26.8.15

Serba Sedikit Kisah Nikah Kawen Seorang Mak Orang - 20 March 2015 (Bahagian 1)

Dalam segala jenis penulisan, aku rasa intro adalah bahagian yang paling susah nak di karang. Dan sekarang ni aku nak cerita tentang perkahwinan aku baru baru ini. Kasi chan nak rasa baru please, sebab kami baru 5 bulan berkahwin. Aku tak pasti apa tujuan aku tulis benda ni tapi mungkin boleh la kalau ada pembaca yang nak berkahwin ambil sikit info yang bakal aku kongsi sat lagi.

Macam mana nak mula ek? Okay;

Perkara pertama aku nak cakap ialah suami aku jauh lebih muda dari aku. Dulu aku memang tak minat dengan lelaki muda sebab aku jenis suka rasa macam 'dinaungi' so aku anggap lelaki yang lebih tua je mampu buat aku rasa macam tu, tapi selepas beberapa tempoh perkenalan dan ambil juga pengalaman dahulukala aku rasa dia mampu jadi 'penaung' aku, so aku terus lah say "Okay.." the moment dia cakap "Bulan 12 ni saya nak bawa family saya datang rumah family awak untuk bincang tentang kita" Tapi sebelum bersetuju tu aku juga solat Istikharah mohon petunjuk dari Dia lah.

Okay korang boleh sediakan baldi muntah sekarang;

Kami bertegur sapa pada Disember 2013, masa tu aku tak berapa nak layan sebab hati tengah kacau bilau. Aku selalu berjaga lewat malam, habiskan masa sendirian. Masa tu anak-anak masih bergilir secara mingguan jadi ada ketika anak-anak takda aku memang kerap tak boleh tidur. Masa dia perkenalkan diri tu macam dah lama kenal aku sebab dia kata dia baca sikit-sikit blog aku. So masa tu aku anggap dia not more than just a blog reader je lah. Nak-nak umur dia jaaauh lebih muda so aku bayangkan dia ni macam budak-budak yang masih nak kenal dunia lagi (hahahha Sayang if you're reading this, Sorry! :*)

Yang menariknya berbual dengan dia tak rasa macam berbual dengan orang yang lebih muda. Dan oleh kerana perkenalan kami melalui Gtalk sahaja, aku tak tau kenapa aku rasa macam tu. 2-3 hari lepas tu baru aku ingat yang dia ni dulu client Herbalife aku. Lepas tu dalam 2 minggu berbual tiba-tiba dia senyap so aku pun takda la peduli pun.

Lama selepas senyap tu sebulan lepas tu dia buzz aku lagi kat Gtalk. Dia kata dia ada masalah sikit hari tu. So aku pun takda la minat nak tanya. Hari berganti hari, aku perhati dia suka 'kacau' aku kat gtalk dimana aku tak layan sangat pun. Just bila dia tanya "Awak okay ke hari ni?" -  aku pun cerita lah serba sedikit apa yang boleh diceritakan.. And aku hanya boleh balas text dia bila anak takda turn dengan aku je. Korang tahu lah ada anak mana nak dan sangat balas-balas mesej.

Dipendekkan cerita lepas tu kitorang tak berhubung langsung sampai lah bulan Jun 2014 kami berbalas text semula. Masa ni agak melekat sikit mungkin sebab aku dah totally move on dan macam ready nak berbual and happy-happy balik. Tapi masa tu berbual pun biasa-biasa je. Sampai lah September 2014 kami decide untuk berjumpa depan-depan and lepas dari tu bermula lah kisah kami berdua. Sila muntah jika mahu.



