6.5.16

24 minggu

Bila kandungan aku dalam posisi menonggeng dan terkangkang jelas di celah kangkangnya takda tanda-tanda anak ketiga aku ni berlainan jantina dengan kakak-kakaknya. Aku okay je. Suami aku pun okay je. Takda rasa kecewa; dan kalau tanya pada waktu sekarang memang takda juga rasa nak mengandung lagi sebab nak usaha dapatkan anak lelaki.

Kalau tanya sekarang cukup la 3 orang je sebab aku dah tak larat. Umur aku pun dah jejak 30-an dan aku dah letih dan malas nak mengandung dah. Mengandung umur 30 an ni berbeza dari aku mengandung anak-anak aku yang lain di mana pada masa tu aku boleh dikira muda la lagi. (23 - 26 tahun)

Masa mengandung anak pertama, beban kerja pun tak banyak. Kerja di pejabat pun tidak lah se-stress mana. Waktu mengandung anak kedua, Sabrina masih kecil. Tak banyak yang nak difikir bila anak-anak masih kecil. Sekarang anak dah besar; dah bersekolah; dah banyak permintaan, dan semakin banyak ragam. Mengandung kali ni aku tak boleh nak totally rehat walaupun ada suami yang boleh diharapkan untuk take over kerja-kerja rumah, but still, anak aku masih perlukan aku di sisi mereka dalam banyak keadaan.

Dan kerja di pejabat pun, entah lah, tidak seindah dulu.

Kalau aku mengandung lagi lepas ni, (sebab aku ada satu orang lagi anak dalam kuota yang kampeni aku kasi) maknanya semua masalah atau beban aku dah settle. Maksud aku, anak aku dah boleh berdikari, dah boleh jaga sama sendiri, dah tak payah pergi taska, dah tak payah nak monitor kerja sekolah mereka hari-hari, solat tak payah bersuruh, dah reti nak urus makan sendiri,  - which aku rasa semua tu aku kena pulun dari sekarang untuk make it happen; entah-entah masa tu umur aku pun dah 40 tahun di mana, laaagi lah malas aku nak mengandung beranak lagi. Agaknya lah.

Tapi tu lah. Masa depan jangan dirisaukan sangat. Apa yang kau perlu settlekan adalah masa sekarang ni.

Entah sejak bila, aku dah jadi seorang perempuan yang selalu merancang arah hidup aku. Apa aku nak, aku akan usaha dari sekarang. Aku lantik diri aku jadi bos untuk diri aku sendiri. Aku bukan jenis nganga dan tadah je apa nak jadi, apa orang nak bagi. Dan aku tahu kat mana aku kena berhenti. Masih, aku serahkan semua untuk Allah yang tentukan segala.

Hari ni aku MC. Aku paling tak suka MC hari Jumaat dan Isnin sebab aku risau orang cakap aku menipu. Selalunya kalau aku sakit pening migrain hari Jumaat atau Isnin, aku akan gagah datang kerja dan mintak permission untuk tido kejap kat studio selepas makan ubat. Rekod paling banyak aku MC setahun adalah 6 kali je. Tapi kali ni aku bukan sakit pening. Aku batuk semput. Aku kalau batuk semput ni memang surrender. Terus tak berfungsi sangat; dan sedikit down sebab kena batuk semput ni time pregnant. Siapa pernah pregnant mungkin faham kalau batuk teruk sangat time perut dah besar dan rahim dah menekan pundi kencing ni, apa akan jadi.

Natrah tak ke taska. Aku pesan ke dia "Hari ni Natrah jaga Amak tau, bukan Amak jaga Natrah." jadi dari celik mata dia mengadap TV sensorang, ambil air sendiri, bfast makan roti sendiri dan asyik tanya aku dah nak makan ubat ke belum. Baru tadi tanpa aku suruh, dia ambilkan aku air tapi air sejuk la pulak sebab aku dah lock dispenser air panas.

Nampak dah dalam masa 16 minggu dari sekarang, siapa yang boleh diharap nak minta tolong itu ini.

*Senyum*






11 comments :

Miss M said...

Congratulations kak for your pregnancy! Doakan saya boleh pregnant sama ya.

Manusia Berubah said...

Semoga terus sihat ye Lady Noe sampai selamat melahirkan dan membesarkan.. hehehehhee.. jaga diri k... :)

Rusa said...

good job Natrah <3

sofiya said...

Eee Natrah ni comelnya! Sweet betul

Amyz Lie said...

Sweetnya Natrah. Semoga sentiasa mahu menjaga amaknya.

Semoga dipermudahkan perjalanan pregnancy kali ini. Amin.

PipiKembong said...

terubat blog dah update.. :)

Irfa said...

tahniah Noe
semoga selamat bersalin ye
mmg mengandung di usia 30 an sgt penat
akak peknen tahunlepas umo 36 rasa nak menanges (eh mmg nges pun)
sbb penat sgt wpun anak besar dah boleh wat keje umah tp still x sempurna dimata kita

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

semoga dipermudahkan noe.. waah kak ngah yang boleh diharap..pregnancy moment paling indah even tiap kali bersalin nervous dia sama malah ada yg lebih seriyau...

NURUL JAMIAN said...

tahniah noe. lama tak borak dengan ko noe

fidanor said...

tahniah kak noe.sy adalah salah seorang silent reader akak.
btw,sy juga sama ngn akak.hihi

Mar Mansor said...

mengadungkan anak ke2 di usia 32 tahun..tak letih cuma dugaan penyakit..lepas beraslin..hilang penyakit