26.12.15

Throwback Honeymoon di The Banjaran Hotspring Ipoh

Saja nak ungkit balik kisah Honeymoon aku pada Mac 2015 hari tu sempena lagi beberapa hari saja lagi nak melangkah ke tahun baru. Sorry lah kalau korang rasa ini cerita basi.

Honeymoon aku laki bini sebenarnya di luar perancangan aku. Kira aku serahkan semua kat suami aku. Sebab aku dah cakap kat dia awal-awal yang aku tak menang tangan nak urus banyak benda. Hal pejabat, hal persiapan kenduri nikah, hal anak-anak. Orang lelaki ni senang. Dia serahkan hal majlis kat makcik-makcik dia je. So aku mintak dia uruskan lah hal bulan madu sejak dia beriya betul nak bawak aku bercuti sebagai suami isteri.

Jadi pada mulanya aku memang tak tahu ke manakah destinasi bulan madu kami sebab suami aku cakap nak surprise la konon. Aku minta hint, dia just cakap kat Ipoh. Bila kawan-kawan aku tanya "Honeymoon kat mana Noe?" Aku jawab, Ipoh je dan kawan-kawan aku pun skeptikel "Ipoh?? Ada mende Ipoh?" sama macam aku skeptikel mula-mula suami aku bagi hint yang sama tapi dalam hati je lah.

Lurusnya aku, tidak pulak aku nak google "tempat honeymoon kat Ipoh" sebab suami aku dah cakap nak surprise kan. So aku layankan je la surprise dia.

Honeymoon kali ni tak bawa anak-anak. Aku tak sampai hati sebenarnya sebab aku memang tak biasa tinggal anak kalau bawak jalan-jalan. Tapi walau tak sampai hati, aku sendiri yang ambik keputusan untuk kali ni, anak-anak tinggal la sat, kasi can kat kami laki bini.

Masa dalam perjalan ke Ipoh tu, agaknya suami aku tak tahan sangat nak berahsia lagi, jadi dia pun cakap la yang kami ni menuju ke The Banjaran. Aku memang takda idea langsung pasal tempat tu. Ye lah aku bukan arif sangat bab-bab percutian ni kan.

Suami aku cakap The Banjaran ni pernah dapat award tahun 2013, tempat sangat privacy dan barang siapa yang berumur 18 tahun ke bawah, tak boleh masuk. Kira memang kanak-kanak tak boleh bawak pergi situ. Memang tempat bulan madu dan bercinta je lah.

Sesampainya kami di sana, kami di sambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Semuanya cantik-cantik tentang The Banjaran Hotspring ni, sejak dari pintu masuk sampai lah ke dalam Villa. Pemandangan di sekitar Banjaran Hotspring memang cantik. Sayangnya hari tu iMac aku crash dan banyak gambar yang aku dah transfer kat iMac aku tu, hilang macam tu je. Sedih tau.

Cuma saki baki gambar yang aku ada adalah yang dari library whatsapp kami laki bini yang aku rasa sesuai nak kongsi di sini;



di perkarangan lobi The Banjaran Hot Spring. Sampai-sampai je kami dihidangkan dengan sejenis teh serai dan tuala basah untuk menghilangkan panas.

Selepas siap register dan check in, kami di bawa ke bilik oleh pembantu The Banjaran Hotspring ni dan sampai kat sini kitorang kena ketuk Gong ni tanda macam "perasmian kemasukan" gitu. Bunyi gong ni bapak kuat berdengung rasa telinga.

Sebenarnya bagus kalau ada pembantu yang tolong ambil kan gambar disekitar percutian kita ni kan. Tapi macam kami 99% gambar adalah merupakan snap sendiri dengan teknik selfie je.


Kat sini banyak menggunakan Buggy Car servis sebab setiap destinasi adalah agak jauh. Aku okay je nak jalan kaki tengok pemandangan. Tapi biasalah ada orang tu kalau boleh nak guna 100% yang disediakan kat situ. Kat sini kami menginap di Water Villa. Bagi kami, villa yang kami sangat cantik dan sempurna.

Pekerja The Banjaran murah hati bila kami request nak melawat Garden Villa. Ya ianya lebih besar, tapi kami lebih suka Water Villa kami.




Water Villa kami di The Banjaran Hotspring. Ini pemandangan dari pintu bilik kami. Sebelah kanan tu swimming pool. Depan sikit tu ruang untuk melepak. Kat situ ada mini compo so malam-malam kat situ, kami layan lagu Keronchong. Aku tak dapat nak share snap gambar bilik kami secara keseluruhan.  Sebab tak ada yang dirasakan sesuai untuk tontotnan umum. Tapi kamu boleh ke website dia http://www.thebanjaran.com/Accommodation/Water-Villa untuk tengok gambaran bilik tidur yang ada kat situ.

Ini pemandangan dari toilet. Kat ruang solek ada pintu yang menghubungkan ke jakuzi dan meja makan. Jakuzi dan swimming pool sebelah menyebelah je so kadang kadang dari jakuzi kami melompat je ke swimming pool untuk tukar selera.  Jadi, walau ada bilik mandi, kami tak guna pun, agak rasa nak mandi, kami terjun je swimming pool.


Dah ada tempat makan, mestilah ada sediakan makanan kan. Ya, tiap-tiap petang time hi-tea akan ada orang hantar teh, kopi dan beberapa jenis manisan.


Gambar di sebelah ni menunjukan bahawa Villa di banjaran Hotspring ni dikelilingi oleh hutan, dedaun, flora dan aku boleh dengar jelas bunyi-bunyi unggas, cenggerik dan burung-burung berkicauan. 

