6.10.16

"Saya taknak gunting..taknak jarum.."

.."saya nak pergi hospital untuk teran je," aku beritahu suami aku macam tu. Waktu ni aku tengah berbaring dan suami aku usap-usap perut aku; dan waktu ini juga aku dah mula rasa mild contraction. Very mild. Aku tahu ini bukan false contraction lagi. Aku dah sedia.

Terus terang, aku takut sikit dengan prosedur-prosedur di hospital yang selalu dipersiapkan sebelum ditolak ke dalam dewan bersalin. Cucuk jarum kat tangan la. Cucuk tiub kencing la. Dan seluk berkali-kali nak cek bukaan rahim. Dan macam-macam lagi lah. Nurse juga pernah bagitahu aku, dah sakit 5 minit sekali baru datang serah diri. Aku baca mana-mana blog pun memang tulis perkara yang sama.

So aku pun tunggu sakit 5 minit sekali.

Sakit contraction aku tak macam kebanyakan orang. Ramai orang cerita sakit pagi ni, petang dah bersalin. Sakit tengah hari, senja dah bersalin. Ada yang sakit 2-3 jam. Ada yang sejam. Aku tak. Sakit aku makan tempoh berhari. Macam Natrah dulu aku sakit 3 hari. Dengan anak kali ni sakit 2 hari. Tapi dimulakan dengan sakit yang very mild lah. Yang aku boleh main-main lagi dengan anak aku. Aku boleh berenang-renang lagi di swimming pool rumah dengan anak suami. Malam tu aku boleh lepak makan makan lagi. Boleh cuci bilik air lagi. Boleh jalan-jalan. Bila 15 minit sekali sakit datang, aku berhenti kejap ambil nafas. Gitu lah. Tapi bila dah masuk strong contraction (10-7 minit sekali) memang aku limitkan aktiviti. Jalan jalan dalam rumah yang sekangkang kera je lah.

Aku install satu APPS dalam telefon pintar aku. APPS untuk kira tempoh dan frekuensi setiap kali kontraksi terjadi. So aku pun kira lah. Malam pertama memang tak dapat tidur la kan sebab kontraksi dah semakin kuat. Tapi aku boleh tahan lagi. Selagi belum 5 minit sekali, aku nekad taknak pergi hospital lagi. Buatnya datang dewan bersalin, sekali nurse suruh balik. Buang masa juga. Setiap kali sakit, aku akan duduk bersila bertemu tapak kaki dan tundukkan badan. Entah apa nama spesifik untuk gerakan ni aku pun tak pasti. Memang lega lah. Takda lah sakit macam nak bersalin Natrah dulu (sebab masa tu aku tak tau)

Drama bermula pada jam kurang lebih 7 malam pada hari kedua macam tu. Masa tu aku rasa macam kesakitan tu dah intense sangat dah. Sampai tahap aku menangis lah tiap kali kontraksi tu datang. Macam mengalir air mata sambil mulut tak henti-henti zikir. Aku gigihkan juga mandi petang macam biasa..sebab bila bersiram dengan air suam tu memang lega sikit la sakit tu. Kesian rumah aku tak ada bath tub kalau tak memang aku berendam sepanjang hari. Tapi skala kontrkasi belum lagi 5 minit sekali. Masih 7 minit sekali. kadang 10 minit sekali. So aku rileks lagi.

Suami aku dah paksa-paksa pergi hospital dari petang lagi tapi biasalah aku kan degil. Aku memang dah bajet malam tu aku akan bersalin juga cuma macam aku cakap sebelum ni, aku nak pergi hospital untuk nak teran je. haha. So aku minta suami aku keluar pergi kedai tapau makanan apa patut. Nak dinner lah konon kan. Dalam jam 8 lebih suami aku keluar, sebelum tu dia cek APPS aku tu, skala kesakitan dari 7 turun ke 6 minit sekali. Tiba-tiba 2 minit sekali. Lepas tu naik 10 minit balik. Lepas tu turun 4 minit. Masa tu dia kata dia dah tak sedap hati. Tapi aku cakap "boleh lagi"

So dia pun keluar tapau makanan.