September 2014

Pertama kali jumpa aku memang bawa anak-anak sebab aku nak tengok penerimaan kedua belah pihak. Memang aku nak cari orang yang boleh sayang anak-anak aku dan anak-anak aku boleh terima dan sayang dia. Alhamdulillah, Allah bantu aku bahagian yang tu. Kerana jarak kami jauh, dia Kuantan dan aku KL, jadi kami tak selalu jumpa. Aku boleh kira berapa kali je kami jumpa sebelum kahwin dulu; September 2014 first date, Oktober dia bawa aku jumpa abah dia, Disember tunang, Januari 2015 sekali, Februari 2015 jumpa lagi sekali, Mac 2015 terus Nikah. Lagi pun aku kesian sebab setiap kali dia datang KL dari Kuantan dia kena check in Hotel semalam dua. Hotel kat KL paling murah dan selesa pun RM100 camtu. Kos Petrol lagi, tol lagi. Jadi aku rasa sebulan sekali jumpa dah memadai.

Aku teringat masa mula-mula aku berbual dengan dia dulu, dia cakap dia memang tak pernah bercinta sebelum ni. Dia kata, kalau dia bercinta pun lepas ni, dia taknak bercinta lama-lama. 2-3 bulan terus nikah. Masa tu statement dia takda kena mengena dengan aku so aku tak ambil peduli la. Tup-tup aku jadi kekasih dia dan memang betul la, dia memang tak hold hubungan kami lama-lama. Nak cepat-cepat halalkan.



Piknik di PD

Masa tu aku agak terharu sebab dengan status aku, ada orang yang sudi nak serius dengan aku. Ye la korang pun tahu, memang ada sesetengah bangsa yang suka ambil kesempatan je dengan janda ni. Aku tak pernah mengharap apa-apa, yang aku tahu, aku kenal dia dari perbualan emel, membawa ke SMS, ke wechat dan tiba-tiba timbul rasa "nak selalu ada" dan diikuti dengan rasa sayang lah kan. Sebelum tu aku pernah kenal orang lain tapi macam biasalah, lepak berbual nak, keluar sama-sama nak tapi nak go for serius stage diorang macam takut sana takut sini. Lagipun jodoh pertemuan semua kerja Allah so takda siapa pun yang salah bila masuk bab ni.

Masa tu jugak aku dihantui dengan kemungkinan yang family dia tak suka aku atas dasar aku lebih tua dan aku janda anak dua. Sebab tu perasaan aku masa tu macam "kalau jadi, jadilah," Walau Suami aku anggap aku macam tak beriya-iya dengan dia, tapi aku tak kisah dan harap satu hari nanti dia akan faham keperibadian aku yang banyak terbentuk dari pengalaman yang aku pernah tempuhi. Lagipun selepas beberapa fasa hidup, aku rasa macam bila dah jadi ibu, cinta ni adalah subjektif sangat dan anak-anak adalah keutamaan aku. Jadi aku anggap, segala kasih sayang yang datang adalah rezeki yang juga datang dan mungkin akan pergi. Bila berezeki bernikah lagi, ia adalah bonus besar Allah nak kasi.

Dipendekkan cerita lagi, pada mulanya abah suami aku tak lah menunjukkan reaksi teruja bila Suami aku nyatakan hasrat nak menikah dengan aku. Biasalah, kalau aku cakap teruja kang nampak sangat cerita bohong. Abah mertua aku senyap je masa mula-mula dengar hasrat Suami aku. Suami aku down jugak mula-mula. Tapi mungkin berkat doa, atau mungkin dah memang jodoh, tiba-tiba abah mertua aku sendiri yang usulkan hasrat Suami aku ni kat Pak Ngah dan Mak Ngah (abang abah mertua aku). Bermakna kira ON la tu. Maka pada Disember kami pun bertunang lah. Kami bertunang memang tak kecoh-kecoh. Hanya di hadiri oleh keluarga dia, dan keluarga aku. Gambar tunang ni pun aku tak pernah publish di mana-mana sebelum ni. Masa ni aku rasa syukur dan seronok sangat sebab penerimaan keluarga dia sangat positif. Especially terhadap anak-anak aku. Aku tak rasa malu, kekok bila berjumpa dengan diorang pun.


