15.1.17

Young Living Essential Oil : Obsesi Aroma terkini.


Aku rasa ramai di kalangan kita gemar benda wangi-wangi ni. Wangi dengan segala benda. Bukan setakat wangi badan, tapi wangi kat rumah kat bilik kat toilet. Sebelum ni di rumah aku memang tak putus stock essential oil. Dari yang murah sebotol RM3.90 je, sampai lah yang mahal-mahal sikit macam Crabtree & Evelyn misalnya. Mahal murah bukan isu la cuma kalau aku jalan-jalan, pastu jumpa essential oil yang wangi, ada duit, aku beli.

Antara wangian essential oil yang jadi kegemaran aku ada ialah Teddy Dream, Rose dan Honey Suckel dari Teddy Tales Lovely Lace. Rosewater, Lily dari Crabtree & Evelyn dan wangian essential oil dari brand lain yang tak dikenali pun.

Cuma baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan Young Living Essential Oil yang diyakini dapat meningkatkan lagi taraf kesihatan kita seharian. Aku tak pernah cuba banyak pun bau-bau dari Young Living ni. Baru berjinak dengan 3 aroma iaitu;



Aroma Lavender yang membantu aku untuk melegakan sinus bila bangun pagi-pagi. Untuk kesan yang lebih best, aku sendiri terfikir untuk letak sebutir cengkih di dalam oil burner sekali dengan 5 titisan Lavender Essential Oil Lavender dari Young Living ni.

Ia berfungsi utk menggalakkan pertumbuhan tisu- tisu kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka. Dari segi medical property, lavender ni bersifat antiseptic, antifungal, anti inflammatory, reduce fat / blood cholesterol dan menyahkan sebum berlebihan pada kulit. Memang sangat sesuai untuk siapa yang ada skin condition contohnya ekzema, psoriasis, akne, jerawat, imsomnia dan sebagainya. Dari segi aroma, lavender dapat menenangkan perasaan, menyeimbangkan keadaan fizikal & emosi. Penggunaan kerap akan meningkatkan gelombang beta dalam otak yang dapat membantu kita untuk lebih fokus dan tajam fikiran. Disamping itu, lavender dapat memberi kesan relax serta kurangkan rasa kemurungan. 




Kesimpulannya, essential oil lavender sesuai untuk kulit dan juga untuk tujuan dapatkan ketenangan. Untuk kulit, disarankan apply pada tempat yang terlibat dengan mencairkan essential oil lavender dengan apa2 minyak yang boleh diminum ie. vco, olive oil, sunflower seed oil etc. Untuk tujuan dapatkan ketenangan, boleh titiskan 1 - 2 titis di tapak tangan. gosok dan tekup pada hidung. Hidu sedalam - dalamnya untuk 5- 10 nafas. Elok sangat bila aku amalkan bila aku tengah stress atau sebelum tidur malam. Cara lain, dengan menggunakan diffuser. Tiada dos tertentu untuk mengggunakan Essential Oil lavender.

Kedua, yang jadi kesukaan aku sangat-sangat ialah Peace & calming II. Aku akan titiskan essential Oil Peace and Calming ni waktu petang semasa balik dari pejabat. Rasa tenanggggg sangat tak tipu punya. 

Ianya ialah essential oil campuran dari : - Tangerine, Orange, Ylang Ylang, Patchouli dan Blue Tansy

Secara keseluruhannya, ia digunakan untuk meningkatkan rasa relax, ketenangan jiwa, mengurangkan ketegangan emosi dan meningkatkan semangat. Apabila dititis & gosok di tapak kaki pada waktu malam, atau di hidu, ia sememangnya dapat memberi kerehatan yang sangat menenangkan. Malah, essential oil ini dapat kurangkan rasa kemurungan, kebimbangan, stress dan imsomnia. Peace anf Calming ini amat sesuai untul ibu - ibu yang ada ramai anak kecil dan juga boleh digunakan kepada anak2 yang kadang - kadang bertelingkah sesama adik beradik sendiri. Tapi aku belum cuba lagi kat anak-anak. Untuk botol essential oil Young Living yang pertama ni, aku nak bereksperimen dengan diri seniri dulu. 

Bila aku diffuse Peace & Calming ni kan, aku rasa macam, Ya Allah maha hebatnya Kau yang mencipta tumbuhan yang gabung-gabung gini boleh dapat bau yang ransang ketenangan badan macam niiii.. gituhhh; dan untuk pengetahuan kamu, semasa aku menulis blog ni pun, aku tengah diffuse aroma Peace & Calming.

Aroma ketiga ialah spearmint. Tak banyak yang aku tau tentang spearmint ni sebab aku dapat pun sample je free gift. Tapi kalau kamu nak tahu lanjut tentang essential oil dari Young Living ni, aku cadangkan kamu hubungi saja

NADIRAH : 017 247 7986
ig : yleo_abundance

Kalau kamu nak lebih banyak info tentang Young Living Essential Oil ni, kamu boleh terus sahaja ke Pinterest dan search Young Living. Young Living ni dah terkenal satu dunia tau. Cuma kat Malaysia ni baru nak menempatkan nama. Kat Pinterest kalau kamu search, kat situ ada banyak resepi essential oil yang kamu boleh praktik untuk tujuan yang berbeza. Contoh;









Ok? Selamat ber-aroma dengan essential oil YOUNG LIVING! Jangan lupa untuk hubungi 

NADIRAH : 017 247 7986
ig : yleo_abundance




3 comments :

Wawa Yusoff said...

hihihihi. obeses tu kita pahammm sangat. hehehe

Manusia Berubah said...

selagi belum cuba memang ada rasa was-was, betul ke mujarab ni..? hehehehehee.. tapi sebab ramai dah cuba dan cakap yg baik2 tentang benda ni, aku rasa macam tak nak ketinggalan juga ni.. haiiihh..! :p

...

aunieZ Haziqah Auni said...

kak noe..nanti try stress away..kalau tengah marah ke risau ke gelisah..pakai stress away..insyallah kejap je hilang rasa sume tu..fav saya hehe