25.12.15

Move On (Bahagian 2)

Bila cakap tentang move on, aku akan teringat dengan beberapa orang yang pernah melalui atau sedang melalui proses tersebut termasuklah diri aku sendiri. Aku tak pasti samada ianya berkait rapat dengan iman atau kecekalan hati. Tapi yang aku pasti, setiap kemahuan itu, mesti kena ada usaha. Kira kalau kau betul-betul rasa dah taknak teruskan perhubungan tu, kau kena usaha lagi untuk move on dengan jayanya.

Ada perbezaan di antara move on dari perhubungan yang gagal dengan kematian insan tersayang.

Aku pernah tengok suami aku semacam tak gemar tengok abah dia yang masih sedih dengan pemergian mak dia walau sudah hampir setahun meninggal dunia. Suami aku galakkan abah dia kahwin lagi, move on, dan bina hidup baru. Aku mungkin kagum dengan kecekalan suami aku sebab jarang-jarang aku tengok dia bersedih dengan pemergian ibu dia sendiri tapi dalam masa yang sama aku terfikir, kalau aku mati dulu nanti, agaknya cepat la suami aku ni move on dan kahwin baru ye dak?

Aku sensetif sikit tengok orang yang kematian pasangan cepat move on dan berpasangan baru walau sepatutnya masjid yang didirikan harus dirai dan nak buat macam mana kalau dah jodoh dia awal. Sebab aku selalu membayangkan kalau aku mati dulu dari pasangan aku, adakah aku akan tahu bilamana pasangan aku berkahwin baru, dan apakah status perasaan aku pada ketika itu; di alam roh.

Orang ketawakan aku bila aku berfikiran macam tu sebab bagi diorang, orang yang mati takkan tahu apa-apa dan masa tu kau dalam kubur sibuk kena belasah dengan malaikat je dah tak peduli orang di alam kehidupan. Tapi kamu kena tahu bahawa alam roh ini adalah rahsia Allah dan ulama-ulama juga ada pelbagai pendapat mengenainya. Kalau kau berpendapat alam roh dan alam hidup terputus 100%, tak salah kalau aku ambil pendapat bahawa, alam roh memang akan tahu kabar berita pasangan, anak-anak yang masih di alam kehidupan.



Macam aku cakap tadi, Alam roh adalah rahsia tuhan dan hanya dialah yang tahu segalanya.

Tapi apa pun soal proses move on seseorang ni adalah di luar bidang kuasa kita. Maksud aku, kalau kau tengok orang masih meratapi pemergian isteri dia, kau tak boleh marah dan paksa dia move on cepat, kawen cepat, carik pengganti segera. Dan kalau kau tengok orang baru 6 bulan kematian suami tapi dah nak kawen lain pun, kau tak boleh nak judge dia apa-apa sebab Allah lah yang menghilangkan kesedihan dia dengan segera dan permudahkan jodoh dia.

---

Aku ambil masa setahun lebih untuk move on dari pemergian abah aku. Bagi aku nak move on dari kematian insan tersayang ni adalah perkara yang paling susah untuk aku lakukan dalam bidang ke-move on-nan ni. Aku meratap siang malam. Aku menangis tak henti. Sikit lagi nak jadi Kassim Selamat lalu Allah bukakan hati aku untuk kutip kucing kat pasar untuk aku bela dia.Masa tu aku dapat rasa kesedihan aku semakin pudar sebab aku ralit dengan Kucing aku (Net); dan aku tak tahu pulak keadaan mak aku macam mana. Tapi kalau nak compare dari segi iman, aku rasa mak aku lebih tabah dari aku. Pun sampai sekarang, kalau aku rasa banyak benda tak best berlaku, aku masih akan rasa, kalau abah ada, benda palat tu semua takkan berani jadi kat aku. Gitu.

Situasi berbeza apabila cakap soal move on dari kegagalan hubungan pulak, aku pun tak rasa ianya perkara yang mudah. Tapi kalau ikut sejarah-sejarah aku lama dulu, aku pernah move on dalam masa 1 hari je. Hari ni aku sedih sebab kena dump boyfriend aku yang dah syok kat perempuan lain. Esok aku dah happy sangat-sangat dah. Dan aku tak perlu pengganti pun untuk aku move on.

Proses aku nak move on seingat aku, 1 hari ada, seminggu ada, 3 minggu, dan yang dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni lama sikit, 6 bulan. Aku tak pasti kenapa aku boleh move on dalam masa yang agak sekejap. Bukan sebab aku tak betul-betul sayang. Tapi aku rasa sebab harapan dah berkecai, cinta tu dah hilang sepenuhnya, dan kebencian yang ambil alih secara keseluruhan, so ianya jadi mudah untuk aku.

Jadinya aku boleh faham dengan orang yang tak boleh move on tu adalah sebab; -  masih sayang.

---

Tapi aku selalu terfikir, macam mana satu perhubungan (yang belum nikah) yang sangat teruk, macam lelaki selalu bantai perempuan. Curang dah banyak kali, tapi masih ada rasa berat rasa nak tinggal, dah cuba lari pun masih balik kembali. Aku tak rasa Allah nak panjangkan jodoh tu sebab dia rasa kau sesuai dengan pasangan yang teruk macam tu. Allah tak kejam.

Cuba aku harap orang boleh fikir yang hubungan diluar pernikahan yang diteruskan walau terlalu banyak kepincangan (bukan sekali dua), adalah kerana ikatan nafsu yang melebihi kewarasan akal. Sebab kalau kau dah kahwin, kau ada rumah dan tangga untuk diselamatkan sebelum jalan perceraian. Tapi yang belum kahwin ni dah banyak masalah, dasar apa rumah dan tangga kau nanti? Dasar agama? Mustahil.

Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Aku bercakap berdasarkan pengalaman; dan masa tu, aku sendiri pun tak tau kenapa.




p/s: Minta maaf juga banyak pulak kesalahan tatabahasa kali ni. Aku dah betul kan dah.



2 comments :

Anonymous said...

Lelaki memang akan lebih cepat move on dari perempuan.
Bukan sebab dia tak cinta ( ni kes kematian isteri),
Tapi hakikatnya org lelaki ni tak boleh duduk sendiri.

Especially yang dah kawen.
Sebab dia dah terbiasa berteman.

Tu mengikut cakap abah saya la.
Dan pelan-pelan saya setuju sebab ada betulnya jugak benda tu.

Hidup dan Aku said...

sungguh bila kt dah move on dunia akan lebih terbuka..
10 tahun aku amik masa utk totally move on dari ex-bf aku..
10 tahun hidup berlegar mengejar dia..
bila saja semua rasa tiba-tiba padam tak tinggal sedikit utk dia, Allah kurniakan aku seorang suami yg berpuluh kali ganda baiknye dari dia..
lelaki pertama yg melayan aku dgn penuh kasih syg dan perhatian..
sampai selalu aku terfikir, kebaikkan apakah yg pernah aku buat hingga dikurniakan suami sebaik ini..

Allah tak kejam, tetapi kt yg selalu pilih utk menzalimi diri sendiri..