15.3.13

Berita Berita Untuk Usia Yang Semakin Tua.


Minggu lepas yang terdahulunya, aku tak rasa nyaman berpanjangan macam minggu-minggu yang sebelumnya. Aku teringat akan hal yang macam-macam.

Untuk MH370, aku sedikit terkesan apabila bapa mertua aku cerita bahawa saudara sebelah dia adalah penumpang MH370. Ibu dan anak-anak. Hilang ditenggelam tragedi. Walau aku tak rapat. Tapi sedikit sebanyak terkesan. Hatta sebelum tahu akan hal itu pun, aku dah terkesan dan aku percaya korang pun sama.

Belum reda hal MH370, pagi aku dikejut dengan berita kehilangan seorang kenalan blogger, Amisacheera yang pergi menghadap tuhan kita. Aku tak rapat pun dengan dia. Kenal melalui media sosial seperti kebanyakan kita semua. Pernah jumpa. Sekali sahaja. Chatting selalu, dulu. Kedewasaan merenggangkan kami. Tapi masih peduli untuk ikut perkembangan dia di Blog, Instagram dan Twitter. Last aku nampak dia tuit, dia susah nak bernafas sebab semput. Aku tegur, tanya "Okay tak?". Dia kata seumur hidup tak pernah semput. Masa tu aku rasa simpati tidak seperti kebiasaan. Rasa macam sangat kasihan. Arwah Ami ni kalau tak silap, sebulan sekali dia warded. Berperang dengan Lukemia sudah hampir 4 tahun. Akhirnya akur dengan panggilan takdir. Sedih?

Sudah tentu.

Kemudian datang berita perceraian sana sini. Dan sahabat yang datang mengadu masalah rumahtangga. Sebenarnya aku tak kisah kalau orang nak mengadu masalah dengan aku. Aku faham, untuk mengadu akan hal 'sebegitu' orang akan cari orang yang 'berpengalaman'. Tapi sejujurnya, aku taknak korang lalu apa aku lalu. Kalau boleh jangan lah teruskan niat nak berpisah. Bila aku tengok korang sana sini gembira, sungguh, aku tumpang gembira. Kalau korang cerita best-best pasal rumahtangga korang, sungguh, aku tumpang rasa best sekali. Tak keterlaluan kot kalau aku cakap yang aku perlu cerita gembira dari kawan-kawan untuk aku rasa sedikit tempias kegembiraan? Bila aku dengar berita kawan bercerai, aku boleh sedih dan menangis sekali.

Selagi ada sayang, teruskan.

Kalau ada masalah, perbetulkan. Doa banyak-banyak. Sabar. Jangan putus asa.

Aku belum terlalu tua, namun tidak semakin muda. Berita berita yang sampai tidak semua menenangkan dada. Kebanyakkannya berita buruk belaka. Perasaan dapat surat dari posmen pun tidak segirang masa kita kecik-kecik dulu. Isi surat lebih kepada meminta kita bayar itu ini serta tawaran menarik yang di luar kemampuan kita.

Entah, masa kecik-kecik dulu tak terfikir langsung idup akan semencabar ini.

P/S: Tapi terima kasih juga kepada kenalan pembaca blog yang hubungi aku melalui WhatsApp dan Gmail untuk memberi kata-kata semangat. Korang memang sweet.






1 comment :

Pijani Abdullah said...

selamat petang kak noe, semoga selalu sehat dan ceria. rindunya nak baca tulisan akak sebegini. sedikit sebanyak dapat memberi panduan pada kehidupan. sayang awak selalu kakak ;)