23.7.16

Little Kingdom, Malaysia

Tahukah kamu bahawa satu lagi Taman Tema Pendidikan (Edutainment Theme Park) telah di buka kat area Parkson Mall Maju Junction Kuala Lumpur? Mula-mula pergi dengan anak beranak sebenarnya aku tak berapa jangka yang tempat tu menyeronokkan. Aku tak pasti la samada aku ke yang jakun atau tempat macam tu memang sepatutnya seronok macam tu.

Dibina menggunakan hanya peralatan berkualiti tertinggi serta teknologi terkini, setiap aktiviti, tunggangan dan permainan direka untuk memupuk ikatan ibubapa-anak dengan gabungan elemen-elemen pembelajaran kendiri, keseronokkan dan bermain. menawarkan 35 ’versi junior’ karektor cerita dongeng dan kartun terkemuka (seperti Little Snow White, Little Cinderella, Little Pinnochio, Little Aladdin, Little Puss n Boots dsbnya) di setiap sudut taman permainan bertemakan magik ini.

Taman ini telah direka khas agar terdapat kisah yang boleh diceritakan di sebalik setiap kertas dinding di mana para ibubapa boleh menciptakan kisah dan detik penuh magik bersama anak-anak mereka. Setiap kertas dinding dan hiasan telah direka khas untuk mencetus imaginasi dan mewujudkan suasana seolah-olah sedang berjalan dalam sebuah buku cerita dengan persekitaran yang menyerupai kisah dongeng. Jalan berturap batu buntar, dinding berwarna-warni, kedai dan tempat makan kecil, kawasan bermain yang lembut dan penuh dengan gelongsor, pit bola dan terowong untuk diterokai, Little Kingdom bukan hanya santapan buat mata malah turut merupakan taman permainan impian yang membawa kanak-kanak ke sebuah dunia penuh magik dan mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak bagi golongan dewasa.

Dalam Little Kingdom ni kebanyakkannya kecik-kecik. Macam pintu tu, parents kena masuk tunduk sikit. Sebab ianya memang di reka khas untuk anak-anak. Waktu mula-mula masuk kami di sambut dengan petugas di situ yang semuanya mesra dan yang paling penting semuanya macam terel je layan budak-budak.

Ada satu kedai roti ice krim yang sedap sebaik sahaja memasuki Little Kingdom ni. Masa tu kebetulan ada persembahan silap mata. Jadi sebelum kami layan persembahan tu, kami order ice bread tu ye la baru la syok tengok persembahan sambil makan-makan sikit kan.

Sebaik sahaja sampai di pintu masuk Little Kingdom ni, kami sekeluarga disambut mesra oleh pekerja di situ.

Ini lah Ice Bread yang dimaksudkan. Kalau nak tengok persembahan sambil makan Ice Bread, kita masuk sini dan order je nak Ice Bread perisa apa, then nanti dia hantar ke kita Ice Bread tu di Performance Hall.

Adik beradik kegembiraan.

Little Kingdom menyediakan enam bilik darjah bertema: Little Genie House, Little Alice in Wonderland, Little Alien Spaceship, Little Beast Field, Little Cinderella Ballroom dan Little T-Rex Kitchen, dan menawarkan pelbagai kelas pemerkayaan setiap hari seperti aerobik, pergerakan muzik, seni & kraf, pelajaran lego, seni kitar semula, lakon peranan, bercerita dan banyak lagi. Kesemuanya dikhaskan untuk pelbagai peringkat usia: 3 hingga 6, 7 hingga 10, 11 hingga 15 dan 5 hingga 15. Kelas-kelas lain seperti muzik (piano, vokal, guitar), seni kulinari, akademik (matematik, sains, bahasa, pertuturan & drama), tarian (ballet, hip-hop, k-pop, zumba, berdansa), seni mempertahankan diri (taekwondo, ninjutsu) dan kecergasan sukan (imbangan badan, yoga, aerobik) ditawarkan melalui Pakej Pembelajaran Kendiri Little Kingdom. Seisi keluarga boleh mengunjungi dan memilih kelas mereka daripada jadual harian semasa lawatan mereka atau mendaftar untuk Pakej Pembelajaran Kendiri Little Kingdom.






