12.12.15

Rindu VII

Perasaan aku sekarang macam seorang anak gadis yang mak bapak dia panggil keluar bilik untuk berjumpa dengan bakal tunang yang dia tak pernah kenal. Malu-malu mengintai di belakang langsir --sebab semenjak aku tutup sekejap blog ni, ada juga yang sudi mengadu rindu. Orang yang aku tak kenal - mengadu rindu. Malu tau.

Rindu demi rindu yang disampaikan sedikit sebanyak buat aku terharu sebab ye lah sekarang ni aku fikir mana ada orang nak baca blog sangat. Kali terakhir aku buat keputusan untuk meninggalkan facebook, aku boleh ingat jenis orang di mana statusnya ditulis berperenggan perenggan dan saat aku nak kuburkan Twitter aku dulu pun, orang dah mula menulis panjang macam satu entri blog lepas tu print screen dan twitpic - di mana aku rasa blog bukan lagi ruang yang relevan untuk seseorang itu bersosial di alam siber.

Tapi aku bukan nak bersosial kat sini.

Aku cuma nak menulis, dan aku tak fikir pun nak tutup blog ni. Mungkin sampai tua lah kot. InsyaAllah.

--

Semalam akak aku send kat What'sApp Group keluarga - katanya, "Hari ni hari jadi Abah, huhuhu" tapi takda siapa pun yang balas text akak aku. Aku termenung je dan aku percaya adik beradik aku yang lain pun buat benda yang sama. Kali terakhir aku share gamba arwah abah aku, masing-masing semua berkaca mata.

Sesungguhnya rindu kami (especially aku) terhadap abah memang tidak terperi. Lelaki pertama terbaik yang aku pernah kenal sebelum aku kenal dunia. Awal-awal masa dia takda dulu, aku rasa macam takda perlindungan. Aku rasa macam semua orang nak buli aku. Bila mana aku rasa dunia semakin galak pedajal aku, aku selalu rasa alangkah baiknya kalau abah ada lagi. Aku bukan nak menTuhankan abah aku sendiri tapi hakikat seorang Bapa tu adalah sistem sokongan yang paling utama selepas seorang ibu.

Sebab tu selepas aku bercerai dulu, langsung takda aku terlintas nak sekat anak-anak aku dengan abah diorang malah aku akan korban selagi boleh asalkan anak anak aku dapat curahan kasih bapa walau bapa itu tidak serumah dengan kami. Kau ingat takda ke orang cuba pengaruh aku agar dapatkan hak penjagaan penuh yang ketat? Kira macam drama melayu TV, lepas cerai, mak bawa lari anak dan tak kasi bapak jumpa anak-anak tu. Mujur tak pernah install niat tak berfaedah tu dalam kepala otak aku -- Tapi walau apa pun, aku percaya kita semua sudah cukup dewasa untuk pertimbang baik dan buruk untuk anak-anak kita. Dan aku percaya semua keputusan yang dibuat juga ada sebab musabab yang tersendiri.

---

Esok anak-anak aku balik selepas 3 minggu habiskan masa dengan abah mereka. Cuti sekolah lah katakan.

Tak sabar nak melepas rindu!




5 comments :

Qaseh Suhaida said...

Rindu juga arwah abah.....baru 3bulan lebih kehilangan arwah.

J u l i a 。.゜✿ said...

ju pula, kuburkan terus blog comel ju.
ju decide untuk berjurnal sendiri.
menulis, meluah & mencatat
perjalanan kehidupan ibu tunggal dalam midori kepam ju haha.
rasa macam terlalu banyak nak ingat.
memori dengan anak - anak terutamanya.
ketagihan menulis pun, ya juga.

apa pun, good to see you in blog again noe.. muah !


DRAMATIC UNIQ said...

yupp..!! rindu ayah..
lain macam punya rindu.. walaupun arwah ayah dulu garang tahap gerilla tapi rindu pada dia tak leh nak describe.. bila dia tak ada ni, rindu pada suara tengking2 marah2 dia tu aduhhh menghiris2 rasa..

nape ekk..?
nak kata tak puas manja, ehh.. memang tak pernah manja2 pun..

:)

Syu said...

Hai, Kak Noe,

Syu pun rindu Kak Noe.

Nor Rimah said...

saya pulak rindu anak tiri yg dilarikan ibunya & bersembunyi. ayahnya sampai demam teruk sbb terlalu rindukan anak2 yg rapat dengannya.. saya juga yg sgt rindukan anak yg paling kecil sbb saya besarkan dia sejak umur 5 bulan hingga umurnya hampir 2 tahun. tiba2 dilarikan ibunya yg telah meninggalkan anak2nya begitu sahaja kemudian nak claim ayahnya tiada hak pada anak2