29.12.15

Memori Sambal Sotong Yang Anih.

Sebelum masuk ke universiti, Along aku banyak habiskan masa dia kat rumah bantu mak aku buat kerja rumah dan jaga adik bongsu dia yang sorang ni. Jadi dari kerja mengemas, memasak, jaga adik, akak long aku memang boleh diharap sangat. Jadi hari tu Along aku masak sambal sotong. Seingat aku sambal sotong yang akak aku masak tu macam tak berapa nak sedap di pandang. Still ada air-air warna ungu dan bau pun macam hanyir semacam.

Tapi masa tu aku hanyalah budak debab berumur 2 tahun lebih yang selalu lapar dan apa je orang suap aku makan je. Masa tu aku ingat lagi, suasana dia tengah-tengah dapur berek polis, Along aku duduk bersimpuh sopan dengan berkain batik, baju tshirt dia. Dengan bersanggul sambil menatang sepinggan nasik berlauk entah apa tapi yang aku ingat sambal sotong yang aneh tu ada sekali. Along aku gaul-gaul sambal sotong tu lalu dia suap ke mulut aku tapi sampai je suapan ke mulut aku tu, aku terus muntah laju. Aku tak pasti kenapa, tapi memang muntah laju sebab tak boleh terima rasa dan bau.

Bila aku dah muntah-muntah, kecoh la sikit kan. So mak aku datang entah dari mana, tengok keadaan yang berlaku kat dapur. Mak aku tak marah aku muntah pun walau masa tu aku cuak sebab dah buat kecah. Nak nak lagi masa tu aku baru je lepas mandi dan pakai baju serta pakai bedak banyak banyak.

Mak aku tengok lauk sambal sotong yang aneh tu yang masih dalam kuali, mak aku cakap kat Along aku;

"Kau siang tak betul sotong ni. Kulit dia pun kau tak bersihkan. Lain kali masak sotong, kulit dia yang warna ungu ni, buang sampai bersih. Kalau tak hanyir tak boleh makan ni,"

Aku tak tau apa mak dan Along aku buat kat lauk sambal sotong tu. Entah buang, entah repair balik. Aku terus beredar tinggalkan dapur selepas Along tanggal-tanggalkan baju aku yang dah kotor kena muntah tadi. Dan secara tak langsung sejak dari tu memang aku takut nak makan sambal sotong sampai lah aku mula keluar dari rumah mak abah aku sebab nak cari rezeki sendiri. Masa tu baru lah aku tau yang sebenarnya betapa lazatnya sambal sotong ni ya Tuhanku.

---

Baru-baru ni aku rajin beli sotong. Pertama kali aku masak sotong, takda siapa ajar aku pun macam mana nak siang dan basuh sotong sebelum dimasak. Yang aku ada adalah memori yang aku cerita tadi. Secara tak sengaja, aku belajar teknik basuh dan siang sotong seawal aku berumur 2 tahun lebih; dan selepas 20 tahun lebih, apabila pertama kali di beri sotong untuk di masak, aku tau macam mana nak siang. Kena buang kulit dia, buang isi-isi dia. Kalau tak -  hanyir. Tak boleh makan. Muntah.

Tapi point aku bukan pasal sotong tu.

Cuma tiap kali tengah siang-siang sotong, aku akan teringat memori sambal sotong yang aneh tu walau pun masa tu umur aku baru 2 tahun lebih.

Aku ingat pakaian Along aku masa kejadian tu.
Aku ingat suasana dapur rumah aku masa tu.
Aku ingat bau hanyir sambal sotong yang anih tu
Aku ingat apa yang mak aku ajar Along aku tentang siang sotong tu.
Aku ingat muntah aku yang keluar laju
Aku ingat masa tu aku baru lepas mandi.
Aku ingat banyak benda sejak aku berumur 2 tahun walau aku selalu dengar orang cakap "Budak kecik lagi, tak ingat apa-apa"

dan;

Benda tu buat aku selalu risau, kalau ada kenangan masa lepas yang tak sepatutnya anak-anak aku ingat semasa diorang masih kecik ni, dibawa sampai ke tua, dan faham lain dari yang macam aku faham pasal basuh sotong tu.

--

--




11 comments :

Qaseh Suhaida said...

Sambal sotong mmg sedapp.....

idzwa kamaruddin said...

memori indah sangat nie...

Chubby Hanna said...

semoga kita semua tetap akan jadikan memori sebagai pemangkin semangat kita.in shaa Allah, anak2 akan faham dgn apa yg terjadi.

siti nurafida noh said...

Masa kecik2 dulu selalu nak cuba macam2.. konon2 nak surprise kat mak la. Bila mak balik keja boleh minum petang kononnya. Try goreng keropok lekor sendiri, masa darjah 5/6. sekali terpercik minyak, Nasib parut tu dah hilang, besar pula tu kat tangan

4ziey said...

yeah.. so do i.. i still remember main masak2 kat bawah rumah masa umur 3 tahun .. and abah back from work bought me so many balloons.. i miss that moment, when i dont have to worry about anything else but playin'.

Khawarizmi Afiq said...

sampai sekarang masih ingat ikut mak pusing satu flat jual kuih ngn nasik lemak mungkin umo 2,3 tahun kot waktu tu,not sure why.whatever the things yang kite ingt tu akan meaning something at some point of our life,wallahualam.

Ahmad Arba'in Ali said...

ayang cak sambal sotong ke tuuuu D:

amyzlie said...

Orang kata otak/memori anak2 kecik ni macam span. Dia akan serap sebanyak-banyaknya semasa kecik ni. Bila besar, dah banyak sgt benda dia ingat masa kecik, jadi masa tua2 ni, kita blh serap entah 10 - 20 persen je dari apa yang kita tengok. Tak pun hari ni gi ceramah, esok dah lupa dah penceramah cakap ape. T__T

Kita selalu pelik kenapa lagu ayam mengeram itik menetas masih kita ingat. Semua tu memori masa kecik yg dah terpahat.

Dan sebab itulah anak2 masa kecik2 ni la, kita berikan anak-anak kita semua kenangan manis untuk dia ingat bila besar nanti. Insya Allah. Meh la kita bagi yang terbaik utk anak2.

Mudah-mudahan kita sentiasa diingati oleh anak sebagai mak bapak yg baik. Yg sayangkan anak2. Amin.

Manusia Berubah said...

untung kamu boleh ingat memori umur 2 tahun.. :)

Dididiah said...

Doa yang terbaik babe,,,

Dididiah said...

Doa yang terbaik babe,,,