Bahagian swimming pool dan jakuzi tidak berbumbung. So kalau malam-malam berendam kat situ laki bini, kami boleh nampak langit cerah dan kebetulan, bintang-bintang pun begermelapan. 

Tak salah rasanya aku cakap, pengalaman itu adalah satu-satunya pengalaman yang paling romantis dalam hidup aku yang aku boleh ingat. 

Ye lah. Honeymoon lah katakan.



Ini aku bergambar depan cermin besar di dalam ruang simpan pakaian. Belakang tu adalah ruang solek dan sinki yang menhubungkan toilet dan jakuzi. Kalau perhati dalam gambar ni di sebelah kanan siap ada safety box. Kira kau tak lah risau nak tinggal-tinggal bilik tinjau pemandangan tanpa membawa barang berharga.



Menjelang malam, kami dijemput makan di Jeff's Cellar restaurant. Restoren Jeff's Cellar ni dalam gua di mana kau masih boleh tengok stalagtit dan stalagmit di sekeliling restoren tu.

Kadang-kadang kau boleh dengar bunyi air gua mengalir deras sambil menikmati hidangan makan malam yang disediakan. 

Makanan kat Jeff's Cellar ni memang sedap. Tak reti pulak aku nak cerita macam mana sedap. Nama makanan nya pun aku dah tak ingat sebab bunyi kebaratan sangat kan. Tapi portion memang sikit sebab mungkin dah style dia gitu. Kot.




Kamera phone aku tak dapat nak shoot gambar berkualiti di tempat yang kurang cahaya, so gambar ni aku ambil je dari website rasmi The Banjaran Hotspring. Cantik kan?


      


Ini adalah rupa jenis makanan kami. Nak cakap kenyang tu tidaklah. Tapi memang sangat sedap.


Sepulangan kami dari makan malam di Jeff's Cellar, kami tengok katil tidur kami dihias macam ni. Memang amboi sangat kan.


Chillin' at night bertemankan bintang terang dan alunan keronchong. Habis keronchong, kami goreng ukulele pelan-pelan sebab ye la nak melalak sangat kang bising pulak mengganggu jiran sebelah.



Hari seterusnya kami dimulakan dengan breakfast kat  Crystal Cave. Hidangan secara adalah secara buffet yang terdiri dari hidangan Melayu, cina dan western. Terover pulak putih muka aku dalam gambar-gambar ni. Tapi siang kat sini sangat panas melainkan kau duduk kat dalam Villa kau sendiri.



Sikit sikit selfie.


  

Pemandangan di sekitar Crystal Cave.


Ini entah hari keberapa tapi sebelah Crystal Cave juga lah. Depan tu ialah mata air panas di mana kau boleh mandi-mandi kat situ. Tapi kami tak mandi pun. Aku memang bawa baju 2-3 helai je. Tak pergi mana-mana pun sangat. Duk Villa, keluar makan kat restoren dalam the Banjaran juga, spa, pastu balik villa balik. 


Steam Cave ni terletak di sebelah Crystal Cave. Kat dalam Steam Cave ada natural sauna. Best tau. 

 

Selepas sarapan dan jalan-jalan disekitar Crystal Cave, Steam Cave, kereta buggy terus jemput kami dan hantar kami ke Banjaran Spa yang juga terletak di dalam The Banjaran Hotspring tu sendiri. Sebenarnya penginapan kami selama 3 hari dua malam kat sini, setiap pagi pun ada aktiviti spa. Cuma pada hari pertama, Spa consultan cuma ajar kami macam mana nak urut pasangan. Dan pada hari kedua, baru lah kami diurut oleh pekerja Spa tu. Lepas urut, kami disuruh berendam dalam kolam yang dipenuhi dengan air kelapa, minyak apa entah (aku lupa) dan kelopak-kelopak bunga. 

Aku rasa setakat ni je lah kot cerita dan review aku tentang The Banjaran Hotspring ni. Teringin sangat nak datang lagi sebenarnya. 3 hari 2 malam yang penuh kenangan manis. Hari nak balik tu kan, kami rasa macam, "Alaa..nak balik dah ke.." walaupun hati memang dah rindu kat anak.

Aku tak bercerita ikut turutan peristiwa tau. Aku cerita yang mana ingatan aku boleh capture je. Bagi aku, servis The Banjaran Hotspring secara keseluruhan adalah yang terbaik pernah aku dapat. Patut lah dapat award 2013. Sebaik sahaja check out, kami dapat souvenir yang merupakan sebuah labu sayung untuk kami simpan sebagai kenang-kenangan. Besar juga saiz labu sayung yang kami dapat tu. Lebih kurang 15 inchi tinggi.


Tak salah rasanya kalau aku cakap ini adalah pengalaman termanis dalam hidup aku. Ini adalah hadiah percutian paling istimewa yang aku pernah dapat. Terima kasih untuk suami yang sentiasa berusaha nak buat aku happy. 

Doakan kami sentiasa honeymoon di dalam hati.

:")


The Banjaran Hotspring official Website : http://www.thebanjaran.com/






5 comments :

ora adzlin said...

nice place ! memamg lama dah teringin nak pi !

miss eimanhikmah said...

vavavavva best nyeeee...dekat je utk tempat yg sgt cantik..

Manusia Berubah said...

suwitt and berseri-seri... :)

p/s : okey next honeymoon nak pilih ke sini lah.. harap2 Pokchik setuju dan sudi belanja.. hahahahaha.. 5 tahun dah honeymoon ni.. ehemmm...!

NeemoNeemo™ said...

Sukaaaaa.
I heart this :)

Mursyidah Ismail said...

ni my boss yg design. diri sendiri pun x pernah nak jejak kaki kat cni. bestnyee