5.9.15

Siapa kah “Coach” kamu?



Aku nak kamu tahu yang aku menulis topic ni bukan sebab nak menjual barang semata-mata. Cuma aku nak share sikit pandangan berdasarkan pengalaman aku selama menjadi dealer Herbalife.

Aku rasa ramai tahu bahawa aku ni dealer Herbalife. Dulu masa aku sedang rajin buat sale, dalam masa setahun aku jadi supervisor. Sekarang bila sale tak kencang, point untuk maintain tak mencukupi aku jadi ahli biasa balik. Herbalife ni produk bagus. Bagi aku bagus sangat. Tapi sistem dia agak ‘mencengkam’ di mana aku kena maintain sale yang kencang untuk terus menjadi Supervisor. Bila dah sibuk sekarang ni, aku susah nak buat macam dulu lagi. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tak kejar sale sangat pun. Aku masih bekerja makan gaji. Jadi kalau korang tengok orang yang buat sale gila-gila selalu follow up tu semua sebab Herbalife adalah pendapatan semata-mata. (Atau mana-mana produk pun)

Dulu, aku bukan tak sibuk. Tapi sekarang macam terlampau sibuk. Aku tak tau macam mana nak gambarkan kesibukan aku kat pejabat sekarang ni. Management berubah. Sistem berubah. So kerja maaaakin menimbun. Dulu aku masih boleh jawab What’sApp di waktu pejabat. Sekarang memang tak boleh nak selit langsung. Kalau aku on What’sApp tu tak lain tak bukan ialah menjawab soalan bos-bos dan group-group yang diwujudkan atas urusan kerja juga.

Jadi aku cuma berharap orang yang nak beli Herbalife dari aku semuanya jenis dah ada pengetahuan serba sedikit tentang produk ni. Jangan salah faham, bukan bermaksud aku hanya jual and tinggal kan kamu, cuma, aku tak boleh selalu nak jawab soalan yang aku rasa kamu boleh dapat kalau korang usaha sikit baca dari blog ni.

Aku bukan nak eksen, tapi aku rasa tak ramai pengedar Herbalife yang cerita tentang pengambilan Herbalife secara detail kat blog diorang macam aku ni. Aku rasa korang pun tahu rata-rata pengedar lain, tak kisah la apa-apa produk pun, KORANG KENA BELI DULU DARI DIORANG BARU DIORANG NAK AJAR. Aku pernah bercampur dengan team produk lain -  yang memang takkan ajar cara korang ambil produk yang diorang jual selagi korang tak beli dengan diorang. Kadang ada sampai menyumpah memperlekeh kat status facebook. Berkerut la aku tengok perangai macam tu. Bagi aku, walau pun kau marah ke pissed off ke annoyed ke macam mana pun, jangan luahkan kat media social sebab kau tu peniaga, mencari rezeki. Kalau orang nampak perangai defensive asyik nak marah customer je, lama-lama orang pun tak minat nak deal dengan kau. Memang la rezeki Allah tentukan, tapi hubungan dengan manusia pun kita kena jaga juga. Lama-lama aku quit dari geng yang satu tu, sebab mentaliti tak sehaluan. Kot.

Tapi kat sini, kalau korang tak beli dari aku pun, korang boleh rujuk blog aku macam mana aku amalkan rutin aku dengan Herbalife. Lillahi niat aku just nak educate orang. Nak share product yang aku rasa memang bagus sebab aku sendiri dah guna. Sebab macam aku cakap tadi la. Aku sibuk dan aku takut aku tak boleh nak jawab soalan orang pada masanya. Aku pun faham sangat, orang ni kadang text kita nak kita jawab segera; dan yang kelakar adalah bila orang yang datang-datang tanya aku tentang cara pengambilan Herbalife, ada yang ngadu masalah pengambilan, rata-rata bukan lah pelanggan aku pun tapi siap cakap “Saya beli dengan si fulan dan si fulan tu suruh saya rujuk blog akak”. Hati aku memang “Amboiiii kau meniaga malas nak ajar suruh rujuk blog aku pulakkk” tapi korang tahu lah aku ni kadang tak sampai hati sangat, so aku pun bantu lah apa yang patut. Aku tak marah orang yang datang bertanya sebab aku anggap diorang ni naïf. Ada yang bertanya tu macam adik-adik dan ada yang call tu makcik-makcik yang kadang nak dekat sebaya mak aku. Takkan aku nak kerek jawab “eh awak tak beli dengan saya, buat apa tanya saya?”