Majlis pertunangan ala koboi je. 


Solek sendiri. Hadirin hadirat sekalian semua tengah makan masa ni.


Okay seterusnya;

Kalau kamu dah pernah baca blog aku sejak dari "Misi5April" dulu, kamu tahu yang aku ni sederhana orangnya kalau dalam bab majlis-majlis ni. Satu, sebab aku rasa benda tu membazir untuk digahkan. Dua, aku memang tidaklah kaya orangnya dan aku rasa kalau aku kaya pun, aku memang jenis tak sanggup nak buat kenduri beriya. Orang sanggup pinjam sana sini untuk kenduri, tapi tidak aku. Tiga, sebab aku dah pernah merasa letih buat majlis kahwin kali pertama, jadi aku taknak berletih lagi untuk benda yang sebenarnya langsung tak perlu berletih. Aku buat persediaan majlis baru-baru ni dalam masa sebulan sahaja, sebab aku ada anak dua yang sedang lincah nak tahu semua benda. Mana lah nak menang tangan kan? Mujur aku ni jenis takda dream wedding. Yang aku ada, hanyalah dream marriage.

Hiks.



Dalam hal majlis ni, mujur Suami aku pun berpendapat yang sama. Atau mungkin ramai lelaki lebih suka majlis yang simple. Tapi entah lah. Aku taknak komen lebih-lebih. Mak aku suruh aku buat je majlis macam biasa ada sanding semua, tapi aku fikir aku ni dah semakin malu so aku macam malas nak lalu semua tu.  Mak aku cakap "Buat apa nak malu?" Rancangan kahwin-kahwin di televisyen menunjukkan janda anak lapan dah tua pun buat grand-grand. Kenapa aku nak malu? Mungkin mak aku salah faham maksud "malu" aku bukan sebab aku janda dan dah tua tapi malu aku tu atas sebab-sebab yang tertentu yang lain. Lagi pun benda tu bukan free. Takkan aku nak minta duit suami untuk tunaikan nafsu sendiri kan.


Bersambung ke Bahagian 2 esok!

Baca Bahagian 2





37 comments :

ochs widdle said...

wohaa!rindu kak noe..

tak zabar nak tunggu bahagian 2

syuhadaa said...

Noe tahniahhh! :D
Rasa terharu pulak tengok gambar husband Noe dgn Sabrina & Natrah.
Alhamdulillah dua dua pihak (husband & anak2) boleh ngam!

safurara said...

tahniah sis! happy for u!

Chubby Hanna said...

tetiba rasa nak nagis baca. terharu! tahniah kak.. sambung cepat2 nak baca!

Aishah Rahim said...

Tahniah Noe! :)

Aku doakan kalian bahagia dunia akhirat. :)

Husna Hadzarami said...

Hoi kenapa bersambung pulaaakkkkk!
Janji tau esok sambung hehe.
Miss you la Noe, sejak takde Twitter ni.

Acad Noor said...

Hahaha... mcam tu rupanya fahmi ngorat 😅😅😅

Acad Noor said...

Hahaha... mcam tu rupanya fahmi ngorat 😅😅😅

Lina Affendi said...

ok next episode. Happy for you. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Cik Azz said...

Sambungpun sambung la..
Tetap setia menunggu.. hehe..

.

Apapun, sekali lagi tahniah.. Tahniah atas semua perkara positif yang Noe kongsikan.. Moga bahagia dan sukses selalu.. Amin..

Masy said...

memang Chennai Express temanya, inilah namanya jodoh uols. like like.

lagiiii

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

cant wait for next entry !! So happy for you kak. Tahniah yeaa =)

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

happy for you noe.
yg mula bertegur sapa tu disember 2013 kot eh?
:d

Ladynoe™ Mohamed said...

Hihihi harap2 esok takda halangan nak update blog!

