1.1.16

Gejala Penipu Amatur Sebenarnya Belajar Dari Mana?

Gatal betul tangan aku nak menulis pasal Nur Amirah Atirah ni. Aku ni jenis tak reti nak komen tentang isu semasa. Sumber dah banyak dan orang boleh baca sendiri melalui portal-portal lain. Tapi aku dari dulu, sebelum ada anak lagi, aku paling seram kalau dapat anak suka menipu.

Kalau dapat anak degil aku boleh layan. Dapat anak liat bangun pagi aku boleh layan. Tapi dapat anak menipu aku rasa macam tak boleh terima. Aku pernah luahkan ketakutan aku ni kat mak aku. Kat kawan aku yang dulunya seorang guru tadika. Mereka cakap budak menipu ni bukan sebab mak bapak tak ajar. Tapi diorang yang belajar sendiri.

Mustahil mak bapak tak ajar menipu tu tak betul. Tapi kadang-kadang banyak benda kau susah nak kontrol bila komitmen terlalu banyak. Masa terlalu sempit. Dan pemantauan terhadap anak-anak tu jadi terlalu terhad.

Aku refer kat diri aku sendiri lah senang cerita. Aku tak tau apa yang sebenar-benarnya anak aku lalui kat taska dia. Apa yang dia serap. Apa yang dia observe. Semua di luar kawalan aku. Sesekali anak aku ada mengadu orang guna perkataan kesat kat dia macam "bodoh" misalnya; aku boleh sound. Bermakna, aku boleh pantau dan kawal perkara yang di dalam pengetahuan aku je. Selebihnya, aku rasa macam tak mampu aku nak kawal. Aku berkerja. Balik dari pejabat, jemput anak dari taska, masa tu aku tanya dia macam-macam. Kalau ada aduan pelik-pelik, aku terus refer penjaga taska dia. Setakat tu je lah.

Macam sebelum ni, peralatan tulis Sabrina asyik hilang. Aku ni dah macam tiap-tiap minggu beli pensel pembaris pemadam anak aku sorang tu sebab asyik-asyik hilang. Bila aku tanya dia cakap "Kawan saya ambil" Entah betul entah tidak aku memang takda klu. Mungkin betul cakap Sabrina. Atau entah-entah dia tipu sebab takut aku marah? Aku tanya cikgu dia, (ha'ah aku memang jenis apapun aku akan tanya cikgu) sama ada betul ke ada jenis anak orang lain yang pesen kibab pensel orang atau anak aku sendiri yang jenis tak reti jaga barang? Mana nak tahan 3-4 hari sekali aku menapak ke Maidin duk beli pensen sekotak demi sekotak sampai aku rasa orang yang jaga pintu Maidin pun meluat tengok aku kot. Tapi semenjak aku bincang dengan cikgu sekolah dia, kejadian hilang pensel pun berkurang. Kalau dulu hari-hari, sekarang 2 minggu sekali. Mungkin anak aku dah mula belajar jaga perkakasan dia sendiri sebab tengok aku dah mula tegas bersuara. Atau mungkin cikgu dia dah mula pantau kelakuan anak murid di kelas tu so budak yang kerja kibab alat tulis orang tu pun dah tertangkap. Aku tak tahu. Aku buat spekulasi sendiri je ni.

Natrah pulak aku tak berapa nampak lagi idea dia menipu aku secara lisan. Tapi dia suka play trick dengan aku dan papa dia. Misal kalau kami nampak dia jatuh kan sesuatu, kami suruh dia kutip, kami pura-pura toleh tempat lain, dia pun pura-pura kutip 'sesuatu' padahal sebenarnya tak pun!

Aku harap setakat play trick gitu je lah. Dan aku harap anak-anak aku tak menipu aku. Aku seboleh nak jadi sahabat baik anak-anak aku. Nak anak-anak aku cerita semua benda dengan aku. Macam aku dengan mak aku. Macam aku sayangkan mak aku. Aku tak sanggup tipu dia. Kalau aku buat salah, aku diam, instead of menipu. Walau mak aku tengah menyinga, aku tetap tak tipu.

Aku tak pasti adakah kanak-kanak mula menipu apabila mereka dapat idea bahawa untuk elak kena marah, menipu is the right way. Untuk keluar dari satu masalah, menipu adalah jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah tu.

Aku dapat bayangkan duduk dalam kasut mak Nur Amirah Atirah tu. 14 jam pertama anak tak balik-balik, jantung debar tak usah kau cakap lah. 4 hari kemudian, aku rasa dah basah satu katil sebab air mata je. Aku dapat rasa yang aku akan migrain sepanjang masa. Dan sampai lah saat terbongkar Nur Amirah Atirah lari sebab ikut boyfriend, aku rasa nak terajang something tapi tak tau apa yang nak dijadikan mangsa.

Aku tak pasti Nur Amirah tu akan serik atau sebaliknya dia jadi sangat syok sampai boleh jadi penipu profesional yang boleh kelirukan satu dunia satu hari nanti.



4 comments :

Manusia Berubah said...

memang tak leh nak hadam apa punya pikiran dan perangai la dak Amirah ni.. :(

Rohani Mohamed said...

hi. ya . saya setuju. amirah memang melampau tipu satu malaysia. hi sis. nice blog. kalau tak keberatan boleh lah singah ke blog saya untuk kuruskan badan.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

Mursyidah Ismail said...

pernah terbaca satu artikel tu anak start menipu bila perbuatan salah anak di perbesarkan secara hiperbola oleh ibu bapa. mcm buat salah sikit tp kena marah kaw kaw. start dari situ anak cuba elak utk x dimarahi dgn cr menipu.
cara nak elak ialah bila anak buat salah tanya kenap dia buat, dan terangkan kenapa perbuatan itu salah supaya anak faham. kena buat dgn istiqamah dan sabar. insyaAllah. wallahualam

Ema Veto said...

hmm mmg geram betul cerita pasal dia ni! walaupun dah lama berlalu , masih sakit hati mikir pasal dia... entah lahh mmg geram la!