Memang lah secara teknikalnya aku buat pengedar lain ‘lepas tangan’, tapi aku fikir, kadang aku pun tak sempat nak entertain semua pelanggan aku sendiri, so korang baca lah kat sini ramai-ramai, walau korang bukan pelanggan aku. Mana tahu satu hari nanti dibukakan Allah pintu rezeki yang lebih luas untuk aku ke kan.

Tapi, aku terpaksa mengaku lah, kalau ada dua orang bertanya dalam masa serentak, sorang tu pelanggan aku, sorang tu bukan pelanggan aku, aku mesti akan utama kan pelanggan aku dulu.. Hanya semata-mata untuk berlaku adil. Tapi untuk marah, untuk meroyan dengan orang yang bertanya walau bukan pelanggan aku, tidak sama sekali.

-----

Lepas tu aku nak tanya;

Sebelum kamu mula ambil keputusan untuk membeli produk yang ada coach ni, pernah kah korang selidik, ‘Siapa coach korang sebenarnya?’ Sebab hakikatnya aku ada ramai kawan yang consume Herbalife tapi diorang tak beli dengan aku pun. Tapi mereka still akan rujuk aku. Aku tak kisah pun. Kadang-kadang cara yang coach mereka ajar tu berlainan dengan cara yang aku praktikkan. Ada yang sampai pening teruk, darah tinggi la bagai, bila diorang rujuk aku, memang cara yang diajar kepada mereka itu lain dari yang aku ajar 'anak-anak' buah aku. Aku tak berani nak cakap coach mereka salah dan aku yang betul tapi kamu kena tahu yang;

AKU PERNAH GEMUK GILA DAN AKU YANG BERJAYA TURUN BERAT BADAN DENGAN HERBALIFE.

Bandingkan dengan coach yang jual Herbalife tapi tak pernah gemuk, tak pernah ada masalah berat badan dan jual herbalife sebab nak kejar sale lepas tu minta ajar, suruh refer blog aku? Korang rasa yang mana lebih meyakinkan? 

Ambil contoh JK1M yang dengan Kevin Zahri tu. Rata-rata coach dia semuanya dulu pernah gemuk obesity peringkat ketiga yang berjaya menurunkan badan dan melayakkan diri mereka untuk jadi coach. Kalau aku, aku lagi nak berguru dengan orang yang macam tu sebab mereka faham keinginan aku, cabaran yang aku bakal tempuhi, tekanan yang aku rasa, emosi aku dan sebagainya sebab DIORANG PUN PERNAH RASA YANG SAMA. Kalau aku, aku lebih prefer self testimonial, daripada orang yang buat marketing guna testimonial orang lain semata-mata.

 ---

Setakat ni je lah kot aku nak membebel. Apa pun produk yang kamu ambil, kamu kena kenal betul-betul, timbang tara elok-elok. Macam herbalife ni dulu pun, aku ambil masa berbulan-bulan untuk ambil keputusan nak beli, nak prepare semangat untuk consume.

Aku minta maaf kalau selama ni aku tak jadi coach yang kamu harapkan. Dan aku harap sangat info yang aku bekalkan di entri “Herbalife Cara Aku” ni betul betul membantu.

Oh ya, nak beli herbalife dari aku macam biasa, 012 3102140 atau email faridahnoor@gmail.com. Maaf kalau lambat jawab sebab kadang-kadang aku tak boleh nak selalu available pegang phone je. Bagi yang dah tahu serba sedikit tentang Herbalife, dah pernah baca tentang Herbalife kat blog aku ni, just cakap je direct nak beli dan tanya harga tak perlu intro bunga-bunga. Hiks. DAN PLEASE PLEASE..JANGAN CALL.. kat banner tepi blog aku ni aku cakap SMS/ What'App je kan?


Okay bye!


3 comments :

sarah al -idrus said...

hi noe.. saya pun pengguna tegar herbalife.. dlu Active World Team.. hehe now jadi World Team biasa je.. and buat sale pun biasa-biasa je lebih pada makan sendiri.saya dah 3 tahun lebih makan and now makan as nutrition time pregnant. Antara byk2 produk di pasaran, inilah yg terbaik setakat saya pernah ambil. High five . good for you still taking it.

yanie yusuf said...

Tak pernah try lagiHerbalife.. leh try lepas ni..

Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)