Sementara suami aku keluar, mak aku yang dah ada standby kat rumah aku, teman kan aku dalam bilik. Dia duduk di tepi aku tapi yang kelakarnya tiap kali aku sakit, dia pandang je. Dia kata dia tak reti nak buat apa. Sebab masa dia sakit bersalin dulu tak teruk gaya macam aku. Macam aku cakap, mak aku jenis Allah kasi rezeki, sakit pagi, petang dah beranak tapi masa nak beranak tu boleh jalan-jalan lagi. Aku sakit siap mengerang, berzikir pun dah bunyi lembu dan merengek menangis macam budak kecik tak dapat cikedis.

Masa tu aku rasa, sumpah, sakit bersalin kali ni lebih sakit dari nak lahirkan Natrah dulu. Natrah dulu aku boleh senyap sambil mengigil lagi. Kali ni tak boleh diam. Nak jerit aku jerit. Nak mengerang aku mengerang. Nak merangkak aku merangkak. Cangkung pun sudah. Tak tau la mungkin sebab kat rumah sendiri kan. So sukati aku la nak buat apa untuk lepaskan rasa sakit. Kat Hospital nanti bunyi merengek halus pun nurse marah wey.

Jam 9 lebih suami aku balik bawa makan aku dah takda selera nak makan. Sakit dah tak tertahan. Suami aku suap aku sesudu je lepas tu aku tak boleh nak masuk. Suami aku terkejut tengok skala dari 7 minit terus drop ke 2 minit sekali. Kami ingatkan lepas 7 tu dia pergi 5 minit dulu. Tak. Dia lompat ke 2 minit terus. Suami aku ajak pi hospital aku suruh dia makan dulu. Aku nak solat isya dulu. Suami aku cakap tak payah dah darurat. Aku cakap, aku takut mati japgi, Isya tak buat lagi. Dia diam, pi makan laju-laju. Waktu tu aku solat pun dah entah macam apa. Menangis-nangis bila kontraksi datang.

Dipendekkan cerita, masuk je ke dalam kereta, aku pesan ke suami aku "Jangan bawa laju-laju" dia kata "Ye lah". Tapi dalam kereta aku dah tak boleh blah. Kat rumah, sakit, aku boleh membongkok meriuk bagai, dalam kereta? Dah la aku besar gemuk apa posisi dan gerakan pun susah. So setiap kali sakit, aku jerit sekuat hati. Jerit yang sangat sangat sampai suami aku nangis kat sebelah (apsal nangih? haha) Masa tu aku rasa Hospital Serdang tu jauh gila. Dan suami aku pun tak hirau dengan pesanan awal aku tadi, dia terus pecut. Aku pun dah tak kisah. Aku dah tak boleh duduk sebab rasa macam ada benda keras kat bawah punggung aku. Sakit bukan main macam seluruh kesakitan dalam dunia ni; bisa, sengal, pedih, luka, perit; berkumpul dalam badan aku ketika itu.

Sampai unit ginekologi Hospital Serdang, nurse boleh watlek watpis sebab ye lah orang dah berpengalaman. Mesti dah biasa hadap pesakit macam aku. Aku ditolak dengan kerusi roda sambil menangis-nangis. Sampai je ke bilik rawatan, aku cakap "Saya nak bius," sambil merengek. Nurse nurse kat situ gelak. Diorang cakap aku merepek. Doktor cek bukaan, dah 9cm! "Awak nak bius apa lagi dik..dah nak bersalin ni.."

So terus tolak dalam Dewan Bersalin. Semua berlaku cepat. Aku nampak suami aku sarung baju putih dan berdiri di sisi aku. Selepas nurse aturkan posisi, aku disuruh meneran. Suami aku cakap, teran kali pertama tu dah keluar separuh kepala. 3 kali teran, bayi keluar meluncur. Tak sampai 5 minit aku duk situ untuk melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Thaqif Ibrahim ni.

So memang tercapai lah impian aku, "Taknak gunting, taknak jarum, saya nak pergi hospital untuk teran je.."

