26.10.15

Handsome

Sekadar Gambar Hiasan : Luke Evans
Aku rasa hidup zaman sekarang ni perempuan pun lebih kurang sama lelaki yang kadang-kadang ada jugak membincangkan tentang rupa fizikal kaum berlawanan jantina ni. Mungkin tak sekerap lelaki. Mungkin ada yang jenis suka cuci mata tengok lelaki sana sini. Mungkin ada yang curi-curi pandang sebab suami ada kat sebelah so kena cover line sikit; dan macam lelaki jugak aku rasa belakang pasangan masing-masing ni macam peluang la untuk kita analisis rupa dan fizikal lelaki secara lebih-lebih. Tapi kadang dalam group perempuan-perempuan pun ada juga bincang-bincang tentang rupa lelaki idaman walaupun masing-masing dah berkahwin. (mengaku je lew)

Aku tak pernah go deep dunia lelaki tapi aku rasa secara dasarnya macam tu lah; atau sekurang-kurangnya artis lelaki lah.

Bila orang tanya tentang pendapat ke-handsome-an lelaki, aku boleh jawab sebiji-biji rupa yang aku suka dan aku tak pernah membelakangkan sifat ‘handsome’secara umum macam Johny Depp, Luke Evans, Tora Sudiro dan Sharnaaz Ahmad misalnya. Kalau ikut artis, yang aku tak kenal, yang aku boleh jumpa dalam tv je, aku akan cenderung minat muka lelaki yang lebih kurang sama konsep je.

Aku jarang pandang orang di jalanan tak kira lah lelaki ke perempuan ke sebab aku ni rabun dan malas pakai cermin mata. Lagipun kalau aku pakai cermin mata pun, bila berjalan aku lebih cenderung untuk usha barang di kedai. Takda istilah "cuci mata" tengok orang dalam hidup aku sebab aku ada sejenis ego di mana aku taknak orang bajet cun/handsome bila nampak aku pandang dia.

Tapi bila aku cakap pasal istilah handsome, terhadap orang yang aku boleh tengok depan-depan, sebenarnya, jarang sifat ‘handsome’ itu menceritakan rupa dia. Selalunya 'handsome' tu bagi aku perbuatan, perwatakan dan macam mana seseorang lelaki tu bawa diri dia. Macam suami aku, aku rasa dia handsome masa mua-mula jumpa dia, aku bawak anak-anak, cara dia layan anak-anak aku tu macam abah-abah sangat. So sampai skarang bila aku tengok dia manja-manja dengan anak, aku rasa macam handsome je. Plus dia ada jambang dan aku memang prefer lelaki ada jambang - (yang sesuai).

Baru-baru ni aku masuk satu kedai emas kat area pejabat aku. Aku teman kawan aku je. Kedai emas area pejabat aku ni memang ramai tokey India. Ada india muslim dan ada yang bukan muslim. Kedai emas yang aku masuk ni tokey dia lelaki, India muslim, muda, tinggi, ada jambang kemas rapi. Overall dari segi rupa, dia memang biasa-biasa je. Tapi bila aku dah duduk teman kawan aku berjual beli kat kedai tu, lama-lama aku perati, aku rasa tokey emas tu macam handsome pulak sebab -

- satu, dia tokey kedai emas. Emas kot? So ya, bagi aku, kekayaan buat lelaki jadi handsome. Aku tak cakap nampak handsome. Tapi JADI handsome.

Dua, aku perhati, walau dia India, dia petah cakap melayu, dan sebagai seorang tokey emas, dia banyak pengetahuan pasal emas berlian dan sebagainya. Ya pengetahuan yang dianggap rare juga membuatkan seseorang lelaki boleh jadi sangat Handsome.

Tiga, masa kami mula-mula masuk kedai emas tu, dia baru je balik solat kat masjid dengan sejadah tersangkut kat bahu. Ya, bagi sesetengah perempuan (Islam terutamanya), lelaki yang solat, ada pegangan agama, otomatik, handsome.

Sedang aku mencari point keempat untuk menguatkan lagi ke handsome-an dia tiba-tiba telefon bimbit dia berbunyi; mungkin orang yang call dia tu bagi salam dan dia jawab;

“Waalaikumussalam WARRAHMATULLAHHH.”

dengan suara dia yang macho nak mampos menjawab salam separa PERFECT (siap warrahmatullah) tu aku rasa

“Handsome -nyeeeeeeeee”



Tapi sorry lah, aku terpaksa bertegas bahawa sehensem-hensem lelaki kat luar yang lain, mana nak sama Encik Suami ku seorang. kof kof kof. *batuk*




9 comments :

Cik Azz said...

Ada ehh yang bagi hadiah Qur'an masa mula-mula kenal..? Kalau bagi Qur'an masa tunang/nikah tu selalu la tengok..

Hikhikhik jugak la.. :D

Anis Ismail said...

SETUJU

Salhah Suhot said...

Agree. Hikhikhik jugak lah.

Afeeqa Hazwany said...

Ya Allah, tepatnya setiap perkataan! Hahahaha

Aziey said...

Betul .. saya pun rasa macam tu. Dia macam cantik juga, subjektif untuk setiap orang..Kadang org lain tgh tak hensem, tapi hensem pulak dimata kita.. .

Ape2 pun, Luke evans tu mmg hensem .. aherherher ..

xoxo.

sweet_saya said...

laki aku masa jumpa dulu2 tak ensem sebab dia suruh bayar sendiri air milo aku minum.. hahaha.. skarang ensem!!

aeuclyx said...

ooohhh rupanya perasaan taknak orang bajet cun/handsome/cool bila nampak aku pandang dia tu adalah sejenis ego. sep sikit! hahaha

Mya said...

Akak rasa lelaki yang pendiam juga boleh jadi handsome.
Sebab dia diam, lalu kelihatan misteri.
Lelaki misteri kelihatan handsome di mata akak :D

Undercover_Baker said...

kahkahkah.. comel giler ending entry kali ni.. kof kof..