15.6.17

Pendendam

Aku pernah kenal rapat sungguh dengan seorang hamba Allah yang selalu menganggap apa yang dibuatnya adalah benar. Apa yang dilakukan adalah layak. Apa yang dia buat terhadap orang lain semua ditampung dengan alasan demi alasan yang kukuh agar termenang dia. Kadang-kadang punya melampaunya dia, benda yang dia gagal buat pun, dia akan kata bahawa sebab si fulan si fulan lah dia tak dapat buat begitu begini begitu begini. Sampai macam tu sekali. Ya sampai macam tu sekali dia me-malaikat-kan diri dia di sisi manusia.

Tapi..

Bilamana..

situasi yang sama..

Terkena batang hidung dia..(walau pun tidak disengajakan sekelumit pun)

semudah menghembus nafas..

dia kata ;

"Kau PENDENDAM"

Amboih, nak orang berbaik-baik saja dengan dia. Dia pijak kencing kita sampai orang lain turut serta, tak mengapa?

Padahal, kenapa tidak awal-awal sebelum kau melakukan satu benda tu kau tak fikir yang satu hari nanti segala salah laku kau akan terkena semula pada batang hidung kau? Dah lupa ya? Allah takkan lupa segala perbuatan kau terhadap orang lain mahupun yang baik atau pun yang buruk? Walau tangan atau lisan? 

Maksum sangat kot sampai tak reti nak letakkan diri sendiri dalam situasi orang lain yang kau selalu pandang hina salah tu? Atau memang sebelum ini salah yang kau alas alaskan adalah sengaja semata-mata? Paranoid sangat sampai bila getah melantun ke hidung kau tuduh guli yang tersasarlah penyebabnya?





2 comments :

mamapp said...

Itu tandanya tidak cermin diri sendiri. Salam kenal Dari mama

Tika Ramly said...

Kadang-kadang kalau saya jumpa orang begini buatkan saya terfikir, kenapa dia boleh jadi begini?

Bagaimana dia dibesarkan? bagaimana didikan dia di rumah di sekolah? macam mana pergaulan dia dengan orang?

Tapi boleh kata selalunya saya akan hindarkan diri untuk jumpa orang-orang macam ni.

Kalau jumpa sekadar senyum dan sembang sikit-sikit je.

Untuk bergaul lebih rapat is a big NO.

Orang-orang macam ni hanya beri aura negatif saja. Tak berbaloi untuk dilayan lebih-lebih.