22.12.15

Move On (Bahagian 1)

Benda yang paling susah selepas sesuatu fasa adalah move on. Bukan putus cinta atau bercerai je kau kena move on. Tapi banyak la perkara kan. Bergaduh sesama kawan, sedara. Sakit hati kena tipu dengan peniaga online. Kematian insan tersayang, dan sebagainya. Selepas satu peristiwa tu kau mesti kena move on.

Move on ni bukan untuk kebaikan pihak yang terlibat tu. Tapi move on ni adalah sebab semua orang deserve ketenangan jiwa dan kepala otak, termasuk diri kau.

Tapi hari ni aku nak cakap proses nak move on yang aku sendiri pernah lalu. Kisah macam mana nak move on dari orang-orang yang pada mulanya sangat penting dalam hidup dalam hidup kita, tapi rupa-rupanya bila diorang dah takda, kita jadi lebih seronok, misalnya.

Bagi aku, nak move on ni ada macam-macam cara. Mungkin boleh dipraktikkan dalam semua jenis situasi.  Kat bawah ni adalah cara-cara yang aku pernah praktikkan dulu-dulu. Tak perlu ikut turutan tapi aku mulakan dengan;

  1. Kenang semula
Kenang semua benda yang menghancurkan hati kau sepanjang tempoh perhubungan. Setiap perhubungan memang kena ada konsep saling memaafkan, tapi mesti ada satu momen yang kau rasa kau tak derserve dapat layanan sepalat itu. Mungkin masa tu kau salah, tapi kau dipersalahkan sampai hati kau jadi pecah-pecah (amboi rhyme). Dalam tempoh ni kau kena selfish sikit. Tak perlu rasa “ye lah aku ada salah jugak,” pada fasa ini. Segala yang mangkuk hanya untuk ex kau, gitu. Takpa selfish sebab ini untuk kebaikan kau. Asalkan pada fasa ini, kau cuba jangan cerita kat orang tentang apa yang kau rasa. Sebab nanti orang judge kau. Proses ni hanya untuk hati kau seorang dan hanya Tuhan dan kau sahaja yang tahu. Proses ini akan membuat sisa kasih sayang itu perlahan jadi benci dan sedar yang jodoh memang dah takda. Dia mungkin baik untuk orang lain. Dan kau juga akan jadi lebih baik lepas tu. Kalau sedih, korang boleh masuk toilet, nangis bawah shower. InsyaAllah lega.

  1. Ego kan diri
Apabila masih bersama, ego ni selalunya akan cenderung untuk menghancurkan perhubungan yang sedia ada. Tapi bila hubungan itu telah tamat, atau kalau kau nak tamat kan hubungan, Ego tu adalah benteng terpenting untuk menguatkan kau. Ingat, EX adalah EX semata-mata. Ada ‘X’ dalam ex. Kau tak payah call. Tak payah jawab call. Tak payah SMS. Tak payah jawab SMS. Oh please jangan jumpa dia. Kalau dia datang depan pintu rumah sekali pun, kau buat bodoh je. Delete everything yang datang dari beliau. Tak payah cek status harian dia. Tak payah buka segala laman sosial dia. Tak payah stalk dia la wei. Dia dah buat kau macam jamban kot? Pernah tengok jamban bergerak carik tuan punya taik? Tak pernah kan? So keraskan la hati. Enough is enough. Kalau time kau terkenang-kenang dan sakit hati, jangan lah kau gatal nak pergi SMS dan maki hamun ex kau tu. (Aku tahu ada jenis psiko macam ni) Sila jadi kan diri tu ber’standard' sikit. Ingat, dia tu ex kau. EX adalah EX semata-mata. Setiap kali teringat kan ex kau, ayat yang kau perlu zikirkan dengan lisan dan hati ialah “Pergi mampus lah kau"

  1. Buat segala benda yang buat kau happy
Buatlah macam-macam. Makan itu ini. Layan movie dari malam sampai ke pagi. Main game. Shopping. Kalau ada anak, fokus dengan anak-anak je. Main dengan dia. Create and join the game with them. Jalan-jalan walau tak jauh. Sebab duit yang aku ada, boleh bawa aku travel sensorang je. Nak bawa anak-anak aku tak mampu. So setakat jalan-jalan pergi mall. Lepak Port Dickson, balik kampung dan jogging di taman. Biar ringkas, tapi puas.

Tak perlu buat aktiviti yang kompleks yang akhirnya memakan diri. Steady on the line of syarak bak kata pepatah.

  1. Rancang hobi baru. 
Aku mula rancang hobi baru dengan membeli ukulele dan main ikut kod-kod yang aku boleh dapat kat internet sahaja. Ukulele pertama aku harga RM100 jenis soprano. Lepas tu rasa syok pulak aku beli yang besar sikit jenis Konsert brand Aleho. Dan aku rancang tahun depan aku nak beli besar lagi sikit jenis Tenor brand entah apa tengok la bajet. Aku tak pandai main sangat pun.