Setiap kanak-kanak akan menjalani ujian cap jari dahulu, yang telah terbukti 99% tepat, bagi mengenalpasti pola pembelajaran mereka serta bakat semula jadi agar para guru boleh mengkhususkan kursus bagi menyerlahkan dan memupuk bakat kanak-kanak tersebut. Dengan pembelajaran kendiri, kanak-kanak berpeluang untuk belajar dan membesar pada kadar semula jadi mereka, di samping mengenali dan mendalami perkara yang diminati. Dengan mengiktiraf personaliti unik setiap kanak-kanak serta kecenderungan semula jadi mereka dan memberikan mereka kebebasan untuk belajar pada kadar mereka dalam tempoh perkembangan sensitif ini, Little Kingdom bertujuan untuk menggalakkan perkembangan individu, berdikari dan memupuk kreativiti.

Turut disediakan adalah pelbagai persembahan menarik dan berunsur pendidikan, pertunjukan magik harian di Magical Stage (sebuah pentas ‘skrin bergerak’) bagi menceriakan suasana dan masa bersama keluarga! Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga mungkin mendapat layanan khas daripada karektor cerita dongeng Little Kingdom yang mungkin memberikan kejutan di jalan atau sudut berikutnya dengan kemunculan mereka. Little Kingdom juga merupakan lokasi terbaik untuk acara-acara khas dengan dewan acara bertema yang besar, Magical Castle yang boleh menampung sehingga 100 orang. Terdapat pakej sambutan hari jadi yang menawarkan akses penuh kepada taman termasuk tunggangan, permainan, kawasan bermain lembut serta aktiviti yang pasti memeriahkan sebarang peristiwa.


Bermain di Maze untuk mencari barang tersembunyi. Seronok kan? 


Salah satu persembahan yang akan ada di Little Kingdom. Persembahan pentas kat Little Kingdom ni dia tak biar anak-anak duduk tengok je. Mesti akan ajak sekali naik pentas buat apa-apa yang patut.


Kat Little Kingdom ni bukan saja ada kelas-kelas untuk anak-anak belajar. Tapi Indoor Playground pun ada. Dan Indoor playground dia bukan satu je. Ada 4 kalau tak silap aku.


Penyelenggaraan taman ini turut mematuhi peraturan ketat: seperti peralatan yang diimport khas bagi memantau kualiti udara setiap hari; penggunaan khusus biji cassia dari A.S. untuk kawasan bermain pasir kerana manfaatnya untuk badan dan kemahiran sensori kanak-kanak; dan sebuah mesin membasuh bola di mana bola-bola kawasan bermain lembut dicuci dengan kerap.

Sebenarnya kalau datang sini, elok pagi-pagi masa dia baru buka tu. Sebab aku rasa nak main semua benda dalam Little Kingdom ni kamu memerlukan waktu seharian kat situ. Jangan risau, tempat makan ada, tempat solat ada dan jangan risau bagi Ibu yang menyusu, bilik untuk menyusu pun ada. Once dah masuk sini, kamu akan diberi gelang tag untuk sehari. Kira bila masuk situ, then nak keluar kejap makan kat luar Mall then masuk balik Little Kingdom pun boleh.

Little Kingdom dan dibuka dari 11.00pg hingga 9.00mlm setiap hari. Untuk pertanyaan, sila hubungi Little Kingdom melalui email di enquiry_lk@parksonedutainmentworld.com atau layari laman web di www.littlekingdom.asia dan Laman Facebook: https://www.facebook.com/Little-Kingdom-120765881613012/



Sekarang ni, sempena soft launch, ada diskaun sebanyak 50%. Kalau empat sekeluarga tu baru RM100 seharian spend time kat situ. DAN CEPAT, promosi sampai hujung bulan ni sahaja!









2 comments :

Manusia Berubah said...

alaa.. sayangnya promosi sampai bulan ni je eh.. :)
tapi serius baru tahu pasal tempat ni.. hehehehee..

cinta said...

Menariknya. Xtau pn ada tpt ni. Tq share info.