28.3.17

Teringat Kisah Lama

Baru-baru ni ada benda jadi dalam hidup aku. Benda tak besar. Kecik picisan je tapi buat aku teringat banyak benda dalam hidup aku termasuklah cerita yang aku nak kongsi jap lagi.

Dari dulu, aku jenis malas sikit nak berbalas kat media sosial. Malas nak bergaduh. Malas nak melawan tuduhan. Malas nak bermati-matian. Sebab aku rasa benda tu benda bangang. Perbuatan tu takda faedah. Sebab tu orang kutuk aku dalam blog, aku diam.

Orang tuduh aku macam-macam seolah-olah dah pernah kenal aku sejak azali, aku diam. Orang bash aku kat mana-mana forum, aku diam. Orang maki aku kat SMS aku diam. Sebab penat nak berlawan taip panjang-panjang. Menaip penat. Nak menghadap semak otak pun penat. Kalau orang terasa, aku cakap “Maaf”. Kalau orang salahkan aku apa-apa, aku cakap “Sorry” atau aku diamkan je walau aku tau aku tak salah. Dan dia bangang.

Aku lebih suka kalau kau confront depan-depan. Apa kau tak puas hati kau cakap.

Dulu, zaman sebelum wujudnya media sosial ekstrim;

pernah sekali entah mana hujung pangkal ada sorang minah ni nama dia Sasha. Sasha ni nama sebenar yang aku tak rasa bersalah nak disclose pun sebab masa tu dia ni memang..tahlah. Tiba-tiba sms aku (zaman tu zaman takdak smartphone so SMS ja lah) maki maki aku katanya aku rampas pakwe dia. Aku pun pelik lah aku ni duduk diam-diam belajar kat Johor tiba-tiba dituduh rampas pakwe dia kat KL.

Maki-maki maki macam aku ni tak guna satu sen pun. Kau sebutlah apa saja makian tu semua aku dapat masa tu. Aku memang ada lah sekali terserempak dengan pakwe dia; waktu tu aku nak pergi lunch. masa tu itupun sebab terserempak aku buat latihan industri di Kelana Jaya; dia tegur “Eh Noe, lama tak jumpa ko nak pi mana jom la lunch sama” “Malas la next time la aku nak cepat ni” tiba-tiba aku tak pasti tang mana aku nak cuba rampas pakwe dia. Dah la tak pernah kontak-kontak lepas tu. Marahnya aku rasa bukan kepalang tapi aku diam je. Seingat aku, aku mesej si pakwe dia aku suruh dia setel makwe dia yang gila meroyan tu. Oh ya pakwe dia tu memang kenalan lama aku sejak aku sekolah menengah.

Kau bayangkan punyalah gila minah tu 2 minggu dia maki aku tanpa rehat, tapi 2 minggu tu juga aku buat bodoh je menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar politeknik yang cemerlang. Gitu. Sampai lah satu ketika dia sentuh point yg betul-betul membakar baran aku iaitu maki ahli keluarga dan mak bapak aku yang langsung takda kena mengena dalam masalah hidup dia. Dia panggil mak aku anjing. Abah aku anjing.

Aku tanya ko kerja mana? Dia jawab “Obrien iOi Damansara, kalau kau berani, kau datang sini. Kita setel” suara halus comel-comel je aku dengar minah ni mencabar aku. Tak padan dengan gila.

Aku cakap, “Kau tunggu esok aku sampai”. Esoknya, Khamis hari tu aku beli tiket seawal pagi (aku tak igt jam berapa) tapi aku sampai KL petang, aku terus shoot ke Obrien iOi. Niat aku satu je. Aku nak cekik dia. Aku nak tumbuk muka dia sampai berdarah hidung. Aku malas nak cakap apa-apa. 2 minggu aku sabar. Mak dia entah 20 minit dia merengek masa kecik dulu pun dah bagi pelempang agaknya.

Aku sampai, aku tanya pekerja Obrien tu, mana minah sentul tu? dia jawab, minah tu masuk jam 4 petang. Aku tunggu sampai jam 4 petang. Minah tu tak datang. Sampai malam tak datang jugak. Last-last aku dah dapat rasa minah tu memang bacul berani main SMS je bila ajak jumpa kecut; jadi aku pun balik.

