23.12.16

Syurga

Baharom sahabat aku dah berkahwin hampir 10 tahun tapi masih belum dikurniakan cahayamata sampai lah sekarang, dia dikurniakan rezeki isteri dia sedang hamil dalam 4 ke 5 bulan gitu lah. Aku pun tak ingat. Waktu mula-mula dia beritahu kami (aku dan kawan-kawan lain) yang isterinya Alia disahkan hamil, kami rasa gembira sampai tahap termenitis lah air mata. 

Alia yang dah biasa lasak, walau mengandung, dia nak melasak juga. Padahal usia dah lanjut. Penyudahnya, seawal 4 bulan, Alia dah mula rasa sengal di pangkal serviks. Jenis sengal di pangkal serviks ni, aku dah merasa semasa mengandungkan Natrah. Masa tu kebetulan dengan berjalan banyaknya. Siap ke umrah memimpin orang. Kebetulan baru pindah rumah lagi jadi barang-barang, mengecat dan mengemas semua aku buat seorang. Badan rasa kuat, tapi seawal 6 bulan aku dah rasa sakit di pangkal serviks. Ingatkan simptom biasa, tapi bila cek, doktor sahkan - otot serviks koyak sebab banyak buat kerja berat.

Sakit dia memang tahap kau nak berjalan, berpaut dinding. Aku menanggung sakit tu dari 6 bulan Natrah di dalam perut, sampai la dia keluar.

Baharom dah 10 tahun menunggu anak. Jadi aku boleh nampak dia punya risau. Dia punya mengagau sana-sini tanya pendapat. Teserlah sifat budiman Baharom sebagai seorang suami tu. Gigih pergi belikan girdle untuk Alia. Aku gelak gelak juga tengok gelagat Baharom. Risau bukan main. Nak nak bila Alia berdegil nak ikut team pejabatnya masuk hutan Taman Negara. Apa lagi, nak melasak la tu.

Ditegah, degil juga. Ditegah tegah lagi. Degil juga lagi dan lagi. Biasalah tu. Tapi bila bawa jumpa doktor, sekali saja doktor kata jangan, Alia terus menurut.

“Aku ni syurga dia tau Noe. Syurga dia tegah, dia degil. Bila orang lain tegah, terhangguk-hangguk baru lah nak dengar. Tak melawan langsung!”

Aku gelak. Aku nak jawab;

“Dah syurga tak rupa syurgaaaa..cemana bini nak dengar” tapi dalam hati je sebab aku rasa macam tak sesuai pulak aku nak bergurau kasar macam biasa.

Jadi, aku jawab “Alaaaahhh biasalah macam tuuuu..perempuan ni memang degil sikit nak-nak time dia pregnant..aku dulu gitu juga”

“Tu la kan?” Baharom pun berlalu.

Aku senyum lagi.

Teringat tiga anak pengalaman mengandung yang berbeza. Seingat aku, mengandungkan Thaqif ni la perangai aku “lain macam sikit”.

Sebab anak lelaki kot?

Hiks.


p/s: hari JUMAAT ni, mari kita sama-sama doakan isteri sahabat aku (yang juga dah jadi kawan-kawan kami) selamat mengandung hingga melahirkan; dikuatkan rahim, dipermudahkan bersalin, dan anak sihat menjadi anak soleh/solehah. :D.

p/s: Baharom, kalau kau baca ni, jangan marah ya? Aku geli hati tengok kau merungut-rungut hari tu. Also, for nama Baharom untuk ganti nama sebenar kau. Hiks. :D


9 comments :

InaYusoff said...

ke name dia shukur?..

:p

Ladynoe™ Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
Ladynoe™ Mohamed said...

hahah shukur pun bukan nama sebenar. Tukar Baharom instead of Shukur sebab takut orang keliru dengan ayat perenggan keempat.

Ainal said...

hahaha
insyaAllah dipermudahkan untuk Baharom (bukan anma sebenar) dan isteri

InaYusoff said...

heheh..

semoga dipermudahkan segala urusan kawan awak noe..

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2138] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2138] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

wanita abd mutalib said...

kelakor le noe ni hik hik

Cik Azz said...

Moga Allah permudahkan urusan isteri Baharom (bukan nama sebenar) tu. Aamiin.