15.12.15

Kerinting

Aku taknak jadi jenis mak mak yang sangat defensif tahap hal anak tak boleh sentuh langsung. Memang ada jenis macam tu. Tapi agak-agak la kalau nak buat statement liar tu. Kadang-kadang statement dan situasi pelik yang aku dengar dari seseorang tu, bunyi macam datang dari individu yang macam tak pernah berusaha meletakkan otak di tempat yang betul pun ada jugak.

Kelmarin Anak sulung aku buat permintaan “Amak, cuti sekolah ni boleh tak saya taknak pergi taska?”

;dan aku jawab “Olo..amak kan kena work. Sekejap je pegi taska. 4 hari je. Nanti tokmak datang, amak cuti, kita jalan-jalan,”

“Ala..saya tak suka la pergi taska, semua orang tak kawan saya sebab saya rambut kerinting,”

Aku sedih sebenarnya. Walau pun aku cukup cukup faham yang ini hal budak-budak, tapi hakikatnya fenomena ni bukan sekali dua aku jumpa dalam kehidupan aku. Ramai je mahluk tua pun berfikiran macam tu. Maksud aku, jneis manusia yang menyisihkan orang lain, ATAS DASAR PERBEZAAN SIFAT FIZIKAL YANG ORANG TU TAK BOLEH UBAH. Ya aku pernah jumpa — BANYAK KALI!

Tak. Aku tak marah kawan-kawan taska anak aku tu. Aku pun bukan marah atas isu "kutuk anak aku". Cuma aku tertanya, bila aku teringat balik orang-orang dewasa yang berperangai macam tu, adakah mungkin perangai kau dari kecik memang macam tu? Macam kawan-kawan taska anak aku tu? Adakah kau membesar dalam enviroment di mana perangai suka mengutuk fizikal orang lain itu adalah sangat diraikan atau lebih kasaq lagi bunyi, mak pak hang tak ajar ka?

Kau gelakkan suara orang lelaki yang tak garau. Kau gelakkan suara perempuan yang garau. Kau pandang rambut kerinting tu macam satu kejadian yang ‘kasihan’. Kau sisihkan orang sebab kulit dia hitam. Kau ejek manusia yang pendek.

Kenapa eh? Sifat-sifat tu tak boleh ubah kot? Macam mana nak tukar suara? Apa salahnya rambut kerinting?
-

Berbalik hal anak aku tadi, aku terpaksa cakap kat anak aku yang;

Orang yang ejek rambut dia kerinting tu jeles sebab diorang tak ada ‘kecomelan’ budak rambut kerinting. Aku pesan lagi;

“Sabrina kena lead your mind, body and soul. Kalau orang ejek, Sabrina sad, itu maknanya Sabrina benarkan orang lain lead diri Sabrina,” dia termenung. Aku tahu dia tak faham sangat. Tapi aku kenal anak aku. Dia bukan termenung kosong. Aku berpegang kepada fact yang budak berumur 6 tahun ni, diorang akan ‘serap’ dan mula belajar dan faham apabila mencecah umur 7 tahun.

Aku ingatkan dia lagi yang dia pernah dibayar untuk jadi talent bagi iklan-iklan komersial KWSP sebab apa? Sebab semua kawan mak awak ni cakap Sabrina ni comel dan rambut ‘mahal’.

Dan tak lupa juga aku pesan, jangan pernah sesekali ejek sifat fizikal orang lain. Tak kisah hitam, kerinting, gemuk, botak, semua tu manusia dan harap anak aku sedar betapa tak bestnya bila orang ejek ejek sifat ni, so kau jangan lah buat kat orang lain.

And thats it.

-
Aku pernah berperang dengan benda ni sejak aku mencapai akil baligh. Orang cakap aku gemuk gemuk gemuk. Tapi bila dah tua, walaupun agak terlambat, tapi at least, aku bukan lagi jenis orang yang peduli kalau orang nak cakap soal fizikal dengan aku ni. Tapi ejekan gemuk ni, aku boleh la diet balik. Tapi tu la. Rata-rata yang komen pasal fizikal ni, aku perhati fizikal diorang pun sangat tak mencapai standard melebihi orang yang dia ejek tu. Yang duk kutuk hitam, kau pun tak putih, misalnya.