Bila kau dah ada benda lain nak difokus selain daripada meratapi nasib diri, insyaAllah cepat lah kau move on.

  1. Pasang Badan
Aku tak pasti part ni perlu atau tidak, tapi mungkin perlu bagi sesetengah orang tak kira lah lelaki dan perempuan. Mungkin boleh cuba turunkan berat badan. Atau cuba fesyen baru. Atau cuba warna yang kau rasa sangat yakin bila memakainya. Jadi segak dan rasa segak. Bila kita tak kecewa semasa tengok cermin, badan akan mudah menghasilkan hormon endorphin lalu berkocakan dengan simptom bajet-bajet cun. Takpa la bajet cun sikit. Janji kau move on. 

  1. Bercampur dengan kawan-kawan
Aku jenis suka menyendiri sebenarnya. Duduk rumah sorang-sorang, memang sunyi, tapi aku rasa tenang. Memang ada orang kena cari kawan untuk happy-happy. Tapi ada jenis yang duk sorang rasa macam lagi banyak benda boleh buat. Tapi bila aku ke pejabat, aku akan bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Layan lawak bodoh, lawak cerdik, lawak lucah dan segala lawak aku boleh layan just untuk aku tergelak. Kawan-kawan kat opis memang tak dapat hidu aku ada masalah peribadi dulu. Yang aku tahu, aku nak happy je. Kat rumah, time anak takda, aku layan whatsapp group. Dan dulu aku sangat aktif di Twitter.

Macam mak aku selepas abah aku meninggal, dia start join kelas-kelas keagamaan. Bergaul aktif dengan geng-geng surau. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengalihkan segala perasaan tak penting kepada perkara yang lebih berfaedah.

  1. Berkongsi rasa dengan kawan
Sebelum kau berkongsi, benda penting yang kau kena buat ialah pilih kawan yang betul-betul boleh dengar cerita kau. Dan kalau boleh jangan asyik cerita masalah yang berulang dengan kawan kau. Sebab kawan kau manusia biasa. Sekali dua masalah kau cerita dia boleh layan lagi. Masuk 7-8 kali asyik bentuk masalah yang sama tanpa solusi, orang akan naik menyampah dan judge kau macam-macam. So pandai-pandai lah cari ‘tempat bercerita’. Disini aku cadangkan bercerita dengan mak kau. Kalau aku, mak aku adalah sahabat aku dan aku kongsi semua benda dengan dia setiap kali aku balik kampung. Mak aku akan sokong aku habis habisan pada mula cerita, tapi sebagai penutup dia akan mentarbiah aku dengan cara yang meresap ke jiwa. Kira takda la mak aku nak biarkan aku hidup asyik tak puas hati kat orang je kan. Paling baik, kau berceritalah dengan Tuhan. 

  1. Cuba cari pengganti
Bagi aku pengganti ni tak payah cuba cari sebab kalau kau steady, pengganti yang akan cari kau. (amboi sangat)

Cuma jangan la terdesak nak ada peneman. Rileks dulu. Bagi masa sekurang-kurangnya 6 bulan ke setahun ke untuk kau raikan kesunyian. Tak perlu birah sangat nak ada awek/boyfren sampai suruh orang rekemen sana sini. Sampai masa jodoh kau akan datang sendiri. Sementara belum ada yang berkenan tu mungkin kau boleh bela kucing. Bela kuda, kera, ikan atau mana-mana yang setara dengan ex kau. 

Atau mungkin cuba bela kala jengking, lipan dan semut sebab dalam kubur nanti kita sorang juga. Entah-entah jengking dan lipan je yang sudi nak teman kita masa tu. Sekurang-kurangnnya kau dah biasa. Hmm.. :’(

  1. Belajar hidup menyendiri
Bila duk sorang-sorang, aku akan bebas membongkang. Kau boleh pakai sememeh. Makan gaya kuak rentang. Takda siapa judge kau. Tak da siapa menyampah tengok kau. Ya, kau bebas. Kau bebas dengar muzik kuat-kuat tanpa hirau jiran sebelah akan marah. 

Aku susah nak tekankan point yang ini sebab setakat ni aku tak pernah jumpa orang yang boleh hidup seorang sesteady yang aku bayangkan. Ramai yang end up pergi menagih balik kat ex kau tu entah kenapa aku pun tak pasti. Mungkin itu rahsia yang korang je la yang tahu. Atau mungkin masih berjodoh. 

Apa pun cuba dengar salah satu lagu kegemaran aku ni. Mana tau kita taste sama. Mudah-mudahan kesedihan kau lega.


  1. Bina azam baru
Azam baru tak semestinya setiap tahun baru. Bagi aku, bila bila pun kau boleh bina azam baru. Cakap tentang azam, semuanya berkait rapat dengan point-point kat atas ni. 

