16.6.17

Besar Ujian Besar Pahala

Pagi tadi sedang dalam perjalanan ke pejabat, aku terfikir akan satu perkataan; iaitu Rezeki.

Rezeki nafas, rezeki anggota, rezeki melihat, rezeki menggapai, rezeki menghidu, rezeki mendengar, rezeki berjalan, rezeki degupan jantung, rezeki air, rezeki anak-anak sampai 3, rezeki sudi diperisteri, rezeki menyediakan sahur, rezeki bersuara, rezeki memanggil, rezeki berjalan, rezeki berpakaian, rezeki susu badan, rezeki kecerdasan, rezeki akal fikiran, rezeki akal memandu, rezeki kenderaan, rezeki mempunyai kerjaya, rezeki rupa wajah, rezeki ujian yang Allah bagi sebelum ini menjadi pengajaran dan ribuan hikmah, rezeki boleh beli apa yang dihajati tak kira cepat atau lambat, rezeki boleh mengukir senyuman, rezeki penyakit yang sembuh, rezeki kawan-kawan yang baik, rezeki suami yang lembut hati dan kaya ehsan, rezeki anak-anak yang indah di mata, rezeki anak yang mendengar kata, rezeki anak yang manja, rezeki anak yang nakal-nakal pun tapi aku boleh belajar erti kesabaran, rezeki anak yang cerdas sihat akal fikiran, rezeki mempunya rumah, rezeki ada Emak, Along, Angah, Bang Jam, Bang Bob dan anak-anak buah yang meriah sebab aku tau ada keluarga jenis tak ramai pernah mengadu kurang meriah, rezeki punya kampung halaman, rezeki kampung halaman memang kat kampung, udara segar di Kuala Kubu Bharu dan entah berapa banyak lagi rezeki yang tersembunyi atau bakal datang yang lansung tidak aku sedari.

Ya Allah,

Ampunkan aku hamba yang asyik mengenang ujian mu yang hanya cubit-cubitan sahaja jika hendak dibandingkan dengan lautan yang telah engkau rezekikan ke dalam hidup aku.

:(




2 comments :

izz zac said...

Thank u.. Such a beautiful reminder for myself too

sha said...

betul sgt2 noe. sy pun slalu terfikir, apalah ujian yg kecik ni kalau nak bandingkan dgn berapa byk yg kita dah dpt