Peliknya, yang cantik-cantik handsome-handsome ni pulak yang lebih menghargai rupa fizikal orang lain di sekeliling diorang. Kenapa eh? Apa kah betul cakap Encik Azmi, selalu kalau perangai tak elok ni, orangnya rupanya pun mesti taklah berapa elok jugak? 

(Sebab tu sampai sekarang Encik Azmi tak kahwin kahwin sebab tak jumpa lagi wanita cantik idaman kalbunya. Betapa dia percaya yang calon isteri yang cantik perangai juga seorang yang cantik rupa. Dah dia fikir macam tu, aku nak buat macam mana?)





20 comments :

Manusia Berubah said...

ingat zaman 80-an dulu je tak nak gi tadika sebab kawan2 ejek ni.. haiiihh..!!

rambut kerinting is comel tahap gaban..! sekian.. :)

Irfa said...

eh? kenapa mslh ngan rambut kerinting?
lawa apa budak rambut kerinting?
akak lgi suka anak pmpuan rmbut krinting

InaYusoff said...

sy pon rambot kerinting..

kekecik dulu..
dah la itam...
kerinting pulak rambut..
sampai sepupu yang dah besar sanggup cakap saye macam badut..
hahaha..

dalam hahahah ni..
terkesan jugak kat hati..
sampai sekarang terkesan..

zella y said...

sy pun rambut kerinting..

dan annoying gile tgk iklan shampoo utk bdk2 yang ckp guna shampoo tu utk elakkan rambut kerinting... kenapa xckp utk elakkan rambut kusut...

sakit ati... wlupn umur dah 33, tp kalau tiap kali tgk iklan tu... rs mcm.. haihhhhh...


pernah tgk x ikalan shampoo budak2 tu?

amyzlie said...

Saya paling suka laaa rambut kerinting sebab sangat cantik walaupun mmg susah sikit nak urus. Tapi kerinting semulajadi tuuuuu cantikkkkk sgtt!!

Budak2 seperti tu lah yang dibiasakan dari kecil, jangan pegi sana, nanti ada hantu, jangan lari, nanti pakcik tu marah. Selalu ditakut-takutkan. Selalu dimomok2kan.

Hasilnya. Jadi macam orang sekeliling kita.

Macam saya kecik2 rambut pendek sebab adik beradik ramai - senang mak nak uruskan. Saya kena gelar tomboi - sepanjang sekolah rendah. Tapi nasib baik membesar jadi wanita ayu gitu. Kahkah. Eh. Terpanjang plak komen.

Harap Sabrina lebih hargai diri dia. Dari ikut kata orang. Mwah for Sabrina.

-ilyannur- said...

anak aku lelaki, aku simpan rambut dia biar panjang sebab kerinting cantik, nampak unik . lagi pun tu la satu2 nya yang anak aku warisi aku yang lain semua ikut belah husband. nasib baik keliling anak aku semua orang yang puji rambut kerinting cantik. tp aku harap kalau anak aku masuk fasa taska nanti , takkan ada budak2 yang double standard tengok fizikal org. semoga anak2 kita terhindar dari perangai begitu noe.

sweet_saya said...

pernah terjadi pada orang terdekat..

ddjfr said...

dalam adik beradik aku sorang aje rambut kerinting. penah la merajuk sebab abang cakap aku ni abah kutip kat tepi pasar cina.

tapi mak cakap kat aku masa kecik dulu sebagai memujuk,

"orang zaman dulu semua berebut nak kerintingkan rambut. sebab orang rambur kerinting ni cantik. macam mak. macam marilyn monroe. macam saloma".

dan aku happy sampai sekarang(walaupun masa tu aku langsung taktau sape marilyn monroe).

norasiahnasir said...

noe, habaq kat sabrina, aunty ni teringin nak rambut kenteng...

dulu, sampai sanggup tocang halus2 nak bagi kenteng jugak..seminggu tak mandi basah rambut..hahahaaha

btw, manusia tak pernah nampak diri org lain sempurna selain diri sendiri..sebab tulah byk drama2 mcm di aats tu berlaku..

Chekgu Azrine said...

saya pun rambut kerinting..
masa sekolah dulu ada yg panggil saya anak orang asli...
marah jugak....tp bila ingat balik...
kelakar pun ye...kehkeh
kita gang ye budak comel...hehehehhee

JuJuEE said...