Ladynoe™ Mohamed said...

Terima kasihhh doakan semua ni berpanjangan ya..

Ladynoe™ Mohamed said...

Haah laaa silap. Okay dah betul kan. Thanks!

Ladynoe™ Mohamed said...

Alamak tak tengok lagi Chenai express. Hahaha tengkiu tengkiu

Ladynoe™ Mohamed said...

Hhahha panjanh sangat citenyaaa esok la esok.

Sebenarnya rindu juga kengkawan kat twitter. Rindu nak membebel pun ya sbb tu acah acah aktif blogging semula ni. Kohkihkoh

Royale Hadramawt said...

Tahniah. Sweet sangat kisah cinta ni. Alhamdulillah..yang penting dah halal. Semoga kalian diberkati Allah dunia wal akhirah. Aaminnn

Kakak Gengster said...

Tahniah Kak Noe.. Saya dah lama jadi silent reader sejak 2013 tapi harini tergerak pulak nak komen. Semoga perkahwinan kali ini diberkati kak. Majlis akak ni la dream wedding saya :)

Fitri Senin said...
This comment has been removed by the author.
Fitri Senin said...

Can't wait to read this journey noe!

Fitri Senin said...
This comment has been removed by the author.
Fitri Senin said...
This comment has been removed by the author.
cujen lejen said...

adoi..tengah syok baca..bersambung pulak..hahahahha...sambung cepat sis

ros nzrj said...

Hai Kak Noe,

Congrats! Hahah bru harini nk komen after bertahun2 jd silent reader. Suka tengok kak noe happy mcm ni. :)

PipiKembong said...

rindu jugak kat akak. kalau boleh nak jumpa in person and dengar experience akak depan2. suka baca sebab suka cara penulisan akak. dari hati bukan dibuat2 utk org baca semata

zella y said...

hi noe!

bila bc cite awak..bertambah lg saya yakin jodoh tu dh ketentuhan Allah.. kalau betul itu lah jodoh kita...walau camner pn akan jd jodoh kita...


tahniah... xsabar nak bc bab 2...


take care...

mychessypie said...

Datang kuantan roger2 la.. leh lepak sekali.. ig alynxaziz12.. xpoli jb jgk..hihi.. noe..kalau nk try keje kt ktn..UMP ade buka jwatan kosong pereka..

mrs.smile said...

sweet!
tak sabar tunggu sambungan... semoga kekal till jannah noe!

munimato said...

Noe! Jgn laaa tipu cmni...stress tau...aku dok refresh dlm 2ribu kali kot nk tggu episod ke-2 citer ko ni...kahmon Noe. ..episod ke-2 plisssss!!huhuhuhu
Btw salam prknln dr ku utk mu....jmpot snggah!
www.munimato.blogspot.com

munimato said...

Noe! Jgn laaa tipu cmni...stress tau...aku dok refresh dlm 2ribu kali kot nk tggu episod ke-2 citer ko ni...kahmon Noe. ..episod ke-2 plisssss!!huhuhuhu
Btw salam prknln dr ku utk mu....jmpot snggah!
www.munimato.blogspot.com

munimato said...

Noe! Jgn laaa tipu cmni...stress tau...aku dok refresh dlm 2ribu kali kot nk tggu episod ke-2 citer ko ni...kahmon Noe. ..episod ke-2 plisssss!!huhuhuhu
Btw salam prknln dr ku utk mu....jmpot snggah!
www.munimato.blogspot.com

Tiffany Lim said...

Agen Bola
Agen SBOBET
Agen Judi
Bonus
Prediksi Bola Jitu
Pendaftaran

dina rina said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola

ibu2svitashop said...

Waaa... happy for u kak noe,, semoga bahagia ke akhir hayat dan ke JAnnah :)

coffegirl said...

selama ni saya silent reader je ;) tahniah dah kahwin.semoga berbahagia dan berkekalan ke Jannah.