Aku balik rumah, aku cerita ke Mak dan Abah aku. Aku tau rumah dia, aku cakap aku nak pergi rumah dia. MUJUR ya. MUJUR, mak abah aku kata jangan teruskan baran aku tu.

Cerita ni panjang lagi tapi aku nak habiskan je kat sini.

——

Dalam hidup ni kau akan jumpa macam-macam orang hanya dengan berbaring di atas bantal empuk beralaskan tilam kabu. Kau buka media sosial kau, kau boleh cerita macam-macam (macam yang aku tengah buat ni). Kau boleh nilai orang macam-macam.

Kau boleh tengok orang mengutuk orang tapi perangai dia sebijik macam orang yang dia kutuk tu. Kau boleh tengok orang bercakap tak serupa bikin. Kau boleh tengok budak sekolah guna bahasa biadap dengan orang yang umur sama macam mak bapak dia. Kau boleh tengok si bacul yang boleh memaki hamun sana sini tapi bila dia kena maki balik, dia mula berlagak jadi mangsa. Kau boleh jumpa macam-macam manusia. Kadang-kadang kau jumpa orang yang tiba-tiba je bercakap benda yang kau tak buat sampai tahap kau mintak Ya Allah, kau bagi lah manusia ni rasa apa yang aku rasa, hadap apa yang aku hadap sekarang ni.

Tapi yakinlah, kebanyakkannya berani bergendang dari jauh bila ajak jumpa, kecut macam kismis dah tamat tempoh.

Jadi kalau kau kena apa-apa kat media sosial ni, atau apa-apa ancaman yang dilancarkan dari jarak yang kau tak tau pun kat mana malaun tu berada, atau kau tak kenal siapa dia; kau diam je lah. Of course kau akan terasa. Marah. Bengang. Aku pun sama. Kau boleh kesan yang aku emo semasa menulis cerita kat atas ni. Benda dah lama pun, teringat balik rasa bengang walau dah lama. Tak dendam pun. Cuma aku manusia tipikal yang bila teringat kenangan pahit, aku akan rasa tak best.

Cuma, jangan layan. Kalau boleh tamatkan perbualan segera. Mengalah atau mendiam tak semestinya kau salah. Marah macam mana pun, jangan layan benda bangang. Cubalah.


p/s: aku emo tau masa ingat balik dan tulis kisah ni. 



8 comments :

Lina Affendi said...

Ah MUJUR sangat ada nasihat mak abah. Kalau tak, nak juga tau ending KALAU pergi jumpa si sentul tu.

flytia said...

Hi Noe. This is a really good reminder.
Thanks for writing this.

aizamia 3 said...

2 minggu dia maki aku tanpa rehat.. ayat ni win.. :)

Bila baca entry ni terasa akak berada di situasi ni. Dahlah mood hari ni tunggang-langgang.. baca ni rasa panas je hati.. TAPI bila part mak dengan abah bagi nasihat.. terus jadi sejuk.. Allahuakbar.. itulah berkat kasih sayang mak dengan abah.

Moga mak dengan abah kita semua sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian hendakNYA.
(eh! out of topic pulak).. buat minah tu.. kalau macam tu punya perangai, kena tinggal hai2 bye2 lah jawabnya..

*maaf akak pun turut geram jadinya., yang lelaki tu pun satu hal, awek sorang pun takleh handle.

wanita abd mutalib said...

ala.. nak tau ending heee :)

mrs.smile said...

i feel you!

Nur Aishah said...

salam sis..ahhhh dah lama tak baca blog sarkastik2 mcmni.. dulu zaman i remaja2 early year 2000.. mostly journal guna wording2 mcm ni.. sempoi tapi deep meaning. tq sbb menulis sebegini. rindu... will be ur loyal reader.. insyaallah

Amyz Lie said...

Dulu masa zaman muda2 remaja, ada juga upload sekeping gambar bersama pakwe lama.
Amboi kecam dia macam kenal aku dari kecik. LOL.

Mmg inilah. Diam sajalah cara terbaik. Buat donno sajalah.

Kalau ikut semua apa yg org kata tu. Kita tak kan ke mana. Dia rasa menang. Diam sajalah.

cinta said...

Well, useless dog barks the loudest.
*ayat petik citer naruto zaman muda remaja dulu. Hee..