11.10.16

Thaqif Ibrahim

Sebaik sahaja aku dan suami tahu anak yang dikandungkan berjantina lelaki, masing-masing pun mula lah terfikir akan nama yang bakal diberikan nanti. Bila bincang tentang nama, suami aku nak kan nama Thaqif yang bermaksud "yang bijak dan mudah faham".

Aku mahu kan nama Ibrahim.

Ibrahim ni, setahu aku tak ada makna yang spesifik dari segi literal. Cuma ianya nama seorang Rasul kita yang signifikan dengan mukjizat dan kebesarannya selepas Rasul kita Muhammad SAW. Aku suka nama Ibrahim sebab ia mendukung peribadi seorang manusia yang kuat, berani dan lebih lebih lagi boleh la rujuk di link ini (LINK: quranic name. bagus untuk rujukan)

Bunyi Ibrahim tu pun dah kedengaran sangat "kuat" pada aku. Plus, ada ciri-ciri klasik la dalam masyarakat kita. Macam nama anak-anak perempuan aku sebelum ni, yang aku rasa ada elemen klasik sikit. Lepas tu aku tak suka nama panjang-panjang. Aku suka nama satu je. Sabrina. Natrah. Ibrahim.

Tapi apakan daya. Suami aku tak boleh nak beralah bab nama anak sebab dia kata dia dah lama teringin nak kasi nama anak. Bergaduh gaduh juga kami tentang hal ni. Aku dengan suami aku ni memang selalu bercanggah dalam banyak bab. Lama-lama aku pun dah malas nak perang bergaduh kat WhatsApp. Dengan penat mengandungnya. Aku pun mengalah dan cadangkan untuk gabung je idea dia dan idea aku. Samada Ibrahim Thaqif atau Thaqif Ibrahim.



Jadi, suami aku decide, Thaqif Ibrahim dan dia pun teruja sebab bagi dia nama tu sedap dan makna pun elok. Dia punya suka nama Thaqif Ibrahim tu, bayi dalam kandungan belum keluar lagi, ada dalam sebulan dua lagi tapi dia dah war-war sana sini dan dah mula panggil-panggil dengan nama itu ketika sesi mengurut perut aku.



Sekarang Thaqif Ibrahim dah lahir, semua panggil Thaqif je. Nama Ibrahim ni aku rasa akan dipanggil sekali dengan nama penuh ikut kesesuaian situasi je nanti; macam

"Thaqiffff..pergi mandi.."
"Thaqifff.. mandiii.."
Kali ketiga dia tak mandi lagi,
"THAQIF IBRAHIM!!!! Mandi!!"

Tak, tu situasi contoh je. Tak doa anak degil pun. Hiks.


Kini Thaqif Ibrahim sudah pun berumur 1 bulan. Dah mula 'dapat mata' dan dah reti pandang aku sambil 'mengadu-ngadu'. Okay lah tak tau nak sambung apa dah. Bye.





7 comments :

Cik Azz said...

Alhamdulillah. Akhirnya ada hero untuk jadi kawan gaduh Natrah dan Sabrina. Tahniah Noe dan suami. Nama baby boy tu dah sedap dah. Comel baby tu.

Hayati Suhari said...

Assalamualaikum Thaqif Ibrahim. Sedap nama & tahniah Noe.

Liyana said...

tahniah sistur.
amak dah ada bf kecik :D

Pn Daisy said...

lebih afdal sekiranya ayah yg beri nama anak. mcm sy dulu...kalau anak lelaki suami bg nama kalau anak perempaun isteri bg nama. keluarnya anak perempuan..last2 gaduh jugak la nk bg nama...akhirnye redha je la suami yg bg nama.

dalin ali said...

Noe tahniah.
Semoga TI jadi anak yang soleh membawa ibu bapanya ke syurga.

Manusia Berubah said...

Thaqif Ibrahim.. perfect dah tu.. hehehehee..

dan seulas bibir seksi itu.. alahaaaiii.. bikin bergenang airmata.. :)

Amyz Lie said...

Alhamdulillah. Sedap sangat nama Thaqif Ibrahim ni Noe. Dah la sedap. Maksud pun baik-baik saja. Mesti kalau malaikat panggil nanti senyum-senyum puji mak ayah dia pandai bagi nama baik2.


Hahaha. Akak pun sama gak. Bila panggil nama anak, kali ke tiga mesti nama penuh. Baru laaa 6 tahun. Hukss!