28.8.16

InsyaAllah, Baby Boy


Pada minggu ke 28 kalau tak silap, (atau minggu 24?) kami suami isteri ni saja lah ke Klinik Azaara Ampang atas cadangan kawan aku. Katanya klinik tu buat promosi Detail Scan, Gender Scan dan 5D Ultrasound. Kalau tak silap ketiga-tiga servis tu hanya menelan kos sebanyak RM240. Kira dalam satu pakej tu, include la semua servis tu.

Aku sebenarnya lebih tertarik dengan detail scan je. Sebab nak tau samada jantung baby okay ke paru-paru okay ke. Detail scan ni aku diberitahu boleh detect penyakit-penyakit dalaman organ bayi sejak dari dalam kandungan termasuklah sindrom down dan Alhamdulillah kandungan aku sihat walafiat.

Tapi bila scan, sonographer tu bagi tahu gender anak aku ialah lelaki. Aku tak percaya sebab kepala otak aku dah set perempuan. Tapi dia halakan ke bahagian jantina dan aku boleh nampak la bentuk yang jelas terjuntai di situ.

Yang happy sangat adalah Suami aku.

Sebagai perempuan yang macho, aku masih beraksi rilek je tak rasa macam apa-apa yang seronok pun sebab...entah lah. Sebab aku tak kisah kot baby girl ke boy.

Cuma sekarang, bila dah sarat menunggu waktu ni, aku jadi semakin gementar dengan hakikat memiliki seorang anak lelaki. Adakah affection dia sama? Adakah nanti perlu aku manjakan dia macam aku belai anak-anak perempuan aku? Sebenarnya aku selalu rasa anak lelaki dan perempuan ni layanan dan didikan sepatutnya berbeza tapi;

entah lah. Tengok lah macam mana.








11 comments :

Eima Jer said...

anak lelaki lagi manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaknoe. nak berkepit dengan kita tu lagi dasiat. pelok taknak lepas plak klu tido malam2.


gud luck kak.
kite ada dua anak lelaki
tetiap malam tido macam org tengah buat yoga sbb both nak tido pelok ibu nak tido berbantalkan lengan. HAHAHAHAHAHA

Cik Azz said...

Alhamdulillah. Tahniah untuk Noe dan suami. Moga Noe dan baby sentiasa sihat selalu.

#Tumpang gembira. :)

Chekgu Azrine said...

tahniah sis...semoga selamat dan dipermudahkan urusan bersalin

salam perkenalan

sweet_saya said...

Ape2 anak yg bongsu akan manja masa kecik.. laki or perempuan... tahniah

shida_achik said...

tahniah..lame tak menjengah blog.
semoga dipermudahkan dan selamat melahirkan.

Hilda Raffali said...

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan Allah semua urusan. Selamat bonding with baby Noe.

Yatie Owner said...

tahniah awak :)

hikari said...

Betulle tu. Anak jantan aku dua eko ni haa.. 6 and 4. Adumak aii.. berkepit manjang. Anak jantan mmg akan close dgn mak lah aku rasa.

hikari said...

Betulle tu. Anak jantan aku dua eko ni haa.. 6 and 4. Adumak aii.. berkepit manjang. Anak jantan mmg akan close dgn mak lah aku rasa.

hikari said...

Nota tambahan. Anak jantan kuat nyusu. Sekian.

sophea keisha said...

congrats noe! lamaaaaa sungguh tak jenguk blog, then baca update niee..soo happy for youuu! huuuu nak baby jugaaakk! :D