13.12.15

Sofa Akustik Putih

Aku pernah cerita sebelum ni yang aku minat menulis lagu dan bermain muzik. Tapi selama aku hidup yang aku perhatikan tentang diri sendiri ni, apa yang aku suka, selalunya aku takda bakat yang optimum sangat. Selalunya biasa-biasa je lah.

Bakat melukis biasa biasa
Bakat menyanyi biasa biasa
Bakat memasak biasa biasa
Bakat menulis biasa biasa
Entah-entah takda bakat langsung pun. kuikui.

Bila Dr Maza cakap betapa boringnya jadi orang yang 'biasa-biasa' ni, aku tersentap jugak. Tapi macam mana eh aku nak push supaya tak semua benda dalam hidup aku ni adalah 'biasa-biasa?'

Latihan dan kerajinan lah kot. Which kalau korang nak suruh aku mengaku bahawa aku kurang melatih diri, terpaksa lah aku iyakan sahaja.

---

Apa pun, suami aku ada impian dia sendiri. Teringin sangat nak ada pasangan yang boleh menyanyi sama-sama dan Tuhan kasi dia aku. Kami akan menyanyi sama-sama bila ada masa bosan. Dia akan main gitar dan aku dengan ukulele. Selalunya time anak takda dengan kami lah. Kami tak bercita-cita nak jadi artis pun sebenarnya. Aku tak berapa pandai menyanyi. Suami aku cakap suara aku tak ada lenggok. And aku jenis senang admit komen orang towards aku.

To be honest suara suami aku agak sedap. Dulu masa bercinta, bila dengar dia menyanyi, aku jadi angau macam Sabariah dengar suara Kassim Selamat dalam radio. Tapi oleh kerana ego aku terpaksa lah kontrol macho buat rilek je.

Semasa nak fikir nama Duo kami, banyak krisis dan sakit hati berlaku. Suami aku jenis budak budak deep puishit sikit so nama nama yang dia pilih kebanyakan berbunyi seperti nama-nama band kugiran yang dianggotai oleh Belia 4b dari Kampung Merbau Sempak. Aku pulak jenis jiwa punk hensem makan sampah so nama-nama yang aku cadangkan memang bunyi macam sangat kasar dan aku rasa orang senang nak terima. So perselisihan dari segi idea dan tema berlaku di situ.

Lama-lama ah lantaklah nak nama apa pun. Aku tak peduli. Lalu keluarlah "SOFA AKUSTIK PUTIH" Yes macam tu lah aku. Sampai satu masa aku give up dan lantak lah nak macam mana pun. Dan aku mula terbayangkan macam mana lah agaknya bila sampai masa kami nak bubuh nama anak nanti.

Phew.

Apa pun, dengarlah cover pertama dari kami, Gerimis Mengundang.




5 comments :

Chubby Hanna said...

nice name. baca terus terpaut. hehe..

DRAMATIC UNIQ said...

pheewwiittt...!
suka lenggok tang chorus tu.. :)

nak lagi.. nak lagi...!
lagu ziana zain satuuuuuu... please...

*kenyit2 mata*

fitraa said...

suara you deep. simple, spot on n deep. i like. :)

aisya zainal said...

Kakkkkk sedapnya suara! Alhamdulillah.
And terima kasih sebab buka balik blog.

dalin ali said...

Hi Noe.

Akak ni silent reader.

Dan lagu ini sedap.

Macam ada keikhlasan setara Zamani Slam gitu hehe.

Keep on blogging ok.

Kadang-kadang bukak blog ni dengar lagu ni.

www.dalinali.com