Hiks. Alhamdulillah impian tercapai. Aku tak kena guntingan episiotomi yang menyeramkan itu pun. Tapi apakan daya aku terangkat punggung sikit, jadi ada lah luka kecil yang nurse kata tak sampai 5mm pun. Kena jahit sikit. Dan malam tu, aku bermalam di wad, kena jugak cucuk jarum sebab nak ambil darah. Hahahahhadoi, lupa nak doa lebih-lebih supaya selepas bersalin pun takkan kena cucuk cucuk jarum ni. Sekian.





15 comments :

Juls Julie80 said...

salam ziarah..

Alhamdulillah....

tahniah sis...doakan saya berpeluang jugak rasa pengalaman tu.. :)

#StillWaiting

Irfa said...

Adoiiii ttiba pulak teringat meneran 9 bln lps. Mujur lah rezki sakit kejap je. zohor start sakit , smpt solat. Pukul 3 brsalin . Alhamdulillah jugak rezki x koyak x jahit. Pendek kt, rezki brsalin ni mcm2. Apapun alhamdulillah semua slmt

BaTiK_PiNk said...

Ok, tergelak sama bila baca bab nurse gelakkan masa dah 9cm tu!
Anyways, congratulation akhirnya dapat baby boy, sampaikan peluk cium dari auntie yang jauh ni ye....

ieja_abu said...

sep sikit! alhamdulillah sy pun sampai hosp pukul 10 malam, 10.19 mlm baby dah keluar. air ketuban pecah dlm kereta. dlm kereta tu mmg siap husband kena tumbuk kna cubit, kena gigit. syukur laki pasrah je. hihi.

Nur Basirah said...

Alhamdulillah rezeki sgt dimudahkan bersalin. Contraction sakit camne pon tp kalau kat umah boleh tahan lagi kot drpd kat spital kene bising je dgn misi hehe. Semoga baby Thaqif sihat2 dan semua urusan kak noe dipermudahkan :)

chiku the chucuru said...

syoknya sampai hospital terus teran keluar. tapi sementara nak sampai tu, mmg hazab la hai. yang penting suami ada je di sisi.. tapi part yang menjerit dalam kereta smp husband nangis tu(nangis aphal) - > ni rasa tergelak pula membacanya..

Luvbiscuit Lissa said...

Tahniah noe!

sofiya said...

Tak tau kenapa termenangis baca post akak.. Indahnya pengalaman bersalin (walaupun bunyinya sakit). Saya baru first time pregnant. Suami pulak outstation 3 bulan. Ah emosi pula.

Tahniah akak Noe. Alhamdulillah.

Aneesah said...

MashaAllah! Congratulations kak noe! :) Love your writings as always. Menghiburkan! Hee.

Moga Thaqif jadi anak soleh & penyejuk hati ibu bapanya. May Allah bless your entire family too!

Manusia Berubah said...

hahahahaaa.. gelak sambil tahan airmata.. apasal 'best' sangat pengalaman Noe bersalin ni..! :p

bab dalam kereta tu paling win.. aku dah macam duduk kat belah belakang tukang tambah jerit.. "lajuuuuuu la lagi.. cepat skit sampai..!!" and of course dengan airmata berjurai2 juga.. maaf lah mak emo lebih nyah..! :)

apapun tahniah.. baby boy akhirnya.. nama pun sedap.. semoga membesar hero tu sebagai anak yg soleh dan berjasa kpd Ammak Appak..

:)

Safuan H Kamarudin said...

salam ziarah.. tahniah atas kelahiran..

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

subhanallah mudahnya noe..
kali ke5 ni harapnya xmau lalu semua prosedur tu..

Pots said...

noe daring giler!! hahaha alhamdulillah selamat

Shiela Rahim said...

gila kuat bole betahan sampai bole beranak sesampai kt spital!
hebat!
anyway..tahniah sistah :)

jas imran said...

hahaha... dalam saspen bleh aku tergelak baca adengan dalam keta...
cerita bersalin memang cerita paling saspen kan kat dunia ni kan... part sakit makan hari tu kita memang geng noe... haifaif!