Ketahuilah oleh mu wahai Sabrina bahawasanya aunty adalah manusia yang pegi saloon utk curl kan rambut even hairdresser tu kutuk sbb orang lain sebok nak rebonding

Nurul Fahri said...

HAI Sabrina. sabrina tahu tak nak buat rambut macam Sabrina mahal tau. aunty pn xmampu. tp auty teringat nk rambut mcm tu. T_T

Murni said...

Saya pun sampi sekarang rasa insecure dengan rambut kerinting saya. Dulu masa kecik selalu kena ejek. Sedih. Rasa insecure tu sampai sekarang tak pernah hilang

Afeeqa Hazwany said...

Kenapa saya juga berfikiran seperti encik azmi?? ingat saya sorang je dalam dunia ni yang berfikiran sedemikian. agak tak logik, ternyata kata2 saya yg hanya berlegar dalam otak saya yg serabut ni ada betulnya. mungkin pengalaman saya dgn encik azmi adalah sama. sering terkena dengan orang buruk yang perangai buruk dan mulut cilake. orang cantik/ensem yg kebanyakan saya jumpa selalu baik hati dan tak laser! oh btw saya juga berambut kembang ketika zaman tadika. orang ejek rambut maggi. :( masuk darjah 1 mak gunting rambut pendek, so kerinting dah takde.:/

NADIA vs BERON said...

saya ada sorang cousin rambut ala-ala ally cat tapi comel, macam Sabrina. It's rare. just sedih tapi nak tergelak bila dia mengadu dekat ummi dia

'ummi, cha bosan la dengan rambut cha, dorang (cousins yg lain) kata rambut cha macam payung'

haha. payung maybe sebab tak kuncup-kuncup :'D

Ms Haslina said...

biasalah kan mulut orang memang tak leh tutup. kerinting cantik pe..harap kak long rilex-rilex sahaja dengan orang yang pakat 'dengki' kat dia.

Cik Azz said...

Rambut akak halus lurus dari kecik sampai tua ni ha.. Pernah mak bawak pergi kedai rambut semata-mata untuk 'karankan' rambut akak.. Dia teringin agaknya nak tengok anak perempuan rambut kerinting tapi semua anak perempuan mak berambut lurus.. Anak lelaki pulak yang rambut kerinting macam abang tengah akak.. Rambut dia kembang macam rambut alleycats sampai makpun rimas menengoknya.. ahaha..

just azura! said...

sabrina awak comel okay! orang lain tak comel macam awak, so awak kena cekal dan bertahan dengan kecomelan awak tu ye! kalau awak tak caya, awak tengok kat tv tu ramai je ramai kenteng cantik tau! awak pon samaaa cantik comel kiut comel cantik!

Unknown said...

Mostly manusia suka state the obvious, macam yang Harith Iskandar pernah cakap dalam stand up comedy dia masa kat Istana Budaya dulu. Aku sendiri tak pernah terlepas dari kena benda-benda macam ni. Masa sekolah rendah orang panggil hitam, kicap tapi aku relaks je sebab masa tu dah besar dah boleh fikir, lantak la orang nak kata ape, tapi kadang tersentap juga tapi tak jadi isu pun. Dah besar-besar ni pun kena jugak orang kata gemuk semua, tapi aku buat bodoh je la, sebab yang kata kat aku tu pun takde la perfect mana, last-last dia sendiri menggelupur nak turunkan berat badan bila bertambah, yang ni aku diam je sebab dalam hati aku padan mukakan dia (hahaha).

Tapi satu je prinsip aku, aku tak suka kata kat orang sebab aku tanak orang kata kat aku. Tapi aku perhati, orang yang jenis suka kata(kutuk) kat orang ni, dia akan perasan yang orang pun suka kata (kutuk) pasal dia, padahal orang tak peduli pun, kau yang perasan lebih.

1st time komen blog ni, dulu silent reader je, dan menyesal tak tegur ko masa terserempak kat area office ko dulu.

Sekian, luahan dan pendapat aku.

Anonymous said...

Sedih jugak kecik2 dulu selalu kena ejek rambut megi.

Ex bf pu siap suh saya p straightkan rambut bila dia tau rambut saya kerinting.
Sebaik x kawen dengan dia.

Lani anak2 saya semua waris rambut kentoi2.
Org geram kot dengan budak rambut kenteng.
Comei baq hang!