27.8.16

Maka bermulalah 1 hari bersamaan 1 bulan lamanya

Sebenarnya sejak petang tadi aku dah mula rasa mild contraction setiap 30 minit sekali; dan aku macam dah lupa sebenarnya contraction ni bermulanya macam mana. Kalau dari pembacaan google, memang lain-lain cerita. Tapi yang aku pasti memang sakit yang berkala makin lama makan kerap dan makin kuat.

Sekarang belum kuat lagi. Masih mampu menulis/menaip.

Aku pun dah lupa semasa mula-mula sakit nak bersalinkan Natrah dulu macam mana. Yang aku ingat sakit penghujung yang tak tertahan dek nyawa tu.

Asalnya kandungan aku songsang pada minggu ke 36 jadi aku di rujuk ke pakar di Hospital pilihan aku sendiri untuk nak buat ECV. Hospital Serdang adalah pilihan aku kali ni. Oleh kerana suami aku bekerja di Hospital Kerajaan, maka aku guna je lah GL dia untuk mendapatkan wad kelas pertama kononnya. Kalau guna GL aku dapat kelas ke-2 je di hospital kerajaan.

Bila tiba masa temujanji, doktor beritahu, kalau ada previous scar (Sabrina c-sect), memang tak boleh nak buat ECV sebab takut komplikasi terhadap rahim. Punyalah tak best kan c-sect ni kesan sampai 7 tahun pun masih akan boleh sebabkan macam-macam perkara bahaya.

Dan selepas itu Doktor pun terus bagi aku tarikh 17 Ogos 2016 untuk dibedah. Aku kecewa sangat waktu tu. Kecewa sebab tak boleh nak melahirkan secara normal. Sepanjang perjalanan balik dari Hospital Serdang ke rumah aku senyap je.

Sampai rumah aku baring je - menung - nangis. Ulang. Sebab;

Aku dah usaha macam-macam untuk tidak beranak secara pembedahan. Aku ni takda masalah kesihatan langsung kalau pregnant. Kencing manis takda. Darah tinggi takda. Cuma mengGajah je la macam kebiasaannya. Tapi aku tak malas-malas. Trimester pertama mungkin aku melepek la waktu rehat tengahari aku akan tidur sejam. Tapi lepas tu tidak. Aku berjalan sana sini. Hari-hari. Housecore macam biasa. Aku takda mengada sikit-sikit MC; aku cuma MC 2 kali pun sebab semput menyerang - dan doa yang tak putus-putus.

Sekali bayi dikata songsang pulak. Rasa sangat sedih terkilan down dan macam-macam lagi lah tapi dalam masa yang sama aku tak berhenti juga usaha cuba petua yang ada. Kata petua suruh sujud lama sikit; aku sujud lama sikit. Aku dan suami usap-usap perut aku dan pujuk baby supaya pusing lah bantu Amak ni bersalin normal. Walau orang kata, pada usia kandungan 36-37 minggu, peluang nak pusing tu tipis sangat. Atau takda langsung.

Sampai pada tarikh 16 Ogos tu dengan berat hati aku packing segala keperluan di wad. Serah diri untuk dibedah pada keesokkan harinya. Siapa suka perut nak kena tebuk ni? Kalau ada orang suka mungkin ada lah tu sebab-sebab kukuh yang tersendiri. Aku tak suka. Aku pernah rasa dua-dua dan aku prefer lah normal lagi. Nama pun normal.

Sampai di Hospital Serdang, macam biasa Hospital Kerajaan yang tak pernah tak ramai orang, kami menunggu entah berapa lama. Sampai nama aku di panggil, buat ultrasound, sekali baby dah tak songsang dah. Doktor suruh balik je dan tunggu saat sakit bersalin normal.

ALHAMDULILLAH!

Dan kini, sudah kurang lebih 40 minggu, bermulalah 1 hari menunggu rasa macam 1 bulan lamanya. Sakit dah rasa. Kejap ada kejap hilang. Kejap berkala kejap dia diam pula. Apa pun aku tetap bersyukur, baby dah tak songsang. Dan aku harap sangatlah kali ni berjaya bersalin normal lagi.







4 comments :

Aty_Fared said...

semoga di permudahkan urusan Noe.. dan semoga selamat melahirkan permata baru.. ibu dan baby sihat jugak.. insyaa Allah.. amin...

Zhi said...

saya doakan semuanya dipermudahkan Noe .. InsyaAllah..

wanie said...

semoga dipermudahkan kak noe. insyaAllah, amin.
sama mcm baby saya haritu, dah kena admit wad pon, esoknya nak buat ecv, bila time scan before ecv, dah pusing elok dah. rasa mcm nak lompat bintang hahaha. sbb 1st baby normal, so takmau laa 2nd tuh kena operate. alhamdulillah 5 hari lepas tuh bersalin, normal :)

Nora Alias said...

-Ya Allah! Faham sangat perasaan mcmmana bila kita dan baby tak ada masalah, pastu tetiba tak boleh bersalin normal.

Saya kena dengan anak ke-2. Mengandung dh mcm bunting gajah sampai 42wks, badn lagi xyah cerita la, sipi2 kot tepi dah mcm gajah. Sakit nak beranak dari 4am sampai 10pm. 10.30pm Doc bgtau dah xada progress, emergency c-sect. Menangis mcm apa dah. Alhamdulillah semua selamat walau xmencapai impian nak beranak normal.

Semoga selamat semuanya LadyNoe, sihat mak dan baby!