Kedua, bina azam baru untuk jadi diri kau yang baru. Apa-apa sahajalah. Nak sambung belajar. Nak aim untuk naik pangkat. Nak khatam quran. Nak tutup aurat. Nak kumpul duit pergi umrah. Nak labuhkan tudung. Nak kuruskan badan atau apa-apa sahaja yang akhirnya nanti kau boleh kenang, banyaknya azam dan cita-cita kau tercapai selepas ketiadaan dia. Bukan untuk kau belagak dan menunjuk pulak ya. Tapi sebagai kayu ukur untuk menyedarkan yang betapa luas skop kehidupan kau selain daripada memikirkan tentang kesedihan je lah.

  1. Maafkan lah dia
Thing is; semua orang buat salah. Hakikat diri kita pun ada buat salah. Tak kisah la siapa punca terbesar sesuatu hubungan tu berakhir, hakikatnya itu semua hanyalah penyebab. Perasaan sayang ni anugerah pinjaman dari Allah. Sampai masa Allah nak tarik, kau bangun dari tidur pun tiba-tiba kau rasa macam kosong dan bosan bila teringat kat pasangan kau. Kau tak boleh buat apa-apa bila dia decide nak akhirkan hubungan ni dengan alasan “Dah tak sayang”.  Sikit-sikit mungkin boleh usaha lagi. Tapi entah lah. Susah juga aku nak cakap. 

  1. Mendoakan kebaikan untuk ex kau
Part ni pun susah juga. Dah la kau menyampah kat dia. Dah la sebelum ni kau asyik zikir “Pergi mampus la kau”. Tiba-tiba sampai satu fasa, kau kena cuba doa yang baik-baik je untuk dia. Kalau kau rasa susah, mungkin kau boleh berpegang dengan janji Allah bahawa kalau kita ikhlas mendoakan kebaikan kat orang, nanti malaikat pun akan doakan benda yang sama untuk kita.

  1. Bawa bertenang dan berani lepaskan


Tipu lah kalau kau takkan rasa sedih dalam proses ni. Ada la juga. Tapi nak buat macam mana. Berakhirnya sesebuah perhubungan tu bukan lah bermakna berakhirnya seluruh penghidupan. Percaya yang setiap ujian tu, Allah akan beri ganti yang lebih baik kalau kita kuat bersabar. Ganti tu tak semestinya dalam bentuk teman juga. Mungkin tiba-tiba gaji kau naik dan kau dah mula ada belen duit gaji lebih untuk shopping kat iKea. Atau anak-anak semakin rapat dengan kau. Atau tiba-tiba dapat kawan yang best-best yang selama ni kau tak nampak sebab terongkong dengan komitmen berpasangan. Atau bermacam lagi peluang yang bakal mendatang. Atau kau ada banyak waktu bersendiri dan muhasabah diri. 

Aku percaya ramai dikalangan kita walau hati dah remuk remuk pun tapi kita masih nak kat ex kita. Tapi nak buat macam mana kalau buat masa ni jodoh dah habis? Orang boleh cakap kau macam-macam, tak bersabar lah, pentingkan diri lah. Macam-macam.

Tapi kadang-kadang, perkara yang paling wajar seseorang itu lakukan selepas melalui banyak situasi dengan segala emosi adalah; berhenti berusaha.

dan; Move on.





6 comments :

Khawarizmi Afiq said...

salam,
terima kasih wat artikel ni n sgt2 terkesan sbb bru putus gak n tak tau care nk move on.i/ve been silent reader ur blog sjak u blum kawin,blum pkai tudung etc.my point is i think u ade bakat jadik writer,superb!.thanks alot for the info.

FFP said...

Hai..terkesan..sangat terkesan..sbb rase mcm dah move on..tapi ni dah 3 tahun..move on pejadah kalau still rase xsampai ati nak benci kat ex tu.hmmm..hmmm..kene kaji balik kot..

ora adzlin said...

good tips. hmmm

miss eimanhikmah said...

sangat terkesan dengan artikel ni..tak tau la nk ckp cmner..sebab dia dah bp kali minta putus tp sambung balik. sb dia kdg2 rasa syg, kejap lg rasa tak syg. skrg ni rasa diri ni terhegeh2 pulak..asyik kena jaga hati dia je pulak.nk move on tu cm susah sb dah lama couple. kdg2 bila keadaan tenang, aku rasa boleh nk terima kalau dia minta putus, tp time dia minta putus, aku merayu bagai nak gila.then sambung balik. aku tak tau la sama ada dia boleh ke tak kalau aku xde dlm hidup dia sb bila sambung balik tu rasa in love sgt2 dan cm takde benda yg jadi pun..hukhukhukhuk

ita citot said...

Semua dah buat. Same. Tapi no. 12 tu macam takde. Haha! Malas ah. Yg no. 5 tu pun tak buat tapi orang yg bercakap mcm tu. Mungkin sebab dah happy, otometik seri terpancar kat muka. Pastu rasa bahagia je... Nampak mcm cantek je. Hahahaaa...

nUyUL nAdHiRaH said...

kak noe, terima kasih untuk entry ini..;)