1.1.16

Intro 2016

Hai, selamat tahun baru. Tahun je baru tapi banyak benda yang tak baru. Diri masih yang lama. Perasaan masih lama. Semuanya macam biasa. Bangun tidur dalam keadaan banyak dadah dalam badan sebab semalam aku asyik makan ubat batuk. Cuti panjang rasa tak best bila badan tak berapa sihat.

Tangan dan leher aku naik ruam. Hormon tak berapa stabil. Mood nak masak takda. Yang aku tahu aku nak rehat je hari ni. Setakat lipat kain yang baru di angkat dari ampaian dan buat susu anak je aku mahu untuk hari ini.

Sedang aku berbaring dengan face mask tertepek di muka dan perut yang dah mula pedih kelaparan menunggu suami aku balik tapau lauk, tiba tiba aku rasa macam benci dengan banyak benda. Benci dengan harga barang yang banyak naik. Benci dengan gst. Benci dengan ragam manusia sekeliling yang tak reda-reda. Benci dengan persaingan yang langsung takda makna. Benci dengan diri yang takda kemajuan. Benci dengan menteri-menteri. Benci dengan hakikat yang aku dah makin tua dan banyak masalah dalaman hati semakin menjengah. Aku benci baju dah banyak tak muat. Aku benci belanjawan dah makin meningkat. Aku benci tengok cermin. Aku benci tengok rumah aku yang dah kemas macam mana pun akan tetap nampak bersepah. Aku benci buka almari baju tgok macam dah penuh sangat padahal aku rasa macam takda apa nak dipakai dah. Aku benci budak yang bernama Nur Amirah Atirah yang sanggup menipu orang ramai cakap kena culik padahal ikut jantan. Seharian kepala otak aku tak tenang dan rasa nak hantar anak aku belajar kat luar negara sebab risau keadaan negara yang dah semakin banyak jenayah sebab rakyat tersepit. Tapi aku tak mampu dan aku benci sebab aku tak mampu. Aku benci semua benda. 

Dan yang paling aku benci, aku tak buat apa-apa pun untuk hilangkan kebencian ni. 

Aku dah pesan banyak kali kat suami aku, emosi aku tak stabil kalau kelaparan. 


No comments :