16.9.15

Keluarga Kedua

Ada satu kenangan paling segar dalam kepala otak aku, sengaja aku simpan untuk aku mainkan semula dalam ingatan setiap kali aku rasa berkeperluan. 

Dulu aku bekerja di sebuah Advertising Agency kecik nun di Hartamas. Hartamas belah mana tak payah la aku mention sebab kat situ tak banyak pun agency yang ada. Kalau aku sebut nanti sekejap je orang boleh tahu. Bos aku garang. Account manager aku tak suka aku. Second bos aku pun selalu layan aku kerek; Dan aku rasa semua kepala-kepala besar kat situ tak suka aku. Aku adalah anggota yang paling muda dan aku rasa macam hari-hari pun aku demotivated je kat situ.

Senang cerita, aku ni loser kat situ. Like hari-hari datang kerja aku diselubung perasaan takut terhadap kepala-kepala besar yang run agensi tu. Satu, sebab artwork aku selalu kena rijek. Selalu kena rijek tu tak mengapalah kalau kau just kena rijek dan kena buat semula. Tapi boleh dikatakan setiap kali kena rijek, aku dilemparkan kata-kata caci yang tak guna satu sen pun. Kalau aku terbuat kesalahan yang kecil dalam design pada waktu pagi, maka sepanjang hari aku kat opis tu akan tak tenang diburu rasa ketakutan yang maha celaka, bak kata kasarnya lah.

Banyak kenangan kena maki kena halau dan macam -macam lagi aku kat situ tapi ada satu kenangan yang menjadi point aku mula update resume aku untuk cari kerja baru ialah;

satu hari tu Bos aku panggil aku masuk ke dalam bilik dia. Dia tunjuk set set risalah yang aku dah design dia kata semua imej yang aku potray kat situ tak kena dengan produk. Lalu dia tanya satu soalan; dalam bahasa Inggeris; sebab bos aku memang tak cakap Melayu sangat. 

"Apa beza cawan dan gelas?" sambil merenung tajam ke muka aku dan masa tu aku rasa renungan tu tertembus ke serebelum lalu menghancurkan sedikit partikel medulla oblongata aku.

Dalam terketar-ketar aku jawab "Bentuknya?" masa tu pun aku balas dalam bahasa Inggeris sebab dalam pejabat, Bos tu tak kasi orang cakap bahasa selain Inggeris tapi aku cakap juga dikalangan kawan sebab aku tak mampu nak melawan kelemahan aku berbahasa Inggeris pada ketika itu dan mungkin itu juga salah satu sebab kenapa Bos aku macam benci aku.

Selepas menjawab sepatah, Bos aku kasi lagi tenungan yang lebih tajam ke muka aku sebelum menyinga berkata "Bentuk!? Apakebodohnya kau ni ha? Gelas untuk minuman sejuk, cawan untuk minuman panas! Benda simple macam ni pun kau tak boleh fikir ke. Kau ni bodoh mengalahkan lembu! Sekarang pergi tukar gambar gelas ni kepada cawan! Bodoh!"

Ya begitulah rupa ayat Bos aku setelah aku tukarkan kepada bahasa melayu

-----

;dan aku akan mainkan kenangan aku yang itu,  setiap kali aku rasa keadaan pejabat aku yang sekarang ni teruk, setiap kali aku rasa aku meluat dengan suasana pekerjaan aku sekarang. Setiap kali aku rasa bosan dan rasa nak behijrah ke agensi swasta semula.

Korang pun tahu, semangat kita kadang-kadang turun naik dalam pekerjaan kita; even dalam situasi lain dalam hidup kita. Kadang kita rasa kita dah buat yang semampu boleh tapi still rasa macam palat. Kenanglah saat manis bersama, dan kenang juga saat yang lebih palat semasa kau masih di takuk /tempat yang lama dulu yang buat kau nekad nak 'berhijrah' ke tempat yang kini.

;ya, ya mungkin tak relevan untuk aku compare suasana kerja sebagai designer di Advertising Agensi dengan hanya designer di Inhouse. Tapi, pokok pangkalnya aku tahu berbezaan tu dan aku yang pilih kat mana aku mahu berada sekarang ni.


Ini ahli keluarga kedua aku. Adik beradik aku. Kami berjumpa sekurang-kurangnya 5 hari seminggu 8 jam setiap hari. Bergurau, bekerja, bersusah, bersenang dalam tempoh itu.


Ada orang semacam pelekeh dengan orang yang ada sentimental feeling dan berkawan baik dengan kawan pejabat tapi tidak aku. Bagi aku, kawan pejabat ke, kawan luar pejabat ke semuanya sama. Kau tak boleh kawan dengan kawan pejabat sebab dalam hati kau ada tompok insecure. Tu je. Kawan pejabat ke kawan luar pejabat ke, ianya hanya tentang macam mana kau treat orang sekeliling kau. 

Dan ingat, dengan siapa kita kawan, dan bagaiamana kita dengan kawan, walau kawan pejabat, semua tu kita 'bawa' semasa berdepan dengan Allah nanti.





11 comments :

Maisarah Mohd Azmi said...

Huhu tu saket dapat layanan camtu.

Maisarah Mohd Azmi said...

Huhu tu saket dapat layanan camtu.

nonikhairani.com said...

Suka foto yang terakhir, kerasa banget deket dan akrabnya

Zee Mikhail said...

Setuju sgt sbb pernah lalui benda yg sama.. Kerja skrg ni xla semuanya bed of roses tp bila ingat kerja lama, sgt2 bersyukur dgn kerja skrg..kena maki, kena buli dgn org yg lg rendah, tiap2 hari dtg kerja dgn perut bersimpul sambil fikir pe lagi aku nak kena hari ni... Hikmahnya Dia nak ajar kita bersyukur dgn apa yg kita ada hari ni.. Kalau x lalui pengalaman tu, tentu kita tak kan hargai apa yg kita ada skrg

Syu said...

Rajin Kak Noe berblogging. Syu ni malas betul nak update blog. Hehe.

Seronok tengok kehidupan Kak Noe yang sekarang. Semoga segala yang baik sentiasa mengiringi hidup dan hari-hari Kak Noe serta keluarga.

ochs widdle said...

kalau saya, tempat kerja lama kawan-kawan best,tapi kerja macam orang gila/busy gila, bos cerewet, travel nak pergi kerja almost 2 jam.

Tempat kerja baru, kerja bahagia, x busy mana.Travel setengah jam.Tapi kawan-kawan ntah apa-apa/kuat maki.bos paling rilek-rilek.

Tuhan tu adil.kan?
So sekarang, kalaupun ada isu dengan kawan tempat kerja baru.cuma perlu bersyukur je dengan segala nikmat lain yang Allah bagi.
Hati lebih terasa tenangdan bahagia.

Ahmad Arba'in Ali said...

awak ni comel lah. boleh berkenalan?

ddjfr said...

dulu aku keje jkr aku rasa down sgt. walaupun kawan best2, tp bab kerja aku rasa nak hempuk kepala sorang sorang kat dinding sbb kalau bab keje melibatkan 5S, KIK dan ntahmendamenda tu semua bagi kat aku.

tapi bila aku ditukarkan ke jps..aku dapat rasa kelainan. semua kawan2 kat situ boleh buat keje yg bukan keje hakiki, pastu siap mampu bahagi tugas masing2. aku dapat rasa tanggungjawab semua staff. aku rasa baguslah aku kena tukar. ada hikmahnya.


apapun, dalam gambar tu aku nampak sepupu aku, rowiyah! haha..

New House said...

Selamat dan Semangat selalu blogging everyday, salam kenal Blogger Indonesia

Mrs Yatie said...

setuju.

mama maman aka yana said...

100% setuju... pernah "duduk" dlm situasi sama... bertabah la... smpi skrg rasa atau fikir atau terdetik... realitinya tuhan nak kita kenal siapa kita.. siapa kwn kita... siapa musuh kita...