24.12.15

Gedung Pakaian Muslimah di Bangi Gateway

                               
 
Gambar - Google

Aku percaya ramai lagi orang tak pernah ke Bangi Gateway. Bila aku bercerita dengan kawan-kawan aku semua macam memang tak pernah pergi la. Bagi aku Bangi Gateway ni agak syok juga kalau nak melayan nafsu membeli belah. Kat sini banyak bazar bazar muslimah dan kedai-kedai mainan. Aku rasa memang target audience dia adalah mak-mak yang bawak anak, so kat situ memang banyak kedai baju wanita dan kedai mainan je lah. Kira sambil mak beli baju untuk diri sendiri, terpaksa lah kau layan keinginan anak kau kat kedai mainan pulak.


Aku sekarang kurang nak shopping sangat sebab berat badan tengah naik. Lagi pun aku dalam proses nak clearkan baju baju lama yang pendek ketat dari almari aku. Semakin tua ni rasa macam semakin hodoh pulak nak pakai ranggi-ranggi sangat kan. Tak tau la sebab faktor tua ke atau faktor kegemukan. Tapi hari tu aku bawak mak aku datang sini. Mak aku ni kuat juga shopping. Kalau bawa dia shopping tu dia akan cucuk duit dua tiga kali. So aku pun terpengaruh shopping sekali sedikit sebanyak.

Sorry masa shopping tak terfikir pulak nak ambil gambar bazar yang ada tapi korang jangan cemas. Google aje, k?

  

Aku nak bagitahu yang kat sini kau kena pandai2 cari bazaar yang sedap sikit kalau nak shopping. Ada jenis tokey vendor yang liat sikit nak kasi diskaun. Macam contoh harga baju tu RM68, dia akan kasi sampai RM65 je. Dan kau akan jumpa kebanyakan kedai memang akan letak harga RM68, RM58, RM78 dan diskaun sampai mencecah angka 5 je. Macam RM68 jadi RM65. RM79 jadi RM75. Tak boleh kurang lagi dah walau kau menangis air mata darah sekali pun.

Tapi aku ada jumpa satu kedai yang agak best. Aku tak pasti apa nama kedai dia tapi kedai tu kat Groundfloor dan kalau nak masuk kedai dia kau kena buka kasut. Yang aku tahu aku beli satu baju kat situ, baju tu brand Dianah. Harga baju dia RM39 tapi kain selesa, labuh, yang kau rasa tak payah nak mintak diskaun pun takpa.

Ye lah kita bukan la nak diskaun sangat, tapi kadang-kadang, kau jumpa satu baju tu, tengok design biasa, kain biasa, sekali tengok ingat RM30-RM40 sekali tanya, macam harga sepasang baju kurung. Kau dah berkenan sangat ni, so try la mintak kurang kan. Apa salahnya, tawar menawar ni memang diboleh kan. Tapi kalau masuk kat kedai Dianah ni, kau tak rasa nak mintak diskaun pun. Sebab harga semua berpatutan. Tokey dan pekerja dia pun macam mesra meresap ke jiwa je layanannya.

                 

Lepas tu kat tingkat atas sikit, ada Indoor Playground. Benda ni boleh jadi ubat boring anak-anak kau yang asyik hadap kau shopping je. 


Dan kerusi urut untuk warga-warga lenguh sendi. Sementara aku layan anak-anak aku khatam semua game kat sini, aku belanja mak aku layan kerusi urut ni barang seringgit dua.

                                    
Dan foodcourt alakadar yang boleh la nak hilang-hilangkan lapar dan dahaga. Kat foodcourt ni ada nasik ayam ibunda. dan ada gerai laksa. Pun sorry lah aku tak ambik semua gambar-gambar makanan tu. Masa ni aku tak spend sangat untuk nak makan. Sebab lebih nak buang duit ke baju-bajuan.

Kesimpulannya bagi aku Bangi Gateway yang bersifat sangat malaycentric ni adalah salah sebuah kunjungan yang berbaloi lah juga. Ada kedai makan best best. Ada kedai pakaian. Ada kedai mainan. Sikit-sikit for home deco. Ada JayaGrocer. Mungkin orang Bangi rajin la ke sini kot.

Yang pasti aku akan repeat lagi ke Bangi Gateway ni.

Sorry lah tak ambik gambar baju baju yang aku beli kat sini sebab aku segan. Okay bye.

1 comment :

FRSR said...

bangi sentral pun best.lagi baanyak habis duit untuk ibu-ibu nanti.huhu