21.12.15

Piala

Aku ada seorang kawan yang belum berkahwin, sedang mencari-cari dalam kesamaran, dah ada boyfren (agaknya) tapi selalu rasa was-was sama ada boyfren dia sesuai untuk dijadikan suami atau tidak. Sebab apa aku tak pasti dia ada boyfren dan dia rasa was-was tu? Sebab;

Dia kerap tanya aku soalan tentang suami aku; macam;

“Suami kau marah tak kalau kau sentiasa online what’sapp?”
“Suami kau marah tak pakai baju ketat?”
“Suami kau selalu ajak jemaah tak?”
“Suami kau gitu gini gitu gini tak?”

;dan setiap jawapan aku akan jawab jujur. Aku tak tau apa motif dia tanya macam tu. Mungkin nak compare dengan boyfren dia. Tapi itu bukan point aku. Zaman sekarang ni aku perhati, suami (atau isteri) yang baik ni adalah macam sejenis piala yang kebanyakan dari kita banggakan. Suami kita jaga solat, kita bangga. Suami kita kerja gaji best, kita bangga. Isteri kita stylo, kita bangga. Isteri kita slim sampai tua, kita bangga. Suami tolong buat kerja rumah, kita rasa best. Dan yang paling jijik adalah bila ada yang reveal kehebatan pasangan sendiri di ranjang. 

Bila cakap pasal PIALA, mestilah ianya subjek yang kau pernah war-warkan. Kira macam, orang boleh hidu “rasa syok” atau ujub dalam diri kau terhadap pasangan kau tu apabila kau kerap bercerita tentang benda best tentang pasangan kau. 

Aku tak pasti menceritakan benda best tentang pasangan ni adalah sesuatu yang wajar atau boleh selain menceritakan keburukan mereka di khalayak memang aku tahu dosa hukumnya. Aku selalu fikir zaman sekarang (atau mungkin sejak zaman dulu) dan selepas beberapa fasa hidup yang aku lalu, kebaikan pasangan secara spesifik, kemewahan, rezeki tak perlu di gembar-gemburkan sebab aku takut Allah tarik balik semua tu. 

Aku mungkin pernah tercerita/terpamir benda best pasal suami aku. Aku takut kalau niat nak jawab soalan je tapi wujud rasa ujub dalam hati aku. (Nauzubillah)

;tanpa aku sedar, entah-entah sebenarnya aku seorang yang tak layak pun untuk segala kebaikan yang mungkin pasangan aku ada. Macam seolah-olah kau menang dapat piala, dengan cara yang menipu. Ramai lagi orang layak dapat 'piala' tu. Tapi dah rezeki kau nak dapat dulu. Dan rezeki tu bersifat fleksible, boleh berpindah milik. 

Sebenarnya, kita milik 'piala' tu, atau 'piala' tu yang memiliki kita? Kalau piala jantan, dia boleh ada  empat tuan tau. Hiks. 



 P/S: Azam baru - perbaiki diri.


No comments :