka karang, orang suka tulis, orang suka forward. Normal lah. Cuma kadang-kadang aku harap kita (perempuan/isteri) jangan lah terbuai dengan merasakan diri sendiri 'best' dan mengharap sangat penghargaan manusia ni.

Bila kita dah buat macam-macam benda untuk keluarga, seeloknya harap je la redha dari Allah. Masak kerana Allah. Beranak kerana Allah. Jaga rumah kerana Allah. Gosok baju kerana Allah. Relevannya adalah hanya Allah everlasting. Suami kau tak everlasting pun. Forward seribu kisah pengorbanan isteri pun. Kau duk harap suami puja sanjung kau, time diorang gatal nak kawen lagi sorang, haram diorang tak pandang dah semua tu. Kau takkan dapat apa. Kau dapat kecewa je. Itu pun kalau diorang baca tu semua. Setahu aku ramai lelaki ni makin kau tagih, makin lah dia tak endah. Diorang rasa cukup lah kerja bagi nafkah, tolong jaga anak waktu kau buat kerja. Entah-entah bagi diorang kepenatan kerja pastu tolong jaga anak tu adalah satu pengorbanan besar juga. Lepas tu kau rasa diorang tak hargai kau. Ha bergaduh.

Sebenarnya sebelum berkahwin, kau boleh nampak bakal pasangan kau, jenis menghargai atau tidak. Itu pun terpulang, bagaimana cara dia menghargai kau dengan cara yang kau mahu. Kadang-kadang kau harap bila kau bagi sesuatu, dia tak balas balik pun takpa, cukup sahaja dengan layan kau elok-elok bak puteri raja menjelang kau PMS.

Aku pernah hidup dalam satu fasa di mana aku ni nak sangat jadi 'sempurna' kat mata seseorang. Macam-macam aku buat untuk kenyangkan keinginan manusia. Dalam diam, aku menagih penghargaan manusia yang akhirnya menghampakan aku. Hampa bukan biasa-biasa pulak tu. Hampa nak mampos punya tahap. Waktu tu mula la rasa macam rebel. Tapi akhirnya bila aku kenang-kenang balik;

salah aku la buat benda sebab nak penghargaan manusia. Manusia haram tak heran. Nama pun manusia. Bila kau cakap dia tak hargai kau, dia pun akan cakap kau tak hargai dia. Bila kau dah start ungkit macam-macam sebab konon nak bagi manusia tu sedar, kau boleh fikir sendiri samada pengorbanan jasa bakti kau tu dikira atau tidak di sisi tuhan, Allah SWT.

;aku rasa macam burn macam tu je.

Kesimpulannya begitu lah;

lebih baik kau buat segala benda sebab Allah je lah. Kalau penat, zikir -  dengan harapan Allah kasi kekuatan. Bukan penat, kau tulis cerita pengorbanan panjang-panjang menagih penghargaan manusia forward sana sini lepas tu laki kau baca time tu je dia ingat lah kau; lepas tu seminit dua nampak perempuan buah dada tersembul lalu, dia usha macam kucing lapar ---

dengan alasan--- 'fitrah'.

hiks. (ikon gelak tutup mulut)





16 comments :

Mega Jelita said...

kita sependapat la kak nor..hihihi

cik ina do do cheng said...

setuju 200%

susudalambotol said...

"Pengalaman mengajar saya supaya lebih mendalami redhoooo"

Kak Jah.
Hiks.

aliqaliqa said...

setuju.. aku malas nak forward segala menatang artikel sedemikian pada laki ku sebab tak mau nampak desperate utk dihargai..
tapi diam-diam dalam hati berharap dia ada terbaca ekekeke

suzie kuteri said...

setuju

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

setuju setuju setuju.
apa2 pun yang kita buat, kena sentiasa balik kat tujuan asal, Allah.

Syaf said...

Kan.. Samalah. Tapi, saya tak suka bila baca benda macam tu. Kalau terbaca benda macam ni, saya mesti complain dalam hati "ape benda lah lemah sangat mental dia ni..."

Sebab, pada saya rutin perempuan dalam rumahtangga tu dah macam lazim dengan perempuan. Nasib, kalau dapat/pilih laki yang boleh toleransi, ringan sikit kerja kau. Kalau dapat yang semua nak disedia depan mata, banyak lah tugas kau. Kalau ade peluang, judge lah sebelum kawin tu. Come on, kita perempuan kan power bab-bab judging ni, kikiki. Sebelum kahwin lagi dah tahu yang kahwin tu banyak kita kena korban. Sebab tu kena ready. Sebab tu cinta perlukan pengorbanan. Wah, tibah.

intandayani said...

Jujur saya antara golongan wanita2 tu.Rasa sy je yg paling byk buat mcm2 utk keluarga..tp kebelakangan ni sy cuba untuk redha terima ketentuan Allah ni ikhlaskan hati sy rasa lebih tenang..tengok suami dok goyang kaki layan smartphone pun xde rasa sakit hati

mrs.smile said...

sependapat...

cujen lejen said...

nak share kat fb la artikel ni.. terbaik!

Fahreen Fredo said...

eh betullah!! power power

Dan bagi aku, cara share ke suami tag tag bagai tu tak power langsung. Macam yang ko ckp ah, depa bukan bace pun. Kalau berat bontot nak tolong, sokay, buat je lah sendiri. Penat berenti. Dah, setel. Dedua tak bergadoh.

Amyz Azlie said...

Aku pernah gak la fwd cerita "pengorbanan" perempuan utk suami. Ala.. cerita yg ending dia tu meninggal lepas lahir kan anak tu..

Tapi suami reply emel aku tu best je.

Panjangla. Penat nak baca.

T___T

Hahaha.

Tapi pada aku la. Nak buat kerja rumah, jaga anak, masak, basuh baju, sidai baju semua tu - buat la sama-sama. Kata bina rumah tangga sama2 kan..

Pempuan ni satu je. Depan suami tak nak cakap. Tapi luah perasaan kat media sosial. Salah. Kalau nak suami tolong, cakap je la. Jangan la pendam2 sgt perasaan. Hapa pun tak dapat. Penat je dapat.

Dulu, memang tak cakap. Senyap je. Tapi diri sendiri yang penat. Buat apa? Baik cakap, abang, tolong saya buat ini, itu. Insya Allah, kalau betul dia bertanggungjawab, dia akan tolong. Tu je lah.

Bukan tag nama suami kat komen post "tanggungjawab suami", etc etc. Dia tak kan baca punya. Hahaha.

Eh, terkomen panjang pulak. Have a nice day, Noe!

Liyana said...

setuju sangat! haha

lelaki bukan ada masa pun baca benda2 tu semua behehe

Suriya Majid said...

tak payah nak sendu sangat. betul sangat noe cakap, kalau kita sibuk kejar penghargaan manusia, maka kita seksa.

Cik Azz said...

Sekarang ni zaman viral.. Mujur lagi tak nampak kuman secara live.. Kalau nampak, konpem berdesup gambar kuman tu di-viral-kan.. hehh..

Tipah said...

ahhhh tang '... time diorang gatal nak kawen lagi sorang, haram diorang tak pandang dah semua tu. ' setujuuuu sangat2.

buat isteri2 yang belum terkena mungkin susah nak memahami ape maksud ni dan apa perasaan ni. tp it is true, at the end of the day kita mmg x boleh nak letak harapan kat manusia. we ourselves are just humans.