29.8.15

Serba Sedikit Kisah Nikah Kawen Seorang Mak Orang - 20 March 2015 (Bahagian 2)

Sorry sangat semalam aku kurang sihat. Okay sambung cepat;

So, majlis kami hanya disudahi dengan upacara pernikahan pada hari Jumaat 20 March 2015, dihadiri jiran terdekat, sedara terdekat, dan sahabat handai terdekat. Semua main dekat-dekat. Bermakna memang aku kenal semua hadirin dan hadirat so aku rasa macam lebih intimate gitu.


Untuk majlis pernikahan ni, Baju aku tempah sendiri, guna design dress yang yang aku biasa pakai sebelum-sebelum ni je. Tempah pun kat akak yang selalu aku tempah jubah aku, cuma fabriknya agak mahal sikit dari fabrik yang aku pernah guna sebelum ni. Mahal pun tak mahal sangat. Cuma RM24 semeter dan aku hanya guna 2 meter je. Aku beli manik dan aku tabur sendiri pada bahagian lengan dan kaki dress aku. Mula-mula aku gigihkan diri untuk menjahit manik-manik tu, lama2 aku give up dan aku beli je gam fabric. Gam tu agak bagus sebab sampai skarang pun manik tu tak tanggal walau aku dah basuh baju aku. Dry cleaning la tapi.



Diikuti dengan pelamin. Pelamin pun bukan la untuk bersanding, cuma nak proper sikit la ada stage kecik untuk aku duduk tengok suami aku lafaz nikah. Ye lah sederhana memang lah sederhana, tapi bukan lah koboi sangat kan. Mini pelamin ni aku dan adik beradik aku sama-sama fikir macam mana nak setup. Idea memang takda langsung sebab macam aku cakap, lagi sebulan nak kahwin baru aku start fikir semua benda. Pelamin, baju, souvenir, semua lagi 2 minggu nak nikah, baru aku start 'cubit' sana-sini. Tak menang tangaannnn, siapa yang ibu tunggal jaga anak sensorang pastu bekerja lagi, mesti faham betapa tak menang tangannya nak buat kerja lain selain kelebek anak-anak. Selepas cuti sekolah bermula dan turn ex aku ambil anak-anak bermula, barulah aku boleh mula buat persiapan. Nak tempah semua, macam biasa lah, takda bajet dan tanak membazir. Tapi aku mengaku lah pelamin DIY aku tak secantik pelamin yang dibina oleh pakar-pakar pelamin sebab ni lah first time aku buat pelamin pun.

Oh ya, barangan pelamin ni ada yang memang ada kat rumah aku, dan ada yang aku sewa dari somethingborrowed by nawal. Aku tak tahu kalau ada orang lain melakukan khidmat yang sama macam somethingborrowed by nawal ni cuma bagi aku, servis somethingborrowed ni agak efisyen, mesra dan teratur. Stor dia bertempat di Putrajaya, ada banyak pilihan perkakas yang aku boleh sewa dan bagi aku ini adalah cara paling efisyen untuk pengantin yang suka DIY dan nak berjimat macam aku. SO, gedebak gedebuk, untuk mini pelamin aku berhabis cuma RM300 untuk semua kos termasuk sewa dan minyak aku ambil dan hantar barang sewaan. Zaman sekarang mini pelamin aku tengok pun nak dekat RM1000. Siapa kaya dan tak kisah berbelanja untuk benda nak pakai 2-3 jam mungkin sanggup keluar duit banyak-banyak macam tu.

Seterusnya, catering, macam biasalah aku agak beruntung sebab mak aku ada kawan baik yang pandai masak, buat catering, servis ikhlas, masakan pun sedap so dengan aku dia bagi harga anak beranak la. Tapi dengan Kak Nab ni, memang merata orang cari dia untuk catering. Mungkin sebab rezeki dia Allah permudahkan, lagi satu dia jenis meniaga ikhlas, bukan jenis masak cincai asal dapat duit je. Aku dengar cerita kak Nab ni sampai ke Klang pun dia buat servis catering dia. Dia ada restoren asam pedas claypot di area rumah aku, di mana, kalau kau dari Rawang nak ke Kuala Kubu, sampai Batang Kali kau akan nampak kereta bersesak berhenti kat tepi jalan sebab singgah ke kedai makan dia.

Lepas tu, souvenir. Ha untuk ini aku mengaku yang aku agak berbelanja sikit. Bukan apa, aku ni suka sikit beri sesuatu yang orang boleh guna lama. Tidak lah selama-lamanya, tapi lebih lama dari telur rebus yang akan dimakan dalam beberapa saat. Tapi jangan salah sangka, aku sangat suka telur rebus pengantin tau. Kalau mak aku balik dari kenduri kahwin mesti "Telur rebus ada tak?" adalah soalan pertama yang aku ajukan.


Jadi, untuk souvenir aku bagi Sabun Pencuci Tangan ("Hand Soap"). Hand Soap tu brand Guardian Pharmacy sahaja dimana aku beli time tu 3 botol RM10.59. Aku beli warna oren. Mula-mula aku beli di kedai Guardian tu sendiri. Tapi sebenarnya setiap warna Hand Soap tu setiap stor cuma ada 14 botol. So agak jenuh aku cari cawangan Guardian dan beli 12 botol kemudian cari lagi Guardian Store lain, beli lagi 12 botol. Kena beli dalam jumlah 3-3 sebab hanya beli 3 je dapat harga RM10.59. Kalau beli satu-satu harga dia jadi sebotol RM5. Lama sikit aku dapat akal untuk pergi ke Guardian e-Store dan beli secara online. Kat situ senang, dimana aku order je terus sekali banyak dan sehari dua lepas tu sampai lah berkotak-kotak sabun pencuci tangan ke alamat aku. Macam biasa, aku tanggalkan sticker Guardian Hand Soap tu, aku design sendiri sticker khas untuk majlis pernikahan aku, dan aku tampal semula di bahagaian hadapan botol hand soap tu..Tapi aku tinggalkan sticker pada bahagian belakang botol Handsoap ni atas dasar menghormati brand dan copyright Guardian. So semua penerima souvenir aku ni masih boleh tahu yang handsoap ni aku dapat kat Guardian. Korang boleh gunakan idea ni terutama sekali time Guardian Pharmacy buat sales lagi.


Surah Yasin Cover DIY

Souvenir ke dua ialah Surah Yasin. Surah Yasin ni aku main trick sikit di mana aku malas nak tempah dengan penjual souvenir yasin kat luar sana tu. Sebab satu, aku perlukan hanya 150 keping sahaja. Aku rasa kalau 150 keping, aku akan dikenakan harga yang tinggi sehingga RM1.50-RM2.00 sekeping..Lagi pun masa dah suntuk dan aku rasa dah tak sempat untuk aku menempah sana-sini. Apa aku buat ialah, Aku beli surah Yasin yang dirasakan sesuai di Maidin, sebanyak 150 keping so aku dapat sekeping 70sen. Berbekalkan sedikit kemahiran dalam Grafik Design ni so aku design la sendiri Cover Yasin tu khas untuk majlis pernikahan aku. Prosesnya pun lebih kurang sama, aku cabut cover surah Yassin yang ada tu, dan aku ganti dengan design cover yang aku buat sendiri. Tapi pada bahagian belakang cover yang aku design tu, aku copy semula ayat dari syarikat penerbitan asal. Benda ni semua penting sebagai tanda kau hormat dengan hasil penerbitan sesuatu pihak. Kau tak boleh just kibab hasil kerja orang dan letak lable sendiri lepas tu eksen macam kau sendiri yang punya idea kan?

Aku masukkan kedua dua souvenir tu ke dalam woven bag kecil sebagai tanda, sebelum baca Yasin ni, sila basuh tangan dulu. Hekhek.


Ini pula souvenir coklat bungkus untuk kanak-kanak. Aku macam suka souvenir ni sebab ianya pink comel-comel gitu. Idea souvenir ni kamu boleh ambil je. Aku tak ingat kat mana aku dapat idea nak buat ni. Mungkin sebelum-sebelum ni aku ada ternampak kat mana-mana sumber. Kebetulan aku memang ada Doily Paper tu kat rumah, dan bekas plastik kecil tu belen dari buat birthday party anak-anak aku sebelum ni kan. SO aku guna mana yang ada je. Oh ya, coklat comel tu aku beli di Hanifa Jalan TAR, Kuala Lumpur. Tak ingat harga.


Bab bilik pengantin. Macam biasa bilik pengantin aku tak macam bilik pengantin katalog pun. Aku cuma buang perabut lama, beli perabut baru yang serba putih, dan cat bilik lama aku tu serba putih juga. Mak aku skeptikel sikit bila aku decide nak serba putih, tapi bila dah siap, dia sendiri cakap nampak luas dan sejuk je mata memandang. Tips nya ialah, putih adalah warna penyelamat keadaan. Aku siapkan frame-frame untuk aku hiaskan sikit bilik tu supaya ad alah sikit serinya. So sampai sekarang bilik tu remain dengan keadaan yang sama macam hari pertama ia disiapkan dulu. Sorry tak simpan pulak gambar bilik secara keseluruhan.


Okay sebenarnya dalam bab kahwin-kahwin ni aku paling suka bab hantaran. Aku tak pasti kenapa tapi ianya mungkin ada kena mengena dengan sesuatu yang aku nak beri pada seseorang yang aku sayang. So bila bab hantaran aku macam agak teliti, ada perasaan nak cantik dan comel-comel camtu. Aku ni minah bunga sebenarnya. Aku suka dapat bunga, suka tanam bunga, walau pada dasarnya orang selalu anggap aku brutal, tapi ye la brutal tu one thing la, bunga tu sisi lain.. kihkohkih. Dalam banyak-banyak persediaan, hantaran paling awal sekali siap. Bila aku dah beli hantaran untuk suami aku, aku macam tak sabar nak siapkan satu demi satu.





Akhir sekali aku nak kongsi bab solekan. Kalau kamu pernah dengar Anna Charms atau Hasnah; dia adalah jurusolek yang semakin melebarkan sayapnya di persada dunia solekan ni. Ramai artis dan blogger gunakan servis dia sebagai jurusolek bagi majlis majlis pernikahan, persandingan, photoshoot dan sebagainya lah. Kamu boleh jenguk ke https://www.facebook.com/pages/Charms-Make-up-by-Anna/115318511839367 untuk melihat profile dan portfolio dia. Kalau di Instagram, boleh cari @anna_charms

Rasanya setakat ni je lah perkongsian aku tentang persiapan majlis pernikahan aku baru-baru ni. Terima kasih kepada semua adik beradik dan anak buah aku yang menolong dari segi fizikal dan mental. Terutama kepada sahabat aku dunia akhirat merangkap mak kesayangan aku, yang sentiasa berada di sisi aku kala senang dan susah; tak lupa juga kepada rakan-rakan pembaca yang asyik ucap tahniah dan mendoakan yang bagus-bagus sahaja.

Okay, layanlah gambar yang ada. Penat lah nak taip lagi.


 




Seorang mak bersama anak nya mak orang yang sedang berkahwin. hehe. Eh sebelum terlupa, Hand Bouquet tu pun aku buat sendiri bermodalkan RM10 ja kihkohkih


Bersama mak aku dan abah mertua aku.


Kitorang takda outdoor shooting sebab awal-awal dulu suami aku cakap dia segan nak bergambar. Tapi kalau aku perati balik gambar-gambar lain takda la rupa macam segan pun. Hmmm.


Sahabat-sahabat terdekat yang aku maksudkan. Pernikahan hari Jumaat dan sanggup ambil cuti untuk sama-sama meraikan hari gembira dengan aku. Tapi yang tak dapat cuti tu aku masih boleh faham dengan konsep Jauh Di Mata dan Dekat di Hati gittew


Sekian sampai di sini sahaja serba sedikit kisah nikah kawen seorang mak orang. Kalau ada terkurang info atau terlebih cakap, aku minta maaf banyak-banyak. Semoga kegembiraan yang kita perolehi berkekalan sampai bila-bila.

Nasihat aku ialah, selagi kita boleh DIY, kita DIY je. Aku tahu korang semua berkemampuan tapi tak salah kalau kita kerahkan sikit tenaga dan kreativiti untuk menjadikan majlis istimewa kita ni lebih memorable daripada semua bertempah je. Tak semua pun sikit-sikit pun jadi lah..Entah, macam best je kalau dah tua-tua nanti, teringat; baju nikah - tempah sendiri, hantaran - buat sendiri - pelamin? buat sendiri. Ala macam feel soalan kuih raya la. Kan ada beza bila orang tanya, "Banyak ke buat kuih raya tahun niii?" - kau jawab "ada lah dua tiga jenisss" dengan "Semua beli jeee.."

EH okay lah. Bye!


Baca Bahagian 1
Serba Sedikit Kisah Nikah Kawen Seorang Mak Orang - 20 March 2015 (Bahagian 1)












13 comments :

safiyyah osman said...

Good luck kak noe, happy baca entry semalam n hrini. Semoga bahagia smp akhir hayat,insyallah.

Take care!semoga cepat sehat.

munimato said...

Semoga kekal bhgia ke Jannah Noe, Amin....

Aneesah said...

Congratulations Kak Noe (walaupun dah belated) & thank you for writing these entries! Rasa semangat nak berblogging bila baca entri best2. Kadang2 kita tau je manfaat & keseronokan untuk share pengalaman, tips etc. tapi nak cari kerajinan tu is another struggle altogether!

Moga Allah memberkati semua usaha & masa Kak Noe. :)

hanaahmad said...

Sebenarnya asyik nak tergelak je tengok gambo si Fahmi ni. Ceh, segan bergambar la kunun. ahaks. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Dari awal lagi saya dah syak kaknoe dengan mamat deep ni ada apa2 (tengok dekat twitter dengan insta). Bila tanya Fahmi, dia mcm taknak mengaku, akhirnya dia invite korang kahwin. Selamat ya semuanya! :)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

make up kak noe cantik !! may Allah shower you with happiness ye kak =)

Zee Mikhail said...

thanks atas perkongsian..kalau boleh nak sangat tengok bilik putih tu..suka warna putih..apapun happy tgk noe dah ada kawan bila anak-anak tak ada depan mata

Fahreen Fredo said...

Banyak plak persamaan kita ni noe. Suka telo rebus, suka siapkan hantaran cepat2, bab diy pun sama gak. Cayalah. Aku pun kawen simple jugak.

Benda2 mcm ko mention bab diy tu mmg betul. Bila kenang balik byk benda diy mmg rase best je

ochs widdle said...

comel nya kak noe!

Tahniah kak noe..Moga kekal bahagia hingga ke jannah.

jangan lupa.keep on writing.hehe.

Husna Hadzarami said...

Noe ni cantiklah.
You're beautiful without even trying.

ibu2svitashop said...

kak noe.. selamat pengantin baru,, semoga kekal hingga ke JANNAH :)

Myra Anne said...

Auwww!! sukenye. simple but sweet.. Congrats kak! Selamat pengantin baru.. =)

Dari reader baru,
Myra Anne
http://myraanneba.blogspot.my/

maziamohdnoor said...

Tahniah Noe,
Saya seronok baca blog awak.dalam masa 2hari saya khatam.

Mula2 saya cuma nak search psl mysale punya review dan terjumpa posting awk yg awk beli katil tu.. lepas tu dah trus melarat baca blog awk.. dan ada posting awak yg buat saya nangis.. psl arwah abah awk (yg nak terlanggar lori masa otw nak pi spital tu) pastu psl posting awk ttg perasaan awk yg sedih.. saya turut terkesan. Dari 2008 awk btunang dgn Fandi, kahwin, dan Sabrina lahir 2010. Sabrina 1yr old. Kemudian 2012 awk preggy lg dan Natrah lahir. Smpai la posting2 awk yg saya dpt selami perasaan sedih awk.. Smpai la ke posting tiang (2013)..

Yg plh mengejutkan sy bila tgk muka Fandi sbb rupa2nya dia yg jadi photographer kakak saya kahwin masa tu 2010.

Ikhlas saya doakan semoga awk bahagia dgn 2nd marriage awk ni sampai ke syurga. Aminn..

mrpolie said...

Selamat Pengantin Baru.... Semoga